Wednesday, July 30, 2014

5TH ANNIVERSARY

Alhamdulillah, it has been 5 years since I started blogging. I prefer to call it "online journal" anyway. I build strength through writing, find ideas through writing and share my personal thoughts through writing also.

I have always love to write, only that sometimes I was too occupied with life matters that I avoid writing unnecessary materials. Since kindergarten, I wrote a lot. I enjoyed my language classes in school, especially Bahasa Melayu. I started writing my own version of novel in primary school, and let my closest friends to read and comment. I was chosen by my class teacher to prepare a "folio" on a short story, which was then sent for competition. I always obtained an A for my Bahasa Melayu essay paper.

When I entered secondary school, I started to worry about my English language. So I attended an English tuition for a year. My first essay assignment was selected as the best, and Mr Felix typed it out and distributed to the class.

Soon after Matriculation college, I was offered to further studies abroad. I still remember sitting in the student hall not being able to laugh at the joke (because me and my friends couldn't comprehend it). That was not a big problem though. Later we all spoke in their accent proudly :)

During my first year, I became the editor for a booklet for our daurah. It was an amateur production but I was glad I did it. A year before my graduation, I became one of the writers for Ataphijau.com, an online medium for dakwah, managed by a group of students under our Malaysian society. I stopped contributing to it once I returned to Malaysia for good. It went on for another year, then no more. Not really sure what actually happened.

This online journal was started in July 2009, after a big test I had that year. I found that writing helps to calm me down, and inspired me. Alhamdulillah.

Five years old forthebrave.blogspot.com

SALAM AIDILFITRI


Eid mubarak!
Alhamdulillah, dapat menikmati sekali lagi Syawal pada tahun ini. Umpama conferring day selepas sebulan berpuasa. Semoga segala amalanku pada Ramadhan diterima Allah. Jadikan aku istiqamah pada amalanku ya Allah...

Tahun ini adalah tahun berdukacita. Banyak peristiwa duka berlaku, rasa bagai tidak patut untuk bergembira meraikan Aidilfitri di saat saudara seagama lain menderita. Kes MH370 pun masih misteri lagi, datang pula musibah MH17. Ratusan manusia mati dalam sekelip mata. Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia. Dia yang berkuasa menghidupkan dan mematikan kita. Tambah peristiwa peperangan di Gaza pula. Kejam Zionis laknatullah melancarkan serangan pada bulan mulia. Mereka lupa pada ibrah perang Badar. Mereka lupa bahawa jika Allah menolong tentera muslimin, tiada siapa yang dapat mengalahkan mereka. Isu Gaza bukan lagi isu keagamaan. Ia isu kemanusiaan.

Terkilan dengan kebanyakan negara Arab yang membisu. Mesir telah menyekat bantuan ke Gaza. Yang lain-lain tidak membantu. Mereka tidak merasakan bahawa Islam sedang diperangi. Mereka hanya anggap bahawa orang Palestin yang diperangi. Oleh itu janganlah berbangga sangat jika bangsa mereka itu bangsa Nabi Muhammad, jika sikap mereka bukan mengikut sikap Nabi Muhammad.

Berkesempatan mengunjungi bazar Ramadhan dalam lima kali. Tidak semeriah dahulu. Gerai tidak sebanyak dahulu. Pengunjung juga tidak seramai dahulu. Agaknya ramai yang tengah gawat. Barang naik. Ramai penjual air menjual air minuman pada harga lebih daripda RM1 kerana tak dapat nak cover kos modal.

Malamnya tarawih di masjid juga tidak semeriah dahulu. Tahun lepas, tiga empat malam pertama, saf muslimat penuh hingga ke luar masjid. Tahun ni..tak penuh pun ruang solat muslimat. Alhamdulillah di masjid yang kukunjungi itu, imam berjaya khatamkan 30 juzuk al Quran semasa tarawih. Mereka menjemput anak-anak tahfiz menjadi imam. Ada yang laju, ada yang sederhana...demi mengejar 30 Juzuk itu. Kekurangan pada diri yang tidak dapat menguasai Bahasa Arab. Tidak dapat memahami kalimah-kalimah Allah yang dibaca, tanpa merujuk pada terjemahan. Nak menangkap satu-satu kalimah pun susah, laju sangat bacaannya. Kagum dan hormat pada mereka kerana menghafaz alQuran. Alangkah lebih baik jika maksudnya juga difahami, barulah dapat dihayati, seperti suasana tangisan hiba di Masjidil Haram. Barulah tiada bullet train masa tarawih.

Solat sunat Aidilfitri tahun ini juga kurang jemaahnya (muslimat). Jika dahulu, pasti penuh ruang solat muslimat, sehinggalah jemaah berdiri untuk memulakan solat, barulah ada ruang untuk semua muslimat masuk ke dalam saf. Tahun ni, sampai saja dah nampak lengang. Banyak ruang kosong. Namun alhamdulillah, tidak seperti tahun-tahun lepas, semua muslimat setia mendengar khutbah sehingga habis barulah angkat punggung untuk beredar. Khatib yang membaca khutbah juga nampak bersedia. Bacaannya amat lancar dan jelas sekali.

Pelbagai bentuk ujian semasa Ramadhan kali ini. Mengajar erti hidup yang lebih luas. Lebih banyak tabah dan bersabar. Lebih mengenali hati budi manusia. Lebih erat kasih sayang anak dan orang tua. Lebih istiqamah atau lebih kuat tekad untuk istiqamah dalam beribadah. Dapat berbicara isu-isu tertentu dengan orang yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah. Semoga diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya. Rugilah orang-orang yang apabila berakhirnya Ramadhan, amalan mereka masih sama ataupun jauh berkurangan daripada dahulu.

Friday, July 25, 2014

Syukur, Ya Allah...

Subhanallah, nikmat sebenarnya qiamullail ni. Tak mengantuk pun walaupun masa tidur dikurangkan. Syukur, Allah izinkan untuk menikmatinya walau di saat Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.

Semalam begitu hiba. Mudah tercuit. Memendam rasa. Sensitif.
DiberiNya kekuatan semula hari ini untuk meneruskan hidup. Meneruskan perjuangan.

Melihat wajah orang tua yang semakin dimamah usia, hati terasa sebak. Mana ada ibu bapa yang sempurna di dunia ini. Sebaik-baik mereka, pasti ada kekurangannya. Yang amat pasti, merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.Aku bersyukur, sungguhpun tidak dilahirkan dalam dulang emas, makan pakaiku serba cukup. Tidak pernah sehari pun berlalu tanpa aku menjamah makanan. Pendidikan asas juga mereka sediakan, walaupun mereka sendiri tidak berpelajaran tinggi. Mana mungkin adil untuk aku bandingkan mereka dengan ibubapa lain.

Mak yang suatu ketika garang, ayah yang tidak kaya...mereka inilah yang menjadikan aku seorang manusia. Syukur, aku tidak pernah diabaikan seperti si malang Firdaus itu. Aku ada tempat untuk bermanja dan mengadu. Aku tidak tinggal di rumah anak-anak yatim dan mengharapkan ihsan orang lain. Yang paling penting, aku ada doa seorang ibu dan doa seorang ayah yang amat makbul.

Syukur ya Allah, aku masih diberi kesempatan berRamadhan dengan orang tuaku.

Hari ini hari terakhir bekerja sebelum cuti menyambut Syawal. Semoga ia berlalu dengan baik. Berbahagialah mereka yang mendapat malam al-qadr itu.


Sent from my iPad

Monday, July 21, 2014

Takziah MH17

Innalillahi wainna ilaihi raajiun
Takziah kepada semua ahli keluarga dan kenalan mangsa MH17.

Sungguh tidak diduga. Belum pun selesai misteri MH370, satu lagi MH hancur berkecai, ditembak! Sungguh kejam pihak yang melakukannya. Tanggunglah dosa membunuh ratusan nyawa.

Dahulu, selama enam tahun aku berulang-alik Penang-Cork, aku sentiasa berasa yakin bahawa penerbanganku selamat. Malaysia Airlines punyai rekod penerbangan yang cukup bersih. Sungguhpun ada penerbanganku yang dilanda gegaran kuat, aku tetap yakin bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku. Kini, setelah dua tragedi menimpa MH, aku menjadi lebih ragu-ragu. Bukan meragui MH, tetapi rasa takut terhadap nahas di udara. Berdebar rasanya ketika mahu menaiki kapal terbang, sedangkan kemalangan di jalan raya jauh lebih tinggi kadarnya berbanding kemalangan di udara!

Itulah route yang aku lalui dahulu. Alhamdulillah, selamat. Malah, penerbangan antarabangsa terakhirku adalah dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, menaiki KLM. Alhamdulillah, ajalku bukan dengan cara begitu.

Allah...aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan penumpang-penumpang MH17 itu saat kapal mahu terhempas. Adakah mereka menjerit ketakutan? Adakah mereka sempat mengingati Allah dan bertaubat? Adakah mereka sangat takut dan ngeri menanti maut? Yang sedang tidur mungkin hanya sempat tersedar sesaat, tanpa memahami apa yang berlaku. Mungkin juga yang terus ditidurkan, tanpa sedar-sedar. Mungkin juga kesan tembakan peluru berpandu itu menyebabkan penumpang cedera atau terkorban, sebelum kapal itu terhempas lagi. Amat ngeri membayangkannya. Semoga mereka melalui detik kematian yang mudah dan tidak menyeksakan. Sesungguhnya mereka tidak bersalah!

Saat memandu pulang ke rumah mak ayah petang Jumaat lepas, rasa begitu sayu. Bayangkan, jika aku terlibat dalam kemalangan dan maut serta-merta di tempat kejadian. Sempatkah untuk aku bertaubat? Sempatkah mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga? Sempatkah memohon kemaafan ? Bagaimana perasaaan mak dan ayah yang kutinggalkan dalam sekelip mata itu?

Ya Allah, matikanlah aku dengan cara yang baik, kurniakanlah aku husnul khatimah.

Tuesday, July 15, 2014

Different Ramadhan

There have been many differences about my Ramadhan this year. I no longer have to do calls at night. Work ends at five and I can have my iftar everywhere I like. So far it has been either my parents' house or my rented apartment. To be honest, I dislike having iftar outside home except if the place has prayer events scheduled. Hotels or restaurants? No, thank you.

I was supposed to be helping in an iftar event last Saturday, but due to mak's health, I decided to back out. I was thankful that I made the right decision. That night, I had terrible gastroenteritis symptoms, with vomiting and a few episodes of diarrhoea. Well done all my friends who made that night a success. Anyway, I still had the chance to watch the tazkirah online via Youtube.

There were so many good memories about my past fasting experience in Ireland. The first two years there were the best. Fasting from only 7am to 4.30pm, in a cold winter. Then, it started to get longer, but not as long as now. Fasting in summer can be up to 18-19 hours. Due to the Irish weather, thirst was never a problem, but hunger was. My stomach always produced this weird and loud sound, especially around 11am to 12 noon. Tutorial time! Not only me, but also most of my friends! We usually made different other tactics to cover it up. Coughing, turning book pages loudly, talking, etc. Funny when think about it again.


Tuesday, July 08, 2014

Perbandingan

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Sesekali rasa bagai tidak mampu untuk menjaga kedua-duanya. Nikmat kesihatan diambil semula dalam sekelip mata. Kesakitan menjadi penghapus dosa-dosa kecil. Mungkin sakit biasa pada pandangan perubatan. Mungkin sakit yang didatangkan oleh manusia yang busuk perut. Ala kullihal, Allah yang mengizinkannya berlaku. Tentu ada hikmahnya. 

Syukur kerana bekerja dalam bidang ini. Darah, najis, serta bau hospital bukan lagi asing bagiku. Aku belajar cara memakaikan diapers dewasa pun melalui pemerhatian semasa bekerja. Jika aku sanggup menguruskan kencing berak arwah tok dahulu, inikan pula ibu sendiri. Ayah sendiri. Mereka sudah membesarkan aku dengan keperluan asas yang cukup, dan menjadikan aku seorang manusia. Mana mungkin aku melupakan jasa mereka. Tanpa mereka, aku tidak akan berada di sini.

Teringat pada sebuah artikel nukilan Ustaz Hasrizal, jika tak silap tulisannya berkisar "cinta tanpa syarat". Salah satu perkara yang dikupasnya ialah bagaimana seseorang itu berubah selepas berkahwin dan mengenali keluarga mertuanya. Ditakdirkan bahawa keluarga baru itu baik serba-serbi. Cakap lemah-lembut, ambil berat, tidak lokek duit, peramah... Lalu mula dibanding-bandingkan dengan keluarga sendiri. Dua puluh tahun lebih hidup bersama keluarga, tiba-tiba baru sebulan dua masuk ke dalam keluarga baru, sudah mula berubah.

Begitu juga seorang lelaki/perempuan yang sesekali bermalam di rumah rakannya, mula membuat perbandingan setelah melihat layanan baik keluarga rakannya. Maka mulalah berkata," alangkah baiknya jika ibu bapaku jua begitu." Manusia memang suka membanding -bandingkan, cuma adakah kita sedar dengan setiap perbezaan itu dan bersyukur dengannya? Tepuk dada, tanya hati. 

Siapakah yang melahirkan dan membesarkan kita? Siapa yang susah bekerja untuk mencari wang untuk memberi kita makan dan memberi pendidikan kepada kita? Rumah siapakah yang kita rasa paling selamat, walaupun ia kecil dan sempit? Sakit demam kita dahulu, siapakah yang bersengkang mata menjaga kita? Adakah isteri/ suami kita yang baru dikahwini? Adakah ibu bapa mertua yang baru dikenali? Adakah ipar duai kita? Adakah ibubapa rakan yang menjaga kita?

Jika temui jawapannya, kembalilah ke pangkal jalan. Saidina Ali pernah berkata, jagalah kedua orang tuamu, kelak anakmu akan menjagamu. 

Semoga aku dapat bertawasul dengan kebaikanku terhadap ibubapaku pada saat aku memerlukannya nanti. Ameen.

Saturday, July 05, 2014

Ramadhan ....

Subhanallah, alhamdulillah. Sudah menjengah hari ketujuh Ramadhan. Seminggu yang pertama telah berlalu. Hari yang sungguh padat, langsung tidak sempat untuk mencoret rasa. Mana tidaknya, pukul 7.30 pagi sudah terpacak di klinik, pukul lapan start tengok patients, non stop sampai dekat pukul satu. Dapat rehat sekejap, 1.30 pm dah perlu solat dan bersiap-siap untuk sambung kerja. Pukul 4.30 pm, kerja mula nak habis. Balik rumah sudah pukul 5 lebih, solat asar, lalu masak untuk berbuka. Kemudian dapat rehat sebentar sementara menunggu berbuka. Lepas berbuka, solat Mahgrib, dan terus bersiap untuk ke masjid. Harus sampai awal di masjid untuk mendapatkan parking di perkarangan masjid. Sementara menunggu Isyak, baca Quran dulu. Kemudian solat Isyak dan tarawih. Pukul 11 malam, pulang ke rumah, minum-minum sikit, kemas-kemas sikit, dah perlu tidur. Tidur awal supaya segar bangun sahur pukul lima pagi nanti. Banyak perkara nak dibuat, begitu sedikit sekali masa yang ada. Pantas masa berlalu, Allahuakbar!

Tatkala umat Islam bersolat tarawih malam pertama, seorang sahabatku kehilangan abahnya. Baru sahaja kami berbicara tentang keuzuran abahnya ketika kunjunganku ke Kuala Lumpur seminggu sebelum itu. Sudah berbelas tahun abahnya terlantar sakit. Sejak kami bersekolah menengah lagi. Telah lama sahabatku itu kehilangan kasih sayang abahnya. Allah itu Maha Adil, dia dikurniakan jodoh dengan lelaki yang penyayang dan menjaganya dengan baik. Jenazah dikebumikan keesokan Zuhurnya. Hujan lebat merahmati Ramadhan hari pertama kami. Semoga roh pak cik Bahari ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Hari ini pula mendapat berita pemergian Datuk Sharifah Aini, biduanita negara yang tersohor. Bertuah mereka, pergi dalam bulan mulia ini.

Sesungguhnya kematian itu satu pengajaran yang paling baik. Menginsafkan. Sedih melihat masih ramai lagi manusia di luar sana yang tidak menghargai kehidupannya. Atau sekurang-kurangnya menghargai kehidupan orang lain untuknya. Bersyukurlah, kalian masih punyai ibu bapa yang sayangkan kalian, beri makan dan keperluan asas secukupnya, bukannya yang diabaikan seperti adik Firdaus itu. Bersyukur, kalian punyai ibu bapa untuk berkasih sayang, bukannya yang hidup menagih kasih sayang seperti anak-anak yatim di luar sana.

Namun masih ramai yang lupa untuk bersyukur. Mengambil ringan perihal kasih sayang. Perihal tanggungjawab. Sudah memiliki kehidupan dan keluarga sendiri, maka kehidupan dan keluarga yang dahulu ditinggalkan. Sedih melihat anak-anak yang mengabaikan ibu bapa mereka. Sedarkah mereka bahawa mereka juga punyai anak-anak yang berpotensi untuk mengabaikan mereka ketika tua nanti? Sedih melihat manusia yang lupa diri apabila telah berjaya, seakan-akan kejayaannya itu hasil usahanya seorang. Ingatlah bahawa rezeki itu milik Allah, dan Allah beri rezeki kepada hambaNya yang berusaha, juga melalui perantaraan manusia lain.

Bertaubatlah wahai manusia, serta diri ini sendiri, bertaubatlah atas segala sirna, semoga masih ada lagi cahaya yang tinggal untuk menerangi jalan ke syurga. Ingatlah, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, dan redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa!