Saturday, September 24, 2011

Alhamdulillah



Semalam tubuhku meronta meminta rehat,selepas minggu dan hari yang panjang. Subhanallah, aku masih lagi bernafas dan bergerak despite "penderaan" yang dialami sepanjang minggu ini. Esok adalah my third Sunday call, thanks to my SHO,aku takkan lupakan "jasa"mu itu. Sepanjang minggu ni memang sibuk yang amat, untuk duduk pun aku berkira, kerana berharganya setiap saat itu. Isnin dan Selasa aku menghadiri NRP, alhamdulillah, pengalaman standby dan oncall banyak membantu memberikan keyakinan dan kemudahan semasa megacode itu, dan aku juga berjaya lulus semua ujian bertulis. Hard life began again hari rabu itu walaupun consultant tiada, kerja tetap banyak, lebih-lebih lagi apabila MO selalu lepas tangan. Semalam semasa di klinik, depan-depan aku  consultants bercakap mengenai MO itu. Aku diam sajalah, tak perlu aku nak komplen pun mereka dah tahu.


Hari Rabu...syukur Alhamdulillah...hari yang membuatkanku tersenyum. Aku pulun buat kerja cepat-cepat supaya tak perlu stay back late after work. Pukul 5.30 aku dah chow selepas solat Asar. Pandu sendirian ke USM, menghadiri konvokesyen seorang kenalan. Sepupuku dan suaminya juga ada di situ.Rasa tenang dan hilang stress sebentar dapat berbicara dan makan sama-sama.Terima kasih Allah kerana mengurniakan nikmat bahagia itu walau hanya sebentar, kerana ia amatlah memberi makna. Semoga jalan itu yang terbaik...


Khamis...oncall lagi, kali ni di neonatal ward. Considered a good call, able to sleep well (due to exhaustion, jarang tidur lena masa oncall), until the nurse woke me up at 4.50am to attend a tachypnoiec baby.Then, the next day aku buat rounds berdua dengan consultant as my specialist and MO tak ada..


Semalam post call, penat bukan main lagi, tidur awal, rugi betul masa tidur waktu perdana.Esok oncall lagi...I am so gonna dislike the SHO, biar Tuhan saja membalas perbuatannya. Dia senang-senang ambil cuti, orang lain suffer. Aku bermanis muka dengannya selama ni pun mengenangkan kita saudara seagama. Astaghfirullah...


Lepas ni mungkin nak singgah ke Popular sebentar, ada pre-renovation promotion. Tapi yang kelakarnya boleh dapat free RM10 voucher with purchase of RM200 and above. Ceh..tak berbaloi langsung.Juga ingin membeli jam baru untuk ayah yang kehilangan jam tangannya...nak tunggu birthday lambat lagi pulak.


Minggu depan ada klinik one week stretch, Monday to Thursday...patutnya aku habis rotation Respi semalam, tapi specialist minta extend sebab tak mahu orang baru masa busy clinic days..walaupun aku kata nak minta cuti Monday and Tuesday, dia siap cadangkan aku cuti Thursday and Friday. Wahhhh...terseksalah aku lagi...tak tahu sama ada nak gembira sebab mereka suka cara kerjaku sebab tu tak nak lepaskanku atau pun nak sedih sebab masih stuck di lubuk yang kacau itu...oh ya, memandangkan aku berdepan respi patients everyday, aku pun kini dah menggunakan MDI Salbutamol as per PRN basis. Kerjaya begini memang banyak risiko..but still ramai yang pandang sebelah mata dan langsung tak appreciate. Surgical department dah mula shift system dengan jayanya...one day am, one day pm, one day off..nikmat betul. Other departments still struggling nak susun jadual, termasuk departmentku yang dah beberapa kali meeting tapi tak settle pun, nak buat macam mana kalau dapat consultant in charge yang mulut aktif tapi buah fikiran kurang aktif...


Banyak betul komplen,cubalah bersyukur lebih banyak. Bukankah ada banyak lagi nikmat di depan mata yang Allah dah beri? 

Tuesday, September 20, 2011

Dracula call

I am postcall, a dracula NICU call, yet I am still awake and studying through the NRP book. There is going to be a Megacode tomorrow, and after that, either I pass or fail, I'm going to return to the busy Respi team. Despite the "labour" work during oncall yesterday, I was happy when the O&G nurse told me that I looked thinner. :) After a few weeks of torturing job, who wouldn't be thinner? No meals and just jobs...exercise and dieting are no longer needed. Last Thursday I only started my call at 6.30pm after finishing my Respi tasks and so my call continued till the next morning without any piece of food entering my stomach since morning. The same exact scenario occurred yesterday, where I was totally "full" after continuously "sucking" bloods from the patients.Plus other days that I was not oncall but still went home late with empty gastric cavity.

Hopefully everything will go well during NRP tomorrow, after a hard time in ACLS before.

Since many of them have already settled, it is time for me to think about it seriously. The hope is still there...Allah, show me the way, and make me steadfast living under Your Love...

Sunday, September 04, 2011

Salam Aidilfitri


Esok kerja....
Alhamdulillah cuti seminggu telah berlalu.
Segala suka-duka menyambut lebaran telah dilalui.
Murah rezeki kami tahun ni dikunjungi ramai tetamu, kerana kini Tok tinggal bersama kami.
Juga satu cabaran besar buat kami menjaga seorang warga tua, menuntut kesabaran dan kecekalan yang amat tinggi.
Beraya sebagai orang bekerjaya, dapat menghadiahkan duit raya kepada sanak-saudara..
Jika merasa diri ini susah, ada orang lain yang lebih perit lagi
Jika merasa diri ini sepi, ada orang lain yang lebih sunyi lagi
Jika merasa diri ini sedih, ada orang lain yang lebih sadis lagi
Maka bersyukurlah dengan nikmat Allah, kerana setiap orang itu mendapat nikmat yang berbeza, walau suka,walau duka, semuanya adalah dugaanNya.
Keinginan yang terpendam tetap bermain dalam rahsia hidup
Semoga Tuhan mendengar doaku untuk menjadikannya satu kenyataan
Harus tabahkan hati untuk menempuh segala cabaran
Jika mereka boleh, diri ini juga pasti boleh
Harus teguh berdiri, yakin akan janjiNya
Salam Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Berhati-hati di jalanraya
Selamat bekerja semula
Jadikan hidup dan mati hanya untuk Allah
InsyaAllah yang lain-lain akan menyusul