Sunday, March 11, 2018

Perut Besar Third Trimester

Third trimester...alhamdulillah, masuk 7 bulan, perut dah mula membulat. Pakai jubah pun boleh nampak perut dah ke depan. Pinggang makin sakit. Makan dah makin lalu tapi indigestion and reflux masih ada. Masih muntah makanan yang tidak hadam petang petang. Pagi boleh makan apa saja. Nasi lemak dah lalu makan. Kerap juga makan nasi lemak pagi pagi nak bagi berat baby naik. Kadang kadang pesan roti canai kat pakcik kerani tolong beli on the way dia nak pi kerja.

Ada nurse asyik tanya bila nak pakai baju mengandung? Aku malas sikit nak beli maternity dress ni sebab bukan nak pakai lama...baik pakai saja jubah yang ada. Kasut memang pakai flat shoes sejak first trimester lagi, terpaksa korbankan minat pakai wedges.

Waktu ni juga dah boleh terima makanan bersup. Hubby biasa beli kuey teow sup, habis aku makan. Sebelum ni nak bau pun tak boleh. Daging pun dah start boleh makan...ada sekali tu abang ipar bawa satay masa datang rumah...dapatlah makan beberapa cucuk. Air masak pun dah tak terasa pahit, maka dah tak perlu minum ais kosong lagi. Air manis cuma sekali sekala minum masa hari bekerja. Ada juga hubby beli air mata kucing, air tembikai dan air epal asam boi, aku tumpang minum...sedap juga.

Masa rawatan susulan di klinik kesihatan, dua kali berturut turut beratku turun, sampai nurse refer aku pada doktor bertugas. Aku happy saja berat turun, tapi risau juga sebab patutnya berat naiklah bila baby makin besar. Masa last visit juga Haemoglobin dropped from 11.6 to 10.9. Still okay lagi...tapi aku admit lah yang aku tak compliant dengan Zincofer tu.

Aku juga sempat ambil IM ATT satu dos saja. Itupun ambil lewat sebab hari yang nurse nak cucuk tu bajuku tak boleh selak lengan, macam mana nak cucuk. So next visit tu memang aku pakai baju lengan besar siap siap. Aku juga kena buat MGTT...banyak juga air gula tu. 75g gula! Aku minum...tegukan pertama, rasa macam nak batuk, mungkin sebab gula tu agak pekat, lepas tu aku minum habis dengan sedapnya. Alhamdulillah tak rasa nak muntah, tak rasa pening pun. Hari tu boss tak bagi time off, dia suruh aku ambil cuti terus takut pening katanya. Sebenarnya haritu baru kutahu, kalau buat MGTT, boleh dapat MC :). 

Alhamdulillah result MGTT yang keluar one week after tu normal...lega. Risau juga kalau kena kencing manis, kena cucuk insulin bagai. Haritu aku 28 weeks...scan day. Haritu dapat jumpa kawan sendiri, bagus betul skill dia buat antenatal scan, sungguh meyakinkan berbanding other colleague yang lebih senior. Estimated fetal weight masa tu 1.1kg...aku rasa agak underweight, tapi bila plot atas graf, dia kat 50th percentile. Other parameters juga ikut gestational age. AFI 14. Alhamdulillah, tanda yang nampak, bakal dapat baby girl! Perasaan bercampur baur. Syukur, girl atau boy, terima saja, asal sihat sempurna. Ramai staff kat klinik teka boy, nampaknya mereka silap. Tanda tanda yang biasa orang kata tu banyak tak kena denganku.

Alah teruk
Tak boleh pakai make up, tak berseri
Baby banyak gerak belah kanan
Perut bulat

Ni semua tanda yang mereka kata boy

Tanda girl:
Alah teruk
Tak lalu makan/ makan sikit
Perut kecil

Petang hari yang sama...aku decided untuk buat scan 4D. Dah alang alang cuti, pergi scan sekali. Aku tak teruja untuk tengok wajah baby pun, padaku nanti lahir tengoklah puas puas. Aku cuma nak confirm jantina, nanti boleh start shopping dah. Waktu scan, baby tidur...walaupun aku dah makan ais krim untuk kejutkan dia. Wajahnya dekat dengan placenta, so susah nak letak probe ultrasound tu untuk capture gambar muka. Nampak hamburger sign,maka memang girl. Melayang RM110. Baik GP tu. Dia kenal a few seniors kat my hospital juga.

Waktu 7 bulan ni aku sempat balik kampung 2 kali. Sempat bawa mak ayah ziarah sepupu yang baru bersalin setelah 10 tahun kahwin. Bawa mak beli kain untuk baju raya siap siap. Bawa mak ayah makan kenduri Pakistan. Bawa ayah ambil duit warga emas. Minum air kelapa + sirap biji selasih. Memang aku tunggu 7 bulan baru berani minum air kelapa. Masa last aku balik kampung tu mak masakkan sotong goreng kunyit yang aku teringin, siap tambah lagi gulai ikan dan sup ayam. Semua aku makan serba sikit, tapi lepas balik rumah hubby petang tu, semua muntah balik... :(

Waktu third trimester ni aku dah jarang muntah waktu pagi...pening dan sakit kepala pun dah tiada. Alhamdulillah aku takda bengkak kaki, stretch mark di perut pun tiada sebab perut tak besar. Sembelit pun dah okay sebab pagi aku dapat makan banyak. Tapi ada juga dua tiga kali vision aku terganggu... Macam blurr sikit tapi dia baik sendiri. Daripada 5 kg aku hilang, aku cuma tambah 2 kg. Jadi tiada siapa kata aku gemuk masa mengandung. Hubby pun dah mula plan nak beli barang baby dan dah tetapkan satu weekend ni untuk pi shopping.

Kita merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah lebih baik...

Lagi Kematian Yang Dicemburui

Semalam, seorang yang amat baik telah kembali ke rahmatullah. Seorang senior yang pernah dikenali saat menuntut ilmu di Ireland dahulu. Suaminya juga sangat baik dan sangat dihormati. Hidup mereka telah diuji dengan pengurusan seorang anak autism, seorang anak meninggal dunia dan macam macam lagi dugaan. Namun pergantungan mereka kepada Allah sungguh kuat. Mereka menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehin.

Teringat saat doktor pakar memutuskan untuk melakukan pembedahan, terus aku matikan fungsi password untuk telefonku. In case jadi apa apa padaku, tak susahlah untuk husbandku access phone, nak cari nombor boss, nombor kawan kawan atau sesiapa pun.

Aku juga nak pesan pada husband, jika aku nazak nanti, tak perlulah untuk CPR. Dalam erti kata lain, do not resuscitate. Tak perlu ventilator lama lama. Biar aku pergi dengan tenang. 

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Tuesday, March 06, 2018

Masuk Second Trimester

Buku merah - buku rekod kesihatan untuk ibu ibu yang check di klinik kesihatan kerajaan. Banyak benefits jika ada buku ni, follow up agak lengkap, maklumat semua ada dalam ni, senang nak rujuk walau bersalin di hospital mana pun. Sebaiknya buka buku ni sebelum 12 weeks gestation. Masa aku pergi klinik kesihatan ibu anak (KKIA) tu exactly 12 weeks. Ambil AM off sebab first visit ambil masa sampai 3 jam untuk settle. Bawa UPT result dan untuk first pregnancy mereka minta salinan sijil nikah. Kena check darah - full blood count, syphilis, rapid test HIV dan blood group. First RME ( routine medical examination) dengan doktor, dia akan scan untuk confirm gestational age. Kira estimated due date (EDD) based from scan. Tak banyak beza dengan kiraan LMP ( last menstrual period). Since LMP ku tepat, doktor suggest ikut tarikh EDD from LMP. Masa first scan tu katanya placenta low lying, so need to repeat scan in one month.

Alhamdulillah rasa lain bila dah ada buku merah, another step ahead!

Masuk second trimester, sickness tu masih berterusan. Ada lah kurang sikit, tapi masih belum ada tanda nak berhenti. Everyday vomit without failure. Appetite still poor. Gastritis on off, sometimes needed to wake up at 2 am to drink milk or cereal. Kalau tak, tak boleh tidur. Once I had a prolonged frontal headache, continuously for two weeks. Masa tu sampai terfikir...pre eclampsia kah? Atau ada something in my head? Waktu kat tempat kerja, aku selalu ketuk kepala dengan hujung pen, itu yang buat aku rasa lega...sometimes letak my mini torch metallic body on my forehead...rasa sejuk metallic dia made me feel better...

Balik kerja...muntah...malam memang tak boleh buat apa...after Maghrib dah kena baring...kadang tengah malam bangun dan tidur atas lantai...kesejukan lantai jubin tu buat sakit kepala berkurang...sometimes kaki jadi restless tak boleh tidur atas katil...dia kena tidur atas lantai juga. Sama saja masa aku di kampung, tidur seorang diri pun aku bangun tidur di lantai. Macam macam karenah mengandung ni. Dua tiga minggu jugalah asyik tidur di lantai. Kesannya, masa empat bulan mengandung dah start sakit pinggang, walaupun perut masih kecil. Mungkin juga masa tu pelvis tengah adjust untuk bagi ruang kat baby, maka pinggang mula sakit.

Waktu ni pagi dah boleh makan roti canai/ kuey teow goreng, bihun goreng...tapi nasi lemak langsung tak boleh bau. Roti pun dah tak lalu. Setiap pagi minum milo atau vico untuk tenaga..tengah hari paksa diri makan nasi sikit, kadang tak makan pun. Petang balik kerja, muntah balik nasi tu...kadang tak sempat balik, muntah dulu di tempat kerja. Malam...makan yang goreng goreng. Lepas makan tu jantung mesti laju, tapi alhamdulillah tak muntah malam. Makanan bersup langsung tak boleh hadap, bau pun tak boleh. Padahal dulu bukan main suka lagi minum sup.

Oh ya masa buka buku merah tu baru realize, aku lost 5 kg since pregnant. My friend siap suruh check thyroid function test, sebab prolonged hyperemesis. Dah ambik test tu tapi result untraceable!

Perutku still kecil even dah masuk lima bulan, ramai staff di luar klinik yang tak tau pun aku mengandung. Aku still boleh pakai baju macam biasa, lagi lagi jubahku longgar. Seorang sister sampai dua kali tanya, aku makan produk apa sampai jadi slim. Maka aku pun berbisik padanya yang aku mengandung dan alah teruk. Itu rahsianya! Derita alahan tu terubat juga bila raaaamai staff lain tegur yang aku dah kurus. Tak seorang pun kata aku gemuk lepas kahwin. Alhamdulillah, heheh.

Quickening dah rasa masuk lima bulan...dia macam baby mula gerak...rasa ada cuitan dalam rahim tu. Seronok kemudian bila dah rasa baby kicking. Baby banyak gerak waktu malam. Masuk enam bulan, barulah nampak baby bump. Pinggang semakin sakit, especially bila step dengan kaki kiri, rasa macam nak terjatuh. Waktu turun dari katil pagi pagi kena pijak perlahan lahan, kalau salah step macam nak jatuh.