Sunday, December 29, 2013

Bedah Buku

Alhamdulillah diberi kesempatan menghabiskan dua buah buku yang amat bermanfaat, tulisan Tuan Guru Dato Dr Haron Din, ulama tersohor tanah air. Dahulu masa kecil, aku dah mengenali tokoh ini, bersama seorang lagi saudaranya, Dato Hassan Din al-Hafiz. Lama-kelamaan hanya Ustaz Hassan yang selalu muncul di televisyen, malahan menjadi penasihat agama istana negara. Lambat baru aku tahu bahawa Ustaz Haron Din sudah terlibat dalam perjuangan Islam melalui medan politik. Menyertai pakatan pembangkang menyebabkan tiada lagi jemputan untuk memberi pengisian di kaca televisyen. Namun umum mengetahui akan ketinggian ilmu beliau, beliau tetap dijemput berceramah ke serata negara, di samping menjalankan perawatan Islam melalui Darussyifa'. Semoga Allah merahmati ulama kesayangan ummah ini.

Buku 1 : Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan

Tulisan berbentuk himpunan soalan daripada masyarakat. Jawapan yang padat dan jelas. Tuan Guru cuba sedaya upaya mengembalikan pemikiran manusia kepada al-Quran dan hadith. Menjawab berdasarkan nas.

Beberapa isi penting yang dapat dipetik:

Makhluk halus itu wujud secara ghaib, dan gangguan makhluk halus itu wujud, berupa gangguan syaitan/iblis/jin.
Manusia yang telah mati, rohnya akan berada di alam kubur, sama ada diseksa atau mendapat kesejahteraan, bergantung pada amalan hidupnya, dia kekal di alam barzakh sehinggalah tiba hari kebangkitan semula nanti. Jadi, mustahil jika dikatakan ruh orang mati kembali menziarahi keluarganya, ataupun seseorang yang menyerupai pasangan yang telah mati kembali dan tidur bersama pasangannya pada malam hari.

Antara ayat-ayat pendinding diri yang perlu diamalkan ialah al-Muawwidhat ( tiga Qul), ayat Qursi, ayat 1-5,256-257, 284-286 surah al-Baqarah, surah Yasin, ayat penggerak (Bismillahillazi…) dan banyak lagi.

Memakai dan mempercayai tangkal dapat melindungi diri  adalah syirik. Hadith riwayat an-Nasai daripada Abi Hurairah, maksudnya :
"Sesiapa yang menyimpulkan ikatan (benang) dan meniupnya (menjampi manterakan untuk sesuatu tujuan jahat) maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir . Sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah ."


Sihir itu wujud, namun ia dijalankan secara rahsia, sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu terkena sihir, atau ia sakit kerana faktor fizikal atau lain-lain. Rasulullah saw sendiri pernah disihir, baginda merasakan perbuatannya serba tidak kena, tetapi baginda sendiri tidak tahu yang ia terkena sihir, sehinggalah diberitahu oleh malaikat Jibril, yang kemudian merawatnya. Sedangkan Rasulullah sendiri tidak mengetahui, bagaimana ramai manusia mendakwa orang itu orang ini disihir? Wallahualam.

Perbuatan sihir tidak boleh dibalas dengan sihir. Hanya boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, kerana setiap penyakit itu ada penawarnya, kecuali mati. Allah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 82, maksudnya:
"Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman. Dan al-Quran itu tidak menambahkan orang-orang zalim melainkan kerugian jua."

Terdapat tiga jenis mimpi yang dijelaskan oleh Rasulullah saw melalui hadith daripada Abu Hurairah :
Pertama, mimpi yang baik dan benar  daripada Allah (al-Ru'ya al-Sadiqah).
Kedua, mimpi daripada gangguan syaitan.
Ketiga, mimpi akibat perkara seharian yang berlaku kepada seseorang lalu dia bermimpi mengenainya.


Buku 2 : Kaedah Merawat Santau

Buku yang lebih nipis, ringkas dan padat penerangan tentang santau dan rawatannya. Setiap perawat wajib berguru dahulu sebelum merawat santau. Terdapat empat jenis santau:

1. Santau makan dan minum
2. Santau angin
3. Santau tuju
4. Santau langkah

Seksa membayangkan kehidupan mangsa-mangsa santau. Namun akan lebih terseksa balasan kepada orang-orang yang mengamalkan santau ini.

Untuk mengetahui Kaedah Tepuk Daun Nangka seperti yang diamalkan di Darussyifa', bolehlah membaca buku ini.

Semoga Allah melindungi orang-orang beriman daripada kezaliman manusia lain.

Syurga Buat Si Comel

Hampir setahun yang lalu, aku berkenalan dengannya. Pulangnya aku dari menghantar seorang pesakit breakthrough seizure ke tertiary hospital, aku lihat rakan-rakan sekerjaku begitu sibuk merawatnya. Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun baru dimasukkan ke wad kami dari Jabatan Pesakit Luar. Kanak-kanak itu didapati terlalu pucat, dan demam. Haemoglobin sekadar 3, not compatible with life. Pelbagai jenis darah diambil lalu dia dihantar ke tertiary hospital untuk rujukan. Comel, walaupun pucat, secomel namanya. Kami kemudian mendapat berita, si comel itu di diagnosed as acute lymphoblastic leukemia, the most common type of leukemia in children, with good prognosis. Allahu.

Beberapa bulan kemudian, ibunya membawa si comel kembali ke wad kami. Kali ini demam berserta nanah di Hickmann catheternya. Si comel sudah melalui fasa awal kemoterapi, namun terdapat jangkitan pada chemoportnya. Rakan sekerjaku yang oncall pada malam itu terus merujuk kes ini ke HPP. Di sana, chemoport itu dikeluarkan, si comel diberikan IV antibiotics. She responded well, dan kemudian dihantar balik semula ke wad kami untuk complete antibiotics for ten days.

Dia comel sangat. Putih gebu, badan kental. Cuma dia ada stranger anxiety. Apabila ibunya ada, dia manja dan mahu berbaring di katil. Apabila dijaga oleh ayahnya, dia hanya mahu tidur dalam stroller dan suka dibawa bersiar-siar. Cukup 10 hari antibiotics, dia keluar hospital, sihat secara kasar. Malangnya, si ibu terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan kemoterapi, due to social problems. Ibu perlu bekerja, tiada sesiapa dapat menjaga si comel jika menjalani kemoterapi di hospital. Si ayah tidak bekerja, dalam rawatan methadone, dan tidak boleh diharapkan untuk menjaganya. Kata si ibu, keputusan bone marrow selepas induction chemo adalah baik, tiada blast cells.

Tak lama kemudian, si comel masuk lagi ke wad, kali ini primary team ialah Orthopaedic, kerana terdapat cellulitis/ abscess pada kakinya. Antibiotic diberikan lagi, daripada cloxacillin, sampailah upgraded ke cefepime, barulah si comel responded. Sebelum itu dia asyik demam tinggi yang berpanjangan. Aku sendiri pernah masukkan branula baru ke tangannya, cukup mudah, Allah permudahkan. Dia menangis apabila ditolak masuk ke bilik prosedur. Aku mendukungnya ke tingkap. Sedap badannya, puas dukung. Tangisannya berterusan namun perlahan, dalam keadaan mulut tertutup, cukup sopan. Apabila aku dukungnya ke arah pintu, dia berhenti menangis dan tangan comelnya menunjuk ke arah pintu. Mahu keluar dan berjalan-jalan…

Selepas fever resolved, si comel dibenarkan keluar. Comel sangat. Putih melepak tapi tidak pucat seperti dahulu. Haemoglobin pun dah normal. Ketika aku sudah dua bulan lebih di jabatan baru, aku ternampak sebuah stroller yang amat familiar, parked berdekatan kantin. Hanya stroller dan budak, tiada penjaga. Budak perempuan itu macam familiar, cuma ada kesan hitam di bawah hidungnya, above upper lip, yang menyebabkan aku sukar mengecamnya. Nampak macam dia..takkan dia kot? Tak perasan pula penjaganya siapa. Sampailah petang tu masa nak balik rumah, aku terserempak dengan PPK wad kanak-kanak, dan kebetulan nampak stroller tu lagi, baru confirmed, memang itulah si comel. Kata ayahnya, si comel garu sampai berkuping di bawah hidungnya. Keadaannya sudah semakin lemah, sampai kena transfuse platelet.

Selepas itu aku tak update dah pasal si comel, sampailah seorang staff nurse naikkan status FBnya, minta doakan si comel…barulah aku sedar yang masanya hampir tiba. Teringat nak pergi melawat, namun konflik transfer-retransfer dengan pihak pentadbiran menyebabkan aku hilang mood. Tanggal 23 Disember 2013, jam 8.20 pagi, si comel pergi buat selama-lamanya, Allah lebih sayangkannya. Hati ibu mana yang tidak sedih, namun aku percaya, si ibu cukup tabah dan cekal menghadapi ujian ini. Anaknya yang pertama juga mengalami masalah kesihatan, spina bifida…Allahu.. Semoga roh si comel tenang di sana di samping Penciptanya, syurga menantimu sayang…dan semoga hidup si ibu menjadi lebih baik selepas ini dan si ayah sedar akan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami.

Al Fatihah buat Amni si comel.

#* jika merasa diri susah, lihatlah pada kesusahan orang lain*#

p/s Anyau dah beranak lagi, entah berapa ekor anaknya kali ni, dan dia dah kembali menagih kasih sayang dan makanan !


Friday, December 27, 2013

26 Disember

Tarikh bersejarah. Berlakunya tsunami besar pada tahun 2004. Baru beberapa bulan aku di Cork. Pagi itu aku dah nampak di Sky News, ada tsunami di Sri Lanka. Tak sangka pula melarat hingga ke Malaysia. Apabila sahabatku mesej, bahawa ada kematian di Batu Feringhi, barulah aku alert. Terus telefon mak. Rupa-rupanya rumah mak bertali arus menerima panggilan daripada sahabat handai dan saudara mara, bertanyakan khabar.

Rumah kami juga dilanda lumpur, dibawa arus tsunami. Penuh di jalanan, sehingga dibersihkan oleh pihak bomba. Seekor kucing mati dibawa arus. Dapur dan bilik air dimasuki lumpur dari lubang parit.

Tsunami - bencana alam - musibah - ujian - balasan

Apabila Allah turunkan bala, semua manusia kena, tak kira yang beriman mahupun yang tidak beriman. Manusia insaf buat sementara. Kemudian alpa dan leka.

Pelbagai teori muncul. Pesta seks dan maksiat dikaitkan dengan bala itu. Namun ramai yang masih tidak ambil pengajaran.

Tarikh ini juga seorang temanku menyambut hari lahirnya. Dalam keadaan koma. Terlantar. Sudah beberapa bulan begitu, sejak melahirkan anak keduanya. Peritnya dugaan yang ditanggung keluarganya, suaminya dan dua heronya yang masih kecil. Nak melepaskan, jasad masih di sisi. Nak menghargai, hanya sekujur tubuh yang kaku. Bila-bila masa saja boleh pergi. Bila-bila masa saja boleh sedar. 

Allah yang menentukan ajal maut. Jangan berputus asa. Betapa perit diri diuji, perit lagi ujian orang lain. Apabila rasa diri malang, lihatlah pada lebih malangnya orang lain. Redha, pasrah dan tidak berputus asa.

Tuesday, December 17, 2013

Ibrah Badar

Ujian yang Allah turunkan menjadi pengetuk kepala buat insan yang alpa. Kadangkala kita terlalu diselesakan oleh kesenangan duniawi sehingga lupa akan Pemberi kesenangan itu. Seringkali kita merasa cukup dengan apa yang telah dibuat saban hari.

Solat lima waktu, adakala khusyuk, adakala sekadar solat. Solat sunat berat sekali. Tahajud dan qiamulail entah bila kali terakhir dilakukan. Wirid dan zikir ditangguh- tangguhkan. Amalan asas seorang pejuang Islam tidak diamalkan. Bukan tidak ingat Allah, bukan tidak cinta Allah, namun nafsu keduniaan mengatasi segalanya. Iman turun, turun, turun, kemudian naik sedikit. Takut pada kekuasaan manusia, lupa bahawa kuasa mutlak hanya pada Allah.

Saat diri dan keluarga diuji dalam bentuk musibah, baru tersedar dari lena. Satu tamparan tepat mengenai sasaran. Satu tendangan yang menggoncang seluruh jiwa raga. Betapa kerdil dan hinanya diri. Betapa lemahnya kudrat jika tanpa KudratNya.

Saat nyawa di hujung tanduk, tiada lagi tempat pergantungan melainkan kepada Allah. Mulut terkumat- kamit menyebut namaNya, mengharap belas ihsanNya. Empat melawan tiga puluh. Satu angka yang jauh berbeza. Hanya Allah penghalang ia terjadi.

Semangat dan ibrah Perang Badar digenggam erat. Saat Rasulullah memimpin tentera muslimin sejumlah 313, berdepan tentera Quraisy seramai 1000 orang, hanya keimanan yang memenangkan mereka. Pergantungan sepenuhnya kepada Allah...kecintaan kepadaNya...menghasilkan satu bantuan tidak terduga...Allah menghantar 5000 malaikat untuk membantu tentera Muslimin, dan akhirnya kemenangan berpihak kepada yang benar.

Pada malam yang menggetarkan jiwa itu, kami tiada bala tentera yang ramai, hanya Allah tempat kami meminta perlindungan. Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izin Allah. Kami tidak sedikit pun meragui kekuasaanNya. 

Allah yang mencampakkan ketenangan ke dalam hati- hati kami. Allah yang mengizinkan ia berlaku. Allah yang menghalang ia terjadi. Kami ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Rentetan peristiwa hitam itu, kami menjadi lebih dekat kepadaMu ya Allah. Kami meminta dan terus meminta, moga Allah terus melindungi kami, moga perancangan jahat pihak musuh gagal, moga kebenaran akan terlihat nanti, moga kebatilan akan terhukum.

Semoga Allah mengampuni dosa- dosa kami yang lampau...kami bersyukur dan redha atas apa yang telah terjadi. Kami berazam untuk menjadi hambaMu yang taat.

Ya Allah, lindungilah kami daripada perbuatan jahat manusia.
Ya Allah, berikanlah balasan yang seburuk-buruk balasan kepada mereka yang menyakiti dan menzalimi kami, semoga dengan balasan itu dapat memberi pengajaran kepada mereka, kami dan semua manusia lain.
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menghadapi apa jua ujianMu.
Ya Allah, kuatkanlah keimanan kami, dan dekatkanlah kami kepadaMu.
Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran kepada kami.
Ya Allah, ampunilah dosa- dosa kami yang banyak ini.
Ya Allah, satukanlah hati- hati kami di jalanMu.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada gangguan jin dan iblis serta manusia yang ingin menyakiti kami.
Ya Allah, jadikanlah kami orang- orang yang mencintaiMu sepenuh hati.

Amiin.

Sunday, December 08, 2013

Surah al-Hajj 39-41

Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha kuasa menolong mereka itu,

iaitu orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata, "Tuhan kami ialah Allah". Seandainya Allah tidak menolak keganasan sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan menolong agamaNya.Sungguh, Allah Mahakuat, Mahaperkasa.

Iaitu orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Saturday, December 07, 2013

Ignorant

Situation 1

My second patient for the day, a lady in her fifties. Refused to sit on the chair. Presenting complaint : bawah keluar air, basah- basah... Physical examination : grade 4 haemorrhoids with vaginal prolapse! Plus yellowish foul smelling discharge...advised for admission, she refused, she only wanted medicine. Aunty...there is no medicine to cure this...only surgery can do it. She thanked me but only wanted medicine...no admission please. I gave her cloxacillin, papase, mefenamic acid and neomycin cream. She left, not even a single of her body fluids left in the clinic. 

Situation 2

Evening session...my colleague's patient. A staff from screening counter told the nurse about a patient with bad urinary incontinence. Being occupied with patients, we did not realise that the particular patient came into the room. She sat on the waiting cushion chair. Perghh...the room started to smell urine. Next she sat on the other cushion chair near my colleague. Two chairs contaminated. She was sent to the lab for some tests. We removed the two chairs. Later when she came back, my nurse tried to warn the other nurse about her but it was too late. She just place her wet butt on the other waiting chair...She was given medicine and a referral letter to gynaecology and left the room with super wet chair...so that day our cleaner had to clean three wet cushion chairs.

Moral of the story : Always think of other people. It is okay to be unwell, but don't let your sickness burden other people. The first patient knew that if she sits, she will dirty the chair, so she politely refused to sit down. The second patient...not sure what was she thinking...she just ignorantly sit on cushion chairs despite being incontinence...couldn't she think about other people? And she did not even apologize.

Thursday, December 05, 2013

3rd December

This date marked the first day I reported myself here. It has been a year, alhamdulillah. Eight months in Paediatrics, and now here I am. If I have not been sent here yet, I would have submitted my transfer application form. Transfer to health clinic. Yet, I got here first.

1st November 2012 was the date I became a medical officer, floated a while in emergency department, before being offered to come here. Three years ago, I started my career on the same date as a houseman. How time flies. Thank you Allah for letting me passed all the obstacles. From coming to work at 5 am, hunting for bloods, till transferring an intubated patient in a crazy ambulance...I made it through.

Now I should hunt to improve my career, insyaAllah!

Friday, November 29, 2013

Minhajul Abideen

I forgot that I got this book as a present till I saw it today. Such a lovely gift :) (about one year plus ago )

Sunday, November 24, 2013

Rindunya Bermuktamar !

Berakhirlah sudah Muktamar PAS ke 56 yang kelihatannya begitu meriah walaupun terpalit sedikit kontroversi. Suatu perasaan yang sukar digambarkan pasti dirasai oleh para muktamirin, termasuk para pemerhati dan ahli jawatankuasa.

Dapat menjadi sebahagian daripada muktamirin adalah nikmat besar. Zaman kampus dahulu, tentulah tidak se-gah muktamar peringkat pusat, namun ruhnya tetap ada. Menjadi perwakilan kawasan sebanyak dua kali adalah pengalaman yang cukup manis. Dapat berkongsi kisah dan pengalaman dengan kawasan-kawasan lain. Pada tahun pertama aku menghadirinya, suasana muktamar cukup teratur. Pengarah muktamar adalah sahabatku sendiri, dan kebanyakan ahli jawatankuasanya adalah muslimat. Itulah, apabila muslimat yang mengendalikannya, pasti segala perkara yang halus dan kecil dititikberatkan. Setiap meja perwakilan dihidangkan air minuman dan dibekalkan semangkuk gula-gula Skitties. Pada setiap kali sidang ditangguhkan untuk solat/makan, dewan akan dikemas dengan bersih. Subhanallah.

Pada tahun kedua aku menjadi perwakilan, adalah menggantikan seorang sahabat senior yang menarik diri. Kali ini lebih matang, lebih tahu melibatkan diri dalam perbincangan, perbahasan usul dan sebagainya. Cuma kali ini meja tidak dapat disediakan kepada perwakilan kerana masalah tempat yang sempit…jumlah perwakilan pula semakin ramai. Maka perbincangan dalam kawasan menjadi sukar. Pada setiap kali muktamar juga kami pasti akan dihidangkan oleh tazkirah dan kata-kata semangat daripada pimpinan pusat. Sungguh bertuah dapat mendengar suara pemimpin-pemimpin pilihan Allah ini.

Pada kali ketiga aku menyertainya sebagai ahli jawatankuasa penempatan. Jenuh juga menyusun bilik untuk muktamirin, memang katil tidak mencukupi, ada yang perlu berkongsi, ada yang menggunakan sleeping bag, asif! Kali ini pergerakan lebih bebas, maklumlah, AJK. Kami bekerja keras demi memastikan program berjalan lancar, ada sekali tu aku dan seorang sahabat yang bertugas sebagai AJK dewan telah collapsed di dalam bilik, sehinggalah kami dipanggil melalui walkie talkie :) Itulah pengalaman yang tidak seberapa, suatu suasana yang begitu dirindui…

Ada beberapa perkara yang suka untuk ku highlightkan berkenaan Muktamar PAS kali ini:

1. Dewan muktamar sangat cantik dan kelihatan selesa sekali, sesuai dengan taraf PAS sebagai parti berprestij tanah air.

2. Masuknya Tuan Guru Nik Aziz ke dalam dewan sungguh mengharukan…seorang ulama besar yang memperjuangkan Islam dalam hidupnya.

3. Terdapat kesilapan semasa proses pengundian…sehingga pengarah pengundian khabarnya meletak jawatan? Belajar dari kesilapan…

4. Tuan Haji Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya…beliau bukan golongan ulama, namun sumbangannya terhadap PAS dan Islam tidak dapat dinafikan lagi. Ada pihak yang mempertikaikan kemenangannya, keluar cerita yang didakwa beliau dan Husam Musa masuk ke bilik pengundian pada tengah malam, ada cerita beliau memuji pemimpin Syiah…wallahualam, sejauh mana benarnya cerita itu, Allah lebih mengetahui, cuma persoalannya, apa motif ahli-ahli PAS menyebarkan kisah-kisah ini selepas kemenangannya disahkan? Jika benar beliau bersalah, tujukanlah aduan ini kepada pihak berkenaan, bukannya menyebarkan kepada ahli akar umbi yang lain sebelum ia disahkan. Aku bukanlah his fan, tapi aku hormati keputusan pengundian, dan penyebaran kisah ini amatlah tidak sihat di kalangan ahli…

5. Naib- naib Presiden PAS sebak…masing-masing menitiskan air mata tatkala memperkatakan kemenangan mereka…Husam Musa sedih mengenangkan bahawa Datuk Mahfudz Omar kalah kerana Husam masuk bertanding dan menang…should watch this video footage online..sangat menyentuh hati. Mereka berjuang kerana Islam, mereka bertanding untuk memperjuangkan Islam, bukan pangkat semata-mata. Allahu akbar!

6. PAS akan meneruskan tahaluf siyasi, itu yang terbaik buat masa ini untuk memikat hati pengundi non Muslim dan menunjukkan bahawa Islam yang dibawa PAS itu aman dan mensejahterakan.

7. Segak bergaya para perwakilan…yang lelaki berbaju Melayu putih dan bersamping kotak-kotak hijau…muslimat berjubah hijau dan bertudung putih..ahli-ahli PAS bukan sengkek dan kekampungan seperti yang didakwa..sungguh ramai doktor (perubatan dan falsafah) yang mendokonginya, jika PAS parti yang salah, maka mengapa para ilmuwan dan bijak pandai ini menyertainya? Tepuk dada, tanyalah iman...

Saturday, November 23, 2013

Sumber Inspirasi

Kisah pemergian "Syahid yang Tertangguh" Almarhum Ahmad Ammar hanya kuhidu kira-kira seminggu selepas kematiannya. Kesibukan mengejar urusan duniawi membuatkanku terkebelakang sedikit dalam soal ini.

Seorang anak muda berusia dua puluh tahun yang disayangi ketika hayatnya dan ketika kematiannya. Kagum melihat sumbangannya terhadap Islam. Jauh perjalanannya, luas pengalamannya walau usia masih muda. Almarhum mendapat didikan yang baik daripada kedua ibubapanya. Sedari awal lagi mereka sudah mencorakkan warna ke atas kain putihnya. Almarhum di hantar belajar jauh untuk menimba ilmu dan pengalaman berguna, sedangkan kebanyakan ibu bapa amat berat mahu melepaskan anak-anak mereka pergi jauh. Kebanyakannya mahukan anak-anak menjadi golongan profesional seperti doktor, jurutera dan peguam, kurang sekali yang mendorong anak-anak mempelajari ilmu sejarah.

Terpegun melihat wajah tenang kedua orang tuanya tatkala tiba untuk melihat jenazah Almarhum. Anak yang ditarbiyah seikhlas hati , ditatang dan disayangi hanya tinggal sekujur tubuh kaku, namun amat tenang pada pandangan mata yang melihatnya. Insan yang terpilih.

Sungguhpun Almarhum bukan warga Turki, namun jenazahnya diziarahi dan disembahyangi oleh majoritinya orang Turki. Malah, Almarhum dimakamkan di perkuburan yang menempatkan para sahabat Nabi, termasuk Abu Ayub al-Ansari, suatu kemuliaan pada pengakhiran usianya.

Aku jua pernah menanam cita-cita persis Almarhum Ahmad Ammar, mahu syahid di jalanNya...sungguhpun jalanku masih terlalu kabur, namun itu bukan penghalang untuk terus berusaha, selagi nyawa di kandung badan, usah putus asa mencari cintaNya.

Aku berdoa agar dapatku mendidik anak-anakku kelak menjadi pencintaNya dan dicintai oleh orang-orang yang mencintaiNya, dan aku juga berdoa agar dapatku menjadi seorang ibu yang mentarbiyah anak-anak ke jalan yang benar, dan jika ditakdirkan aku kehilangan mereka, aku redha dengan ketentuanNya.

Pemergian adik ini menjadi pencetus kebangkitan ummah dan inspirasi buat mereka yang cintakan jalanNya.

Tarbiyatul aulad harus bermula dari zaman bujang lagi, kelak nanti lebih mudah mahu mendidik anak-anak. Jangan nanti anak sudah laju berlari baru terkial-kial mencari ilmu... sedih melihat ibu bapa yang sogokkan anak-anak dengan tablet bagai dan kurang mendidik dengan kata-kata dan perbuatannya sendiri...

Kisah berinspirasi ini membuatkan kami bekas pelajar UK-Ireland teringatkan wira kami, Allahyarham Mas Afzal, yang meninggal dunia juga pada usia muda akibat Lymphoma. Aku juga pernah berada dekat dengannya apabila perlu berkongsi kereta bersama peserta-peserta lain untuk ke tempat program pada satu musim sejuk. Jasa dan sumbangannya tidak akan kami lupakan.

Al Fatihah untuk Ahmad Ammar dan Mas Afzal.

Sunday, November 10, 2013

Family Trip to Ipoh & Teluk Intan

Alhamdulillah...ended another trip to Perak. This time : Ipoh and Teluk Intan.

Aimi's wedding reception brought us here. Mak, ayah and I. Mak managed to get her leave. So we departed from home at 11.30am on Saturday. After driving for two hours, we stopped by Hentian Sungai Perak for a break and washroom. Kak Riza called. We were supposed to meet at the wedding but unfortunately she and ustaz couldn't make it on time. Traffic congestion, as they mentioned. We arrived at Persiaran Meru Point at 2.10 pm, seeing the bride and bridegroom having their lunch. Dressed in blue/turqoise, Aimi and her husband looked gorgeous. Happy for her. When Kak Long has been taken, hopefully kak ngah will be taken soon too. Biiznillah.

Met a few juniors from UCC and a long lost friend, Nida. Felt sooo relieved to be able to chat with her. We found many similarities, we shared common hopes and feelings. We left after 4 pm, initially we wanted to go to Mak Bee's house in Manjung but she was uncontactable, so we went straight to our hotel, Paragon City Hotel.

It is a three star hotel, modest and simple. We got a super deluxe room i.e. Family room with one double and one single bed at cheap price. The room was spacious enough, with small tv near my bed. However, the air conditioner was not optimally functioning. It took a while to cool...but not cool enough. The bathroom was also nice. After Maghrib prayer, we left to town to look for dinner and ended up at Restoran Sabar Menanti, near Ipoh Stadium.

As its name, we had to be very patient with the service in the restaurant. The waiter was not friendly and we clearly ordered kuey teow goreng tanpa ayam for ayah but the waiter did not emphasize on our request. So the order had to be re cook. And he did not even apologize. Sabar menanti. Mak's mee kari was kow enough but also salty. My mee bandung was not thick enough and I could not really taste the bandung. We also ordered nasi goreng ikan masin without ayam but they served the ayam too. And the soup was super salty! My rating: 2.5/5. Will I come again? No, unless there is no other choice.

We returned to the hotel at 10pm and there was an Indian wedding going on till midnight. The wedding hall was also at first floor, near our room 104, so we could hear the noises intermittently.

Sunday morning...me and ayah bought breakfast from medan selera stadium, which was just two minutes from the hotel. We checked out at 10.30 am and left to Teluk Intan. It took us 1.5 hours to reach Menara Condong Teluk Intan. Hmmm...it is slanted slightly. Then, we headed back towards the north. We had our lunch at R&R RTC Perak. Huge place, with food court and Mydin! After prayers, we headed back to the highway.

Our next stop : R&R Bukit Gantang, where mak bought some fruits. Five minutes after we left, there was heavy rain..we drove slowly passed Taiping when the rain stopped. Finally arrived home at 6pm, alhamdulillah. With body aches, I am happy with the trip. It is nice to bring mak and ayah away from all the tense and heat at home.

Wednesday, October 30, 2013

Still Trying

October is coming to its end. Not feeling well, but feels like writing.

Thank you all who sacrifice your thoughts and time to help me. I really appreciate your love and concern. Even though none of your efforts comes to a success, I never lose hope. Never give up. I am not sure what is wrong with me or my career that made this thing too difficult. Never occurred to my mind that my time will be this late. It is an honour to me, also a test in my life. Seeing my friends and juniors moving on with their life made me envy. 

I know my time will come soon. I just do not know when. I hope that there is no barrier keeping me from this. May Allah protect me and give me the best for me. 

People who do not know me claimed that I was too choosy. That was just a rare comment. The fact that I do not even have options to choose from. I am still trying. I need to be strong. 

Don't give up, never give up.

Thursday, October 24, 2013

My Review On Delicious Cafe



The first time I went to Delicious cafe was on 12th October 2013. It was my day/night out with my gangs. We decided to try that cafe at Straits Quay. We were welcome warmly by a waiter, he ushered us a table in the middle of the cafe. Different table for different meals. If you only want desserts, you can choose a table with sofas, if you want meals, you choose the ordinary table.

Interior design - beautifully decorated, the room looks spacious, they used the bird's cage to decorate the lighting.

Waiter/waitress - I honestly think they need to be more alert, look around and be aware of customers. At times, we were waving up for them but none of them ever look at us. We decided not to call out though. One thing I was a bit annoyed was that they took away our knife, and fork after we placed our orders. They should have at least left me the knife as I ordered a burger. I had to call them and asked back for a knife. They served desserts first, then only main meals...ermmm, not sure which table etiquette they follow.

Desserts/meals - we tried pavlova and lemon pie something. The pavlova looked "old" and not fresh, like they had keep it frozen for some time. However the taste was good. I ordered teriyaki chicken burger...the chicken was nicely cooked but the bread/bun was too hard. I used much of my energy to cut the bread! Oh ya, the cakes displayed looked yummy but the prices were double that Secret Recepi! All around RM14-15 and the slices were a bit smaller. Too expensive! We wouldn't spent that much for a piece of cake. Drinks - we only had sky juice, which was refilled intermittently. Other menus...I think I can get cheaper at other cafe/restaurants.

My rate : 3/5

Will I go again? No, unless someone treating me :)

Wednesday, October 23, 2013

Third week

Entering my third week in this new department. Many characters have been revealed. Everyone is talking behind everyone's back. Some are calculative. Some are too noisy. Some like to show their intelligence.

Whatever it is, I started to enjoy my job here. At least no more night calls. No matter how busy from 8-5, I still can go home at 5. No need to worry about getting weird referrals anymore. Of course I do miss looking at cute children.

Today somehow I get back the feeling of being oncall, or maybe half of the feeling as I still cannot go home at five, need to stay for locum at six till ten. May Allah ease my session and I could finish on time. Ameen.

Monday, October 21, 2013

Turun Naik

Sabda Rasulullah saw," Iman itu kadang naik, kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan Lailahaillallah." HR Ibnu Hibban

Astaghfirullah. Iman merudum teruk bulan ni. Jatuh menjunam ke dasar gaung yang terdalam. Saat ini masih menggapai-gapai untuk kembali ke puncak, atau sekurang-kurangnya pada pertengahan pendakian. Diam membisu seribu bahasa. Memencilkan diri. Cuba mencari kekuatan diri yang hilang entah ke mana. 

Adjustment disorder lagi. Bertukar ke jabatan baru, suasana baru, rakan sekerja baru, boss baru, pesakit yang baru. Lagi pelbagai karenah yang perlu dihadapi. Kerja-kerja-kerja...tengok-tengok dah pukul lima petang..balik...and the cycle goes on...sekurang-kurangnya waktu malam aku tidak perlu risau lagi untuk oncall. Alhamdulillah.

Aidiladha...rasanya erti pengorbanan gagal dihayati. Terlalu disibukkan oleh hal-hal duniawi.

Saat ini aku terpisah jauh daripada sahabat-sahabat...cuba memancing kembali iman dan semangat yang hilang..moga dapat kutemuinya semula sedikit masa lagi. Aku bersalah pada diriku sendiri kerana terlalu lemah..aku bersalah pada perjuangan dan pejuang-pejuang yang lain kerana rebah di pertengahan jalan dan tidak dapat meringankan beban mereka..

Samsung NC10 yang bersama-sama berjuang denganku selama empat tahun tujuh bulan akhirnya menyerah kalah..kini aku terpaksa menjemput ahli keluarga baru ke dalam hidupku...masih lagi cuba menyesuaikan diri..hasrat di hati mahu mengubatkan NC10 agar dapat selamatkan important files dalam tu,rasanya screen/ hardware untuk screen yang rosak..selamat datang ahli keluarga baru, 19 Oktober 2013. [melayang simpananku..huhu].


Saturday, October 05, 2013

Family Trip Johor Bahru & Singapore

Akhirnya trip yang dinanti-nantikan tiba jua. Hujung minggu yang lepas, aku membawa mak dan ayah ke Singapura dan Johor Bahru sempena walimah abang kepada kakak iparku.

Sabtu awal pagi kami bertolak ke airport, solat subuh di sana dan terus menaiki flight AirAsia ke JB. Breakfast in flight, save 20% bila beli online waktu tu. Sampai di Senai Airport, kami berehat seketika dan menyimpan beg di locker, RM20 unlimited duration. Tunggu bas Causeway link ke JB sentral pukul 10 pagi. Tiba-tiba ternampak Ben Laden, budak kecik yang petah bercakap tu. Dia orang JB, pakai cap, glasses dan rantai kayu huruf B macam Zizan pakai tu.

Perjalanan ke JB sentral hampir sejam kot, aku dah mengantuk dan tertidur-tidur dalam bas Causeway link berwarna putih itu. Dari JB Sentral, kami berjalan ke JB CIQ, tempat imigresen bahagian Malaysia. Rasa bagai di Airport saja. Dari JB CIQ, kami naik bus [guna tiket yang sama] merentasi Tambak Johor ke imigresen Singapura. Tiket bus ni free sebab kami penumpang Air Asia. Imigresen Singapura macam Heathrow airport sikit, kena isi embark form. Naik turun escalator yang laju itu. Seriau juga nak melangkah ke escalator tu.

Dari Woodlands aka imigresen Singapura tu kami naik bus causeway link warna kuning dan berhenti di Kranji MRT Station, yang memakan masa sepuluh minit saja. Kami naik MRT dari Kranji ke Raffles Place yang memakan masa 45 minit. Aku sangat impressive dengan kesedaran sivik warga Singapura, mereka sangat peka akan penumpang yang naik MRT, nampak saja warga emas, mereka berikan tempat duduk. Aku pun akhirnya gave up my seat to a pregnant lady.

Apabila kami sampai di Raffles Place, dah pukul 1 tengah hari. Panas terik!!! Aku ikut arah yang kubaca di blog seseorang sebelum ni. Ikut arah UOB dan terus ke Fullerton Hotel. Dah nampak boat di Singapore river. Kami berjalan towards main road and crossed the streets. Aku hentam saja, tawakal ke sana dengan harapan jumpa Merlion Park. Alhamdulillah, arah itu betul. Ramai orang di sana, despite panas terik. Kami bergambar sikit. Nampak Esplanade di seberang sana, nampak Singapore Flyers. Ayah dah mula minta nasi. Aku beri potato bread ayah menolak. Di situ mana ada nasi,nak cari makanan halal pun susah.

Kami berpatah balik ke Kranji MRT station. Kakiku dah kejang, kesian mak dan ayah, mesti lebih letih. Kami naik MRT ke Bugis station yang hanya berselang dua station. Dari situ aku decided untuk ambil taxi saja walaupun ikut jarak ke Arab street macam tak jauh sangat. Taxi costs us 3.70 dollar ke Kampong Glam Cafe.Kami lunch nasi Melayu di sana,lebih kurang 13 dollar untuk tiga orang.

Kami membeli sedikit cenderahati di sana, kemudian solat di Masjid Sultan.Kipas angin masjid itu mempunyai bilah yang sangat panjang, terasa angin sejuknya hingga ke belakang. Melihatkan mak dan ayah sudah letih, trip kami setakat itu sahaja. Tak jadi ke Orchard Road. Kami mengambil taxi ke kranji MRT station, costs us 17 dollars. Dari situ kami naik bus 160 ke Woodlands, panjat escalator yang laju itu , lalui imigresen dan naik bus Causeway link kuning ke JB CIQ.Tambak Johor tu pendek saja, tapi jalan agak sesak.Aku berasa lega sangat once dah masuk JB. Tempat sendiri. Kami terpaksa tunggu bus pukul 7 dari JB sentral untuk pulang ke Senai Airport untuk mengambil beg. Kami hanya menunggu sekejap di airport sebelum YB dan isteri datang mengambil lalu membawa kami ke Restoran Singgah Selalu untuk dinner.

Suasana di restoran itu sungguh meriah, kawasan luas di luar dan dalam. Kebetulan ada perlawanan Piala Malaysia suku akhir JDT VS Kelantan. Riuh rendah penyokong JDT apabila mereka score dan menang 4-2. Selesai makan, kami ke M Suite Hotel, sebuah studio room 312. Sungguh selesa, alhamdulillah. Katil besar, ada couch, ada tv, ada kitchen bar.Cuma pemandangan tak cantik,nampak bangunan dan kawasan pembinaan.

Hari kedua di JB, Ahad - bangun pagi dengan perasaan yang cukup tenang. Subhanallah. Kami breakfast di hotel, mak dan ayah free, aku kena bayar RM35. Macam-macam kami makan, Dah bayar mahal, makanlah. Pukul 10.30, aku dan ayah menaiki taxi ke JB sentral untuk mengambil kereta sewa. Tukang hantar kereta lewat setengah jam. Jam Melayu, alahai. Dapat Myvi putih, JLL. Rasa pelik memandu Myvi buat kali pertama. Rasa longgar serba-serbi. Plat minyak rasa longgar, stereng rasa longgar waktu membelok. Myvi ni ringan, aku bawa maximum 90km/j saja walaupun di highway.

Lepas Zohor, kami ke dewan kenduri - Kompleks Tun Mohamed Rahmat di Jalan Mata Kucing, dekat dengan hotel tapi ke buat U turn. Pengantin dah sampai, segak berbaju putih/cream. Lepak lama juga sampai hampir habis kenduri. Kemudian aku bawa mak dan ayah ke Johor Premium Outlet, persis Kildare Village, cuma harganya perghh...bapak mahal. Tak beli apa pun. Vincci dan Padini harganya not bad. Jauh juga ke JPO ni di Kulaijaya. Siap kena tol 80 sen. Balik dari JPO, kami singgah ke Danga Bay sekejap. Banyak penambahbaikan sedang dilakukan. Waktu sunset, kami pulang ke hotel, solat dan dinner dengan bekalan nasi kenduri yang dibekalkan.

Hari ketiga di JB, Isnin, hari terakhir - kami breakfast di hotel juga. Pukul 9.30am dah check out dari hotel, menuju ke Legoland di Nusajaya yang hanya 20 minit dari JB. Sampai juga ke Legoland. Tiket beli online one week earlier dapat 20% discount, aku dan mak RM112 each, ayah senior citizen dapat RM88. Besar sungguh Legoland. Cuaca panas tapi ada banyak tempat berteduh. Paling tak boleh lupa ialah pengalaman naik boat dengan ayah...saat bot tu nak turun naik atas, aah..ngeri sungguh, rasa bagai nak tercampak dari boat, tapi duduk elok juga..pandai sungguh mereka yang buat permainan ini.Basah baju lepas boat tu turun, masuk dalam air sikit.Terbaik...

Kami singgah di cafe makan Golden Durian Sago...mak teringin nak makan, RM10 each. Kemudian pulang ke JB, jumpa YB di dewan kenduri semalam dan dibawa ke hoemstay mak Esah. Lunch di situ, nasi ambeng..ermmm sedap alhamdulillah. Sembang-sembang dengan besan mak ayah dan solat di situ. Pukul 5.15pm, kami bertolak ke airport. Selamat tinggal JB, ada rezeki dan umur yang panjang, kami kembali lagi!

Perjalan ke Senai Airport begitu mudah, biiznillah.Kami check in flight dan pulangkan kereta. Aku usha kasut Sembonia yang tengah offer RM59 tapi tiada saiz. Kasut murah..beg RM300 lepas discount...pergh..Kami solat di surau sementara di situ sebelum naik flight balik Penang...Sampai di Airport, tengok beg ungu ku tergolek di lantai, mamcam tu rupanya mereka buat kerja...parking kereta kena RM72 untuk tiga hari...kami ke Teluk Tempoyak dan pekena seafood untuk dinner..

Saat ini perlawanan Kelantan VS JDT sedang berlangsung, tambahan masa 3 minit. Kedudukan 6-1, aggregat 8-5. Dahsyat!!!! Kelantan bangkit sungguh-sungguh, tunjuk taring mereka. May the best win!

Friday, October 04, 2013

Last call, last day

Last call on my last day...feels sad to leave this department, yet life needs to go on...

I started working here on 3rd December 2012, exactly 10 months ago. 
I chose paeds as this was the best option I could choose from.
I love kids.

I managed to learn from specialist for one week only. Then Dr J left to Putrajaya for subspeciality. V became the HOD. The way she treated me...made me feel like so stupid. Never occurred to my mind that I would be treated that way as an MO. Even when I started my first posting as a houseman, no one ever treated me that way. Yet I went through the days with patience. C was super nice...he sat down and jot down all the basic management for me. I was so touched by his kindness and softness. O was the most junior before I came. Initially I felt that she was hard to approach but later on we became close and even shared a secret. M understood me very well, he knew that I did not ask to be in this department and that I needed time to adjust myself. He always backed me up. 

Two weeks later, M left to his favourite department. I felt the lost. I started my call earlier than what Dr J  had said. One weekday and three weekend calls in two weeks! My calls turned out to be okay. V started to change her attitude towards me. She started to treat me better. Then, came S, who went for confinement and started Master programme for a while but could not make it. As the most senior, she was the best,the nicest. I learnt a lot from her.

When I was about to prepare mentally for four EOD calls during Chinese new year, H came. She was the saviour. Being very junior and not even finish her attachment, she had to oncall in order to lessen our EODs. V was the happiest person. She gave her weekend call happily to H and let S, a mom with three kids to do more call than her.

V felt that her leadership was challenged. She could not answer when S and O asked her about the call roster. Obviously she practiced an unjust system, how could she answer them? O asked me to voice out along but I remained silent. As a junior, I preferred not to say much. Since then, V started to argue with O. No more sisterhood. S helped me to adjust my call so that I did not have to do too many weekend calls. Thank you S.

Two months later, T came and be the sixth MO. Less oncall for us. I knew him from housemanship. He could be hopeless sometimes, but at other times were helpful. O and V got into a serious argument after a CME. Voice was raised, file was slammed onto the table. Temperature raised. O ended up meeting the director and got PM off. I became the middle person for V and O to communicate. As a leader, V acted childishly. She called O " consultant". O still respect V as a senior and continued asking for her opinion. They hardly talk for a month.

Eventually they started to communicate again. Thanks to O who never give up on her. Unfortunately, before she left, she had an argument with C and T, because she claimed that she was forced to do calls! She complaint to me and she even mentioned her regrets for treating C so well before. She felt that she had been backstabbed. During her farewell party, they did not talk to each other at all!

V left...only five of us remained. Had to do more calls...specialist from HSJ came two monthly, starting July. Dr T was super nice and easy going, but she discharged patients too fast. She appreciates our work and treated us as an MO.

August was the most hectic month. After a one week raya leave,my calls were like forever. That was when I felt that I could not go on anymore...I needed to change environment!

September...Dr Te came. Another adjustment disorder. Initially I felt like being a houseman again, but now it is getting better. She is very much approachable and more careful when discharging patients. L came to rescue. New MO means, a pathway for us to leave. Then, came LL, who was super friendly but after a few days he left to ED and Ta came in. 

So, it is confirmed. Today is my last day and my last call. Next week I shall start new in the other department. C is leaving on the 16th. Left O as the most senior, waiting for her HC application. H is currently pregnant and also applied somewhere. Good bye my friend T, keep in touch. All the best to L and Ta. You guys will enjoy working here.

I am so gonna miss here, the atmosphere, the staff and the kids!

Saturday, September 21, 2013

+=

Planning for a trip + getting prepared for a change of workplace + wondering what's happening to family ties + getting involve in health service programme = headache and excitement!

Bismillahiraahmanirrahim...

Friday, September 20, 2013

Mencabar

Selasa lalu adalah oncall yang mencabar. Tengah malamnya aku menerima panggilan daripada seorang colleague, yang mana dia terpaksa ambil EL kerana ibunya masuk wad. Maka tinggal kami berdua. Aku dan rakanku yang postcall dan gravida. 

Morning rounds habis cepat, hanya lima patients, alhamdulillah. Klinik pakar tanpa pakar...hanya kami berdua. Rakanku sampai lambat ke klinik kerana ada new case masuk. Kami dah limitkan patients awal-awal, namun ada dua tetamu tak diundang. Seorang PPK ( rasanya dari ED) pandai-pandai masukkan nama cucunya tanpa bertanya pun pada SN in charge. Aku tahu dia staff, tapi at least nak masuk rumah orang bagi salam dulu pada penjaganya. Serve you right, datang hari tu tiada pakar pun. Seorang lagi yang tak diundang ialah defaulter, suddenly decided to continue follow up that day. Sanggup tunggu walaupun lambat. Whatever. Tengah tengok patient, SN called, ada another new case masuk!

Habis klinik pukul 12,alhamdulillah. Balik ward terus clerk case. Ermm...child very well, low grade fever...Only WBC 30,so the OPD MO got her admitted. Lepas tu masuk satu lagi case, plus two referrals...one from Ipoh, nak transfer febrile fit patient sebab belum 24 hours. You know that you still need to observe her,yet you allowed her to be discharged to parents, and travelled themselves from IPoh to BM?!! With branula in hand! Guess what, the child only arrived at 9pm, with no branula in hand! I ended up not admitting her.
1) Its already more than 24 hours for observation
2) Child afebrile for 24 hours
3) Mother not keen for admission

The other referral was from HC, referred by a young MO for pneumonia, which turned up to be only URTI and discharged the following day.

I only had lunch at 2 pm, then continued with admissions..
Tak terkira dah berapa admission petang tu...di selang seli dengan surgical dan ortho. Ramai pula yang alleged fall with cerebral concussion bagai...

Enam petang..dua kes masuk serentak. Croup and dysentery.
Severe viral croup....prominent stridor, recession, tachypnoic, SPO2 91% under room air...parents were very cooperative. I loaded him with neb budesonide, im dexamethasone and finally the magic drug,neb adrenaline. Child improved immediately! Syukur pada Allah yang mengizinkannya. Masa tu aku dah terfikir kena prepare intubation dah. ED MO yang attend kes ni dulu dari Paeds juga, he made the right diagnosis but managed him wrongly. Ada ke patut bagi neb salbutamol dengan alasan tiada budesonide? Dude, pharmacy is just next door!

Kes lagi satu tu was wrongly diagnosed, dia bukan dysentery, dia tak passed stool langsung! Dia cuma ada PR bleed, query cause! Budak tu aktif bukan main. AXR normal, aku observe saja, KI V refer surgical. In the end discharged je esoknya.

Baru ingat nak rehat, satu lagi kes masuk. AGE with severe dehydration! Four years old Burmese girl, who had just came to Malaysia two days earlier. ED dah bagi bolus, so aku bagi deficit and maintainence fluid. Lethargic sangat.

Pukul 8.45pm baru check in bilik oncall. Soooo tired. Bersihkan diri dan baring. Masa nilah referral dari Ipoh tu sampai. Dah agak dah! Settle yang tu, masuk bilik semula. Baru terlelap, ada dua 
lagi new case. Masa tu nearly 12 midnight...MasyaAllah...

Aku bad mood masa ni. Muka serius saja. Kenapalah datang malam-malam ke kecemasan. Apa yang cemas sangat? Dua-dua budak came in walking. So where is the severity and urgency for admission?!

First case...anaknya tiga tahun lebih dan bertudung. Bapanya berjubah dan berjanggut. Ibu tiada. Bila nurse nak check BP, budak tu meraungggggg macam sakit sangat! Yes, bila BP cuff tu inflate, memang sakit, tapi tak perlulah sampai meraung tengah malam! Aku tengok dekat kad ED, si bapa refused blood taking after first attempt fail. Baik pula ED hari tu, ramai patient yang admit mereka dah ambil darah. Maka aku pun batalkan hasrat nak ambil blood culture. Temperature 40 C. Bapanya kata esok pagi saja, kerana anaknya takut. Fine. Kes lagi satu URTI. Memang dry budak tu,aku start IVD.

Pergi labour room pulak. Ada low birth weight baby, 2.2kg. SN sana buat kecoh sebab ada inevitable miscarriage at 20 weeks, ada heart beat, estimated weight 500g. To resus or not to resus? O&G specialist punya plan, to allow labour, to call Paeds if heard beat present after 30 minutes born. Biar betul? Awal-awal tak bincang dengan paeds, bila born alive nak lepas tangan kat paeds untuk decide kah? Aku tanya MO obs, what was your discussion with the parents? No answer. Aku malas nak fikir, they never referred to me, I pretend that I did not know the case. Aku balik bilik tidur.

3.30 am...SN called and informed result. The AGE patient punya urea creat tinggi! Aku dah agak dah, so repeat stat. Terfikir juga, kena refer HSJ ke? Kena dialysis ke? Sebab terlalu penat, aku tidur balik sampai pagi. Mujurlah second urea creat dia dah normalize...

Esoknya aku dah semangat nak ambil bloods budak bertudung tu. Temperature 39-38 C. Boleh pula si bapa refused. Katanya anaknya dah okay. Lagipun anaknya takut dan sakit. Encik, semua budak menangis bila ambil darah...Si bapa minta nak discaj. Pulak!!! Dah la specialist on leave, dia nak AOR discharge pula. Nak segera pula tu. Oh ya, budak tu tak immunised sebab  si bapa refused. Aku cakap, tunggu kami sediakan dokumen untuk keluar wad, lepas tu baru boleh keluar. Aku maklumkan pada sister. Sister pun dah pening, masuk baru lapan jam, dah nak discaj. Nanti matron dan pengarah bising pula. Tengah bincang- bincang macam mana nak buat, patient tu abscond! 

SN call nombor si bapa, boleh dia tak mengaku itu nombornya!
Dua laporan polis dibuat.

Esoknya, kami classify as abscond, after 24 hours missing.
Sister called si bapa guna mobile phonenya, si bapa angkat, sister cakap dengan lembut, minta si bapa datang balik untuk settle bil dan sign dokumen untuk balik, dia terus letak telefon!

Astaghfirullah...
Sorry to say, kamu membawa imej Islam, tapi akhlak kamu tak seperti Muslim. Saya amat kecewa dengan sikap tak bertanggungjawab kamu. Kamu susahkan kami, semoga Allah akan susahkan kamu pula. Kamu datang ke hospital meminta bantuan untuk merawat anak kamu, tetapi kamu sombong apabila kami cuba membantu. Kamu suarakan pendapat kamu seolah-olah kamu seorang doktor yang arif. Habis tu buat datang hospital, kalau kamu pandai sangat?
Kamu berdosa dengan orang-orang yang kamu offended, sehinggalah kamu datang meminta maaf. Semoga Allah balas perbuatan kamu. Jika anak kamu yang tanggung pembalasannya, kamu jangan menyesal.

Jika anak kamu sakit lagi, malah collapse sekalipun, jangan sesekali bawa dia ke sini lagi. Kami ada ramai lagi pesakit yang tahu hargai dan hormati kami.

Namanya, wajahnya, suaranya, akan sentiasa kuingat!

Monday, September 16, 2013

Berhenti Merungut!

Aku perlu berhenti merungut tentang kepenatan...
Apalah sangat yang aku buat dan berapa banyaklah sangat sumbanganku terhadap Islam jika dibandingkan dengan orang lain.
Oncall yang tiada kesudahan...kurasakan terlalu kerap hingga mengundang tekanan. Moga berita baik yang kuperolehi ini bakal mengubah dan menambahbaikkan kualiti kerja ku nanti.
Sungguh, aku terasa sayang untuk meninggalkan jabatan ini, setelah 9 bulan menjadi sebahagian daripada keluarga besarnya. 
Mana mungkin dapat kutemui staff yang baik-baik seperti mereka...telatah mereka pasti aku rindui nanti. 
Segala ilmu dan pengalaman yang kuperolehi akan kuamalkan sebaik mungkin.

Penat...
Tubuhku dah tak fit seperti dulu. Pagi tadi walkathon dengan ayah di Taman Botani, puas dapat mengejutkan otot-otot kakiku dan memercikkan keluar peluh. Aku berazam untuk kembali aktif beriadah selepas ini.

Penat...
Minda dan emosi. Kesihatan mak yang tidak memuaskan. Maklumat yang perlu kukorek dari consultant mak nanti. Ketidakcukupan sokongan emosi dan moral untuk mak dan ayah. Mereka ada tiga anak, jadi mana yang dua lagi? Perlukah mengabaikan ibubapa setelah memiliki keluarga sendiri? Itukah yang diajar oleh Rasulullah? Tidak kira apa pun yang kulakukan, tetap tidak mencukupi. Mereka masih perlukan perhatian daripada anak-anak yang lain. Hujung minggu pasti kupulang ke rumah mak ayah, walau di hati teringin untuk berbujang bersama kawan-kawan. Postcall pun acap kali aku pulang ke rumah, menjenguk dan membantu apa yang patut. Mampukah aku buat begini lagi setelah berkahwin kelak, sedangkan aku perempuan, isteri yang wajib berada di sisi suami?

Multaqa Ulama yang berakhir semalam mengundang pelbagai reaksi. Secara tiba-tiba semua orang mahu memberi pendapat sebaris ulama. Yang tidak pernah nampak muka di usrah pun lantang menyuarakan pendapat. Selamba mereka mengutuk ulama sedangkan ilmu di dada sendiri tidak setinggi mana. Ulama bukan maksum, mereka juga ada kelemahan, tapi mereka juga berilmu tinggi, amalan mereka banyak...sekurang-kurangnya kita hormati mereka dengan menjaga lidah kita. Mereka pewaris nabi. 

Aku harus selalu bertanya, apa sumbanganku terhadap Islam? Berapa jam sehari aku ingat Allah? Bagaimana pergantunganku terhadap Allah?
Usah tunggu diri menjadi baik dahulu baru nak menyumbang, kerana hidup hanya sekali.
Semoga aku berjaya menjadi sebahagian daripada mata rantai dakwah ini, sahamnya nanti ingin kubawa ke akhirat kelak. InsyaAllah.

Saturday, September 14, 2013

Exhausted

15/8/13
Cuti raya habis. Oncall.

16/8/13
Post call, balik rumah parents, bawa parents ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, melawat mak caq Timah.

17/8/13
YB dan isteri pulang beraya. Ke rumah saudara mara dan berakhir di Juru.

18/8/13
Oncall 24 jam lebih.

19/8/13
Post call, balik rumah parents lagi sebab bagasi masih di sana.

21/8/13
Oncall lagi.

24/8/13
Oncall lagi, 24 jam lebih.

25/8/13
Postcall, ahad. Tak balik rumah parents sebab study sepanjang hari untuk NRP.

26/8/13
NRP course at HSJ. Ada MCQ.

27/8/13
NRP day 2. Berdiri sepanjang hari. Megacode assessment. Balik rumah parents petang tu.

29/8/13
Oncall lagi.

30/8/13
Postcall, balik rumah parents.

31/8/13
Bawa parents ke Selama Kedah, melawat sepupu sakit.
Selamat hari merdeka!

1/9/13
Oncall 24 jam lebih.

6/9/13
Oncall lagi.

7/9/13
Postcall,dari tempat kerja terus ke HPP untuk Paediatric update course sampai pukul 4 petang.

8/9/13
Day 2 course. Habis course terus balik rumah sewa, then terus bertolak ke Taiping.

9/9/13
Dari Taiping ke Ipoh dan pulang ke Penang, sampai jam 7pm.

10/9/13
Oncall lagi.

11/9/13
Postcall, balik rumah parents, bagi buah tangan from Perak.

14/9/13
Oncall lagi, 24 jam.
Here I am. Mungkin ini weekend call terakhirku, insyaAllah.

No weekend break since lepas raya hari tu. How exhausted I am.

Thursday, September 12, 2013

Weekend Gateway @ Taiping

An offer to boarding school brought me to this old town. I have relatives who stayed here but they moved to other town a few years back.Even though I rarely spent time cruising around the town area during my schooling years, the memories it has built still remains strong.

TAIPING

I recently revisited Taiping last weekend. Such a wonderful visit though very short. Thanks to my friends who held their wedding dinner at one of the seafood restaurant in Taiping. That afternoon I actually had to leave my course earlier so that we could reach Taiping before the sunset.Three of us, housemates, departed to Taiping at 4pm and reached the town an hour later. The shops, houses, quarters houses, Kamunting prison and the bus station...all looks familiar to me. It has been 11 years since I graduated from the school. I came back several years later but only went to the zoo and to my relative's house.

Sentosa Villa...catched my eyes when I was browsing for accommodation, plus the special price that I obtained. I rarely go for holiday, so once I go, why not get the best place to stay? It is situated on the hill, some where five minutes from the lake garden. The room was clean and spacious enough, the bathroom I like the most. The view was superb, Subhanallah, such a picturesque natural view.

We left for dinner at 7.30pm, looking for Soon Lee Seafood Restaurant, located somewhere at the town alley. Parking was a challenge. Our friends prepared special table for Muslims, and we were served Nasi Beriyani, chicken, spiced prawn, cuttle fish , vegies, fruits and orange juice. Alhamdulillah. Thanks my friends for being concerned. Both couples look so cute and smart in their dressing. I wished to see captain in his formal military suit but he wore only blazer. There was no swords also. Yet the parents impressed me as they were wearing kebaya and batik. :) The event ended around 10 pm, we stopped by 7-11 to buy some snacks and headed back to Villa.I slept soundly that night as I was too tired from lack of sleep.

Good morning Taiping...woke up with wonderful feelings. However there was shortage of water for a while that made me unhappy temporarily. We had breakfast in the cafe, surrounded by nature. Chinese fried rice, mee goreng mamak, boiled egg, samosa, popiah, porridge, fruits, orange juice and a cup of coffee...safely entered my gastrointestinal tract. Then we had a tour around the villa. Very close to nature. Thank you Allah for giving us opportunity to reach that place.

We checked out at 11.30am...and decided to head to Ipoh. On our way, we stopped by a RM2 shop and bought many things..this kind of shop is rare...so we didn't want to miss it, and we also stopped by the lake garden to snap some memory photos. Along the highway, I saw greenish mountains and hills..and that made me remembered of our last usrah on surah As-Saff 1-3. The first sentence said, " Whatever is in the heavens and whatever is in the earth declares the glory of Allah; and He is the Mighty, the Wise." Even mountains and hills say prayers for Allah. We humans, with brains and hearts, should say prayer even more!



We reached Ipoh an hour later and headed straight to Batu Gajah, before reaching our destination, Kellie's Castle. With RM5 entrance fee, we had our own tour inside the so called mysterious castle. Glad to be able to see a castle again, after the last one in Ireland. It started to rain again when we finished our tour. We had a coffee break at its cafe before heading to R&R Batu Gantung, where we had mee curry, bought nasi lemak for dinner, had our prayers and finally shopped some fruits at cheaper price! I bought duku langsat, jambu air, guava and some sour fruits.

Our journey was uneventful despite the heavy rain, alhamdulillah. We arrived home at 7pm and that ends our weekend gateway...

Monday, September 02, 2013

Eventful

Too many things happened lately...to me and to the people around me. Last weekend was the second weekend I spent here in mainland. I didnt go home, just because I needed to study for NRP. Mondy and Tuesday were the first time I went to HSJ on my own. Parking was not bad though, as long as you reach before 8am, you'll find one.

NRP in HSJ was tiring. Spent most of the times standing up, at the megacode station. It was also tough to satisfy our instructor's standard. I was in the same group with two housemen and two nurses. Great to know kak Norsuzana, an experienced and dedicated nurse, and Husna, a young innocent nurse. At the end of day two, I went back home, this time, I happily used ferry.

Those were the tiring days...slept soundly at night, woke up with body aches in the morning. 

Thursday...oncall again. Countless calls...luckily the uneventful one. My JM was admitted for labour, we waited with anticipation but eventually she had to deliver in HSJ, assisted with vacuum. Friday was our ward Raya celebration. Plenty of food...nasi tomato, ayam masak merah, dalca, nasi impit, lemang, rendang, soto, lime juice...specialist sponsored chocolate chip walnut..alhamdulillah. I went back home right after filling up my tummy :) yet the sad part is one of our ward sister was absent...her father was involved in MVA and critically ill in ICU.

Saturday...I brought my parents to Selama Kedah, to visit my 61 year old cousin who suffers from stage 4 lung carcinoma. Thanks to Waze, we got there easily. This cousin of mine was a heavy smoker, that might be his causative agent. Allahuakbar, once I saw him I was surprise...he became so thin that I hardly recognized him. He loss his appetite and unable to pass motion for 20 days. The family showed me his CXR, MRI and CECT results. I was speechless when I saw the word stage 4. Metastases to vertebrae. Refused radiotherapy. Request AOR discharge. Prognosis is very poor. Only Allah knows. Whatever will happen, at least, I already brought ayah to see his nephew, who once very close to him. May Allah ease his life.

Sunday...oncall again. Four admissions in 24 hours, good achievement. My CP patient got admitted again, the third time in one month on my oncall day.

Monday morning...the devastating news came..the father to our ward sister passed away at 3 am. Innalillahiwainna ilaihirajiun. We went to visit in three cars and four motorbikes but the funeral has just over. So heart broken to see our sster, who was a happy person to cry in our hugs :( 
When we returned to the hospital, we noticed that our JM's baby was admitted for jaundice. So it made our life easy, not having to go to her house anymore but just to visit mother and baby in our own ward.

Tonight I must study!

Saturday, August 24, 2013

Variety

I missed Ramadhan so much,and I missed its magical power to make me a well mannered Muslim. It is gone too fast. Like a blink of eyes. I hope that I will be able to meet it again next year Insya Allah. I thank Allah for giving me chance to get a better Ramadhan this year. Alhamdulillah.

Raya mood is also gone. This year, the mood extended till more than two weeks! I had an enjoyable eight days off work, then came back to work for oncall. Postcall, I went back to my parents' house and continued raya celebration. I brought them to Sungai Petani to visit Mak Caq Timah in hospital, then midnight YB and wife came back. We went to Batu Lancang and Kepala Batas the next day and ended up at abang's house with bihun hailam as dinner. I was mentally tired that night as I had to be oncalled again the next day for 24 hour plus.

Post call on Monday, again I went back to my parents' house,making me two weeks away from my rented house. No more raya visit but I still enjoyed being at home. Actually the main reason I came back is because my luggage are still there. Only that night that I tidied up my things and returned to my second hometown.

Tuesday night, we had a short religious class in small group. Alhamdulillah, able to rejuvenate my energy. We also discussed about the current situation in Egypt. Know about it, do not be ignorant.

Wednesday...oncall again. Quite eventful, disturbed my sleep badly. There was a child abuse case at 4 am. What kind of parents abuse their child at this hour? The next day I was stucked with this case until 12 noon. We had short of MOs that day, so I had to settle everything myself. I only reached home at 1.15pm.

Friday...quiet day. Had myself screened for TB as I have symptoms and contact with a smear positive TB staff. Chest x ray clear. Mantoux test reading on Monday. Nurses organized raya lunch. I ate a variety of food and my bowels couldn't take it. At night, RTM 1 had a live forum called Di Sebalik Mesir. From what I understood, the topic was about how we learn from Egypt and corelate with what happened in Malaysia. This forum was dangerous enough when a panelist from an organisation ( he stands for umno but that night they made him looks clean by not mentioning the party ), clearly misled the audience with his speech. How he spoke about loyalty to leader, about Khawarij, about street demonstracy...all are against the truth. Even Dr MAZA mentioned it in his tweet. He said that this man putar belit.This man is really dangerous. Mislead people using his ability to speak, making it looks like he is using Quran and hadith. I pray that Allah protects us all from his misleading preachings.

Here I am, oncall again today. May Allah ease my call. Feels so sad as I am unable to attend the event at Padang Kota Lama - got Hafiz Hamidun, IM Asyraf etc.



Thursday, August 15, 2013

Diari Raya 2

Raya ketiga:

Hari Sabtu. Paginya duduk di rumah saja. Siapkan laundry. Petang baru berjalan ke rumah Mak Ngah dan Mak Caq Nah. Masa di Kampung Sungai Nibong Kecil, dah masuk Maghrib. Terdengar bunyi alam yang amat dirindui. Cengkerik bersahut-sahutan. Sesekali terdengar bunyi kenderaan dari kejauhan. Dah lama tak rasai suasana kampung begini. 

Malam tu ada friendly match Malaysia vs Barcelona FC, ended up with 1-3. Dapat tengok penghabisan perlawanan di Restoran Kapitan dekat area Queensbay Mall. Seriously service failed! Masa tu agak full, tiada pelayan yang usher us, lambat ambil order, pelayan nampak macam warga asing, entah faham ke tidak Bahasa Melayu. Mula order mee goreng, dia kata okay. Tunggu punya tunggu, dia kembali, katanya mee habis. Minta kuey teow, dia kata okay. Tak sampai lima minit, dia kata habis pula. Terpaksa order maggi goreng. Kalau setakat nak makan mi segera, kat rumah pun boleh masak sendiri. Nasib baik dia masak cepat dan rasanya pun sedap. Lain kali kami tak pi dah Restoran Kapitan area Queensbay tu! Review: 1/5.

Raya keempat:

Ahad. Pagi tak ke mana. Petang hangout dengan gang. Alhamdulillah atas nikmat persahabatan yang dikurniakan. Selalu kami berkonvoy masa raya pertama. Tahun ni konvoy batal terus sebab dua daripada gang dah kahwin dan beraya di sebelah suami. Nasib baik berjaya buat gathering masa raya keempat. Itupun seorang tak dapat join, masih berada di KL. Lega sangat dapat kongsi cerita selama tiga jam lebih kami melantak di restoran korea tu. Itu first time aku makan di situ. Not bad, tapi macam mahal sikit. First time juga jejak kaki ke surau Gurney Plaza yang terletak di tingkat dua. Besar dan selesa. Rupa-rupanya masa ketiadaanku, sepupuku and his big family came to our house. Tak sangka mereka sudi datang. Then sebelah malam, masa aku baru plan nak berehat, mak su and family pula bertandang. Alhamdulillah, murah rezeki tetamu berkunjung ke rumah.

Raya kelima, keenam dan ketujuh:

Kami duduk di rumah saja. Mak pun tak berapa sihat dan penat bekerja...aku pun berehat sepuas-puasnya. Sempat siapkan dua assignment. Sempat habis kemas bilik. Sempat tengok rancangan yang aku nak tengok.

Ayah kata raya tahun ni asyik nampak muka Zizan saja, masuk deras betul dia ni. Rezeki dia. Semoga apa yang dia buat ni akan menjadi jalan buatnya mendekatkan diri kepadaNya, bukan menjauhkan diri...

Hari ni, Khamis. Aku dah kerja semula. Oncall lagi tu.Sepuluh jam lagi. Ya Allah, permudahkan urusanku...

Sunday, August 11, 2013

Diari Raya

Selamat hari raya keempat. Bosan tunggu nak jumpa geng, aku coretkan diari rayaku kali ni.

Sehari sebelum raya:
Pagi aku ke supermarket dengan ayah, beli keperluan dapur untuk masak raya. Habis dalam RM150. Petang ingat nak start kerja awal, tapi terlajak pula, maklumlah penat sikit. Malam raya, masak berdua saja dengan mak. Ingat boleh habis awal, habis pukul dua pagi juga.

Raya pertama:
Pagi-pagi dah panaskan lauk pauk, hidangkan sikit untuk jamah sebelum solat raya. Siapkan ayah dengan sampinnya, lepas tu bersiap-siap untuk solat. Pakai jubah pink tahun ni. Jalan sorang-sorang ke surau. Macam single sangat rasanya. Ayah dah keluar lebih awal untuk takbir. Mak kerja pagi. Abang-abang dan kakak-kakak tak balik. Nasib diri. Tahun ni surau tak penuh pun. Usai solat Aidilfitri, dengar khutbah bertajuk Aidilfitri lambang kesatuan ummah. Isi dah okay, tapi penyampaian kurang memuaskan. Hairan aku, ustaz-ustaz yang grad ni masa belajar dulu takkan takda kelas communication skills? Cuba baca dengan intonasi yang betul, bukan mendatar macam budak tadika saja. Ya, bukan nak kutuk, tapi inilah hakikatnya, bila sampai bab baca teks khutbah, fail! Ataupun dia tak buat homework, tak baca beforehand, sebab tu sangkut-sangkut. Para jemaah wanita pula ada teks khutbah sendiri. Pot pet pot pet di belakang tu. Belum habis dengar khutbah dah kalut nak balik. Tak menghayati pun tujuan solat Aidilfitri tu diadakan.

Usai solat, terus bermaafan dengan ayah. Sebak tu...ingat nak control macho tapi tak berjaya. Saya sayang ayah saya! Tak lama lepas tu bebudak datang beraya. Tahun ni tak ramai, total 19 orang saja. Dekat tengah hari aku masuk dapur balik, masak nasi tomato dan sayur fucuk. Fuhh, nasib baik menjadi nasiku itu walaupun macam kurang garam sikit. Tengah sibuk di dapur, abang long and family sampai. Kali ni si budak kecik tak malu-malu lagi, terus masuk dapur cerita pasal tiger dia boleh lawan bear bear makcik! Lepas mak balik kerja, kami lunch sama-sama.

Pukul dua petang Cynthia datang, the only one yang aku betul-betul jemput untuk datang rumah. Kira macam reunion kami lah, dah lama benar tak jumpa, padahal sama-sama duduk kat mainland sekarang. Lepas Cynthia balik, aku pi bermaafan dengan mak. Kali ni macho. Mana sangka si budak kecik tu tengah tengok, dia pun nak bermaafan juga, pandai dia salam cium tangan pipi semua, siapalah ajar. Lepas tu aku sambung tengok rancangan tv raya. Petang sikit, mak caq Sungai Petani and family sampai dua kereta. Penuh rumah, alhamdulillah berkat tetamu datang. Malam baru sempat berehat, rasa nak patah juga pinggang ni buat kerja rumah.

Raya pertama ni program tv best, kredit to Astro Ria yang paling best.

Raya kedua:
Hari ni baru mak cuti. Lepas sarapan, kami ke kubur, ziarah kubur arwah tok dan lain-lain. Ada orang catkan baru batu-bata dan nisan lama di situ. Ada tabur bunga juga. Ada jenazah baru sampai untuk dikebumikan. Ramai manusia di sana. Ramai duduk tepi pintu masuk untuk minta sedekah. Lepas tu kami ke rumah mak caq Aci, kakak sulung ayah. Umur 87, dah tak kenal orang dan uzur sangat. Ada benda lawak jadi. Tuan rumah bawa keluar empat biji mug. Aku ingat dalam mug ada air. Mak kata, air panas ni, nak tak? Sambil tangannya pegang teko, nak tuang ke dalam mug. Aku kata, eh, mak janganlah tuang air tu, itukan air basuh tangan! Teko tu rupanya sebiji macam teko air basuh tangan warna silver kat rumah tu. Aku ingat air basuh tanganlah, rupanya ada air kopi...dan mug tu kosong saja..masa tu jenuh aku control gelak kerana diri sendiri.. Lepas tu kami ke rumah mak su Minah. Makan dan sembang sikit, then balik. Hari tu Imam Muda Asyraf bagi khutbah jumaat kat Masjid Hasyim Yahya, ayah suruh balik awal takut masjid penuh, nanti kereta kami kena blok...Sampai rumah mak dan aku ke rumah TV3, melawat adiknya yang OKU..

Lewat petang, pengantin baru sampai, siapa lagi jika bukan sepupuku. Banyak betul hot news yang disampaikan. Takpa, kita belajar dari kesilapan. Air dicincang takkan putus. 

Hari ni pun tv best, yang penting ada cerita lawak yang boleh kurangkan stress.

....to be continued, geng dah sampai!

Thursday, August 08, 2013

Salam Aidilfitri :)

Why?

It is 2.30 in the morning, and I am still wide awake. Just couldn't sleep yet. Tired from all the housework and too heart broken.

Raya is the most sensitive times, especially when it involves family ties. Even raya advertisement always have the parents-children scene.

Why some people choose to ignore their parents when they have the chance to cherish them?
Why some people choose to be selfish when they can actually share with others?
Why some people like to give excuses when they can find solutions?
Why some people never learn their lesson?

Being single (and available), I have live quite a number of years with my parents. Seeing them grow old, made my heart sinks. From  healthy young parents, they have become old grandparents, with wrinkles all over their faces. I see them laugh, I see them cry.I know what they need and what they want. I know what they hate and what they dislike. I wish to serve them as much as I can and I wish to be with them as long as I can. I want to help them in any ways and lessen their burden. 

I wish everyone else could see what I see. When you are adult, you should be the one who cherish your parents before it is too late.

I always have the regret feelings after I voiced out my opinion on certain issues. Sometimes I feel that silence is better. Silence keeps other people's heart intact but it tears my heart into pieces. 

May Allah grant me forgiveness. I am just a weak servant.

Tuesday, August 06, 2013

Logo Menang



Oncall terakhir sebelum cuti raya. Walaupun kampung dekat, mood untuk bekerja dah tiada, apatah lagi oncall. Stress saja rasa. 

Pagi-pagi pukul sembilan lebih dah dapat referral from ED, nak admit a regular customer. Patient ni ada CP, selalu datang sini, dan selalu transfer out ke tertiary centre. Walaupun dah berkali-kali pesan untuk terus pergi ke hospital besar, parents dia nak juga bawa ke sini, padahal datang dengan kereta. Pandai pula demand dengan staff ED untuk hantar ke sana. Apabila dapat tahu ada pakar di sini, demand pula nak jumpa pakar segera. Alahai. 

Pukul sebelas pagi, sister berkali-kali called ward suruh aku naik ke dewan untuk ambil hadiah. Aku ingat sekadar nak ambil hadiah saguhati, wakil lain boleh ambilkan. Lagipun aku tak settle lagi dengan patient CP tu. Hari ini adalah penutupan minggu promosi penyusuan susu ibu. Wad kami @ aku hantar empat penyertaan untuk pertandingan melukis logo. Disebabkan sister dah banyak kali call, aku pun ke dewan bersama-sama colleagues yang baru balik dari klinik.

Nombor satu. Nombor dua. Dua nombor dilekatkan pada dua logoku. Menang!!! Winner and first runner up. Second runner up dapat kat ward 11. Patutlah sister beriya panggilku. Tapi yang dapat winner tu logo yang tak dijangka. Yang first runner up tu memang pilihan kedua kami. Pilihan pertama tak menang, kata juri macam biasa saja. Yang menang tu lain daripada lain. Alhamdulillah. Nasib baik tak bolot tiga terus. Hadiah pertama aku ambil, tersengih besar matron di depan. Hadiah kedua pakar ambil, yang saguhati JM ku ambil.




Winner :)



First runner up :)

Semua pemenang dapat hamper berlainan saiz dan isi.
Habis program, semua dapat door gift yang comel.




Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Kegembiraan pada hari oncall sebelum raya. Pakar kata, you deserve it. Sister pun bangga sangat sebab semua kami MO hadir pada majlis itu, berbanding MO obs gynae yang tak nampak batang hidung pun.

Sekian. CP patient tu buat hal pula, kena pergi attend.

Sunday, August 04, 2013

26 Ramadhan

26 Ramadhan. Tiga hari lagi. Malam ni malam 27 Ramadhan. Kejar, apa yang patut dikejar. Terasa letihnya, lebih-lebih lagi selepas penat berkemas rumah. Esok oncall sekali lagi. Lepas tu baru cuti. Ya Allah, permudahkan oncall ku.

Malam ni makan nasi kenduri surau. Kualiti boleh dipersoalkan. Tahun depan ambil tender lain.

Tahun ni harus merancang masa dengan baik. Tak mahu lagi tidur lewat pukul dua pagi pada malam raya. Penat tu! Tahun ni berdua saja dengan mak di dapur. Syukur, masih ada mak di sisi. Dan ayah juga! Alhamdulillah.

Wednesday, July 31, 2013

Hilang!

Malam ini, ikut perancangan, insyaAllah adalah malam terakhir aku bertarawikh di masjid ini. Bersyukur diberi kesempatan bersolat di sini, walaupun agak panas..Allah ingin mengujiku dengan sesuatu yang tidak pernah aku alami. Usai bersolat, aku dapati bahawa kasutku hilang!!! Aku tidak halalkan kasut itu, kepada si pengambil aka pencuri, tunggulah balasan Allah. Satu benda kau ambil daripada orang lain, satu benda yang lebih besar Allah akan ambil darimu. Rezekiku untuk pakai kasut tu hanya bertahan sebulan lebih sahaja.

Lepas ni tarawikh di oncall room atau di surau kampung saja!

Monday, July 29, 2013

Torn

How Facebook torn my heart apart?

When people shared their knowledge and experience about fighting for Islam and the work in jamaah..
When they shared their wedding photos..
When they happily showed the photos of their lovely children...
When they seem so happy being on vacation...
When they transformed from fat to slim after trying a product...
When they made money from an enjoyable job...

My heart was torn, and crushed into pieces, because all of those do not belong to me..not just yet.

So basically I dislike Facebook contents. Thanks.