Thursday, July 30, 2009

JANGAN LUPA BERSYUKUR !

Alhamdulillah...

Jangan lupa untuk ucapkan syukur pada setiap hari,dapat mengingatkan diri pada keagungan Pencipta dan pada kekerdilan diri sebagai hamba, serta peringatan bahawa hidup in adalah ujian.Baik yang gembira mahupun yang mendukacitakan,kedua-duanya adalah ujian.Allah menguji hambaNya untuk menilai tahap keimanan dan ketaqwaan, tidak sesekali untuk menyusahkan...

Hanya berbaki dua minggu di tanah air ~
Ya Allah, berilah daku kekuatan...

Revision: Causes of primary amenorrheoa
1. Turner's syndrome
2. Hypothalamic causes - excessive exercise,stress,anorexia
3. Premature ovarian failure
4. Constitutional delay
5. Hypothyroidism
6. Anatomical causes - uterine malformation, vaginal septum [painful], imperforated hymen [painful]
7. Drugs - chemo agents, phenothiazines
8. Androgen insensitivity syndrome
9. Pregnancy

Saturday, July 25, 2009

THANK YOU ALLAH


Thank you Allah, for making me forget something, to save me from another thing.

Life is a test.Tests will differentiate between a true believer and not.A servant who forgets about his status, will never be prepared for a test. Hmm. Have I forgotten that I am a medical student and will be tested at some stage of study?

Just quote from the novel/film Ayat-Ayat Cinta, '' Allah is talking to you about patience and sincerity." The fact that I have never watched or read it.Just taking some moral values from it.

Alhamdulillah

Don't give up, never give up !


Monday, July 20, 2009

BUDAK KECIL YANG DISAYANGI

Alhamdulillah, kunjunganku ke ibukota baru-baru ini berjaya mencapai tujuan.

1. Dapat bertemu YB buat kali ketiga tahun ni,walaupun cuma beberapa jam.

2. Dapat bertemu buah hati pengarang jantung,Uwais Hasbullah, masih lagi kelihatan comel dengan aksi lincahnya,berlarian ke segenap ruang dan kadang kala menyorok di sudut-sudut.Terubat rindu di hati untuk menatap wajah budak kecil kesayangan...sangat comel apabila menuturkan kata ''makan,makan''.Dah setahun lahir ke dunia.

3. Dapat memiliki 3 buah buku yang amat dinanti-nantikan...sebelum ni cari tak jumpa,kali ni sempat singgah di Minerva sebelum pulang ke Puduraya.Semuanya tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - saifulislam.com

GISB Aku Terima Nikahnya GISB Bercinta Sampai Ke Syurga GISB Rindu Bau Pohon Tin

Tuesday, July 14, 2009

CUTI

Day 7 elective:
Hari ni Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti umum di Kelantan sempena pilihanraya kecil Manik Urai N41.Aku juga mengisytiharkan cuti umum buat diri sendiri hari ni. Ada sebabnya aku ber''cuti'' hari ni..Padang rumput juga perlukan rehat untuk menumbuhkan rumput subur yang menghijau,inikan pula manusia biasa sepertiku.Semoga ''cuti'' hari ni bisa menimbunkan kekuatan diri untuk menempuhi hari-hari mendatang..

Don't give up, never give up.

Dan mereka berkata,''Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami.Sungguh,Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, Maha Mensyukuri."
35:34

Sunday, July 12, 2009

DOA; USAHA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Buat pasangan-pasangan yang telah lama berkahwin dan belum dikurniakan anak,bolehlah amalkan doa-doa berikut,di samping berusaha menggunakan perubatan tradisional dan moden.
Perubatan moden yang boleh dicuba antaranya ialah in-vitro fertilisation.Kosnya di Malaysia agak mahal,memang sampai empat angka [jika dibuat di hospital swasta..hospital kerajaan boleh buatkah?].Silalah berkunjung ke pusat-pusat kesuburan yang diluluskan oleh kementerian kesihatan Malaysia.Jangan pula lupa untuk menjaga badan seperti mendapatkan berat badan yang ideal [BMI 21-24], makan makanan yang berkhasiat, bersenam serta kurangkan tekanan dalam hidup dengan menambahkan amal ibadat seperti berzikir,solat sunat dan membaca al-Quran.
Perubatan tradisional yang sering digunakan pula ialah mengurut dan jamu,tetapi pastikan cari pengamal perubatan yang betul-betul mahir,bukan yang merosakkan pula.

1. Ali Imran: 200
untuk melembutkan dan menguatkan hati pasangan ketika sedang berusaha untuk mengandung.Misalnya,si suami enggan membuat pemeriksaan kesuburan,maka si isteri boleh mengamalkan doa ini.
" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

2. Anbiya': 89
doa yang dibaca oleh Nabi Zakaria
"Ya Tuhanku,janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah ahli waris yang terbaik"

3. Ali Imran : 38
doa Nabi Zakaria juga
"Ya Tuhanku,berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa."

4. Surah-surah yang baik dibaca semasa mengandung:
Fatihah
Maryam
Yusuf
Hujurat
Yaasin
Taubah

seluruh Al-Quran juga sangat baik dibaca...

Wallahualam

Kredit kepada Semanis Kurma

Saturday, July 11, 2009

POINTS TAKEN

Menurut Imam Ahmad bin Hanbal, ada dua perkara yang perlu dilakukan untuk mengingati Allah dan Allah mengingati kita.

Jika mahu bercakap dengan Allah selalu,rajinlah bersolat.Jangan tinggal solat.
Jika mahu Allah bercakap dengan kita,rajinlah membaca Al-Quran.Semua kalamullah ada di situ.

Tiga perkara yang boleh menghitamkan hati:
1. Terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa.
2. Terlalu suka akan pujian orang lain.
3. Terlalu cintakan dunia hingga takutkan mati.

Kredit kepada AL KULIYYAH
Jumaat 10 Julai 2009
TV3

Wednesday, July 08, 2009

DAY 3 ELECTIVE

Hari pertama di wad onkologi.Terasa kekok pula semasa memperkenalkan diri kepada jururawat,tidak seperti di Cork,jururawat di sini nampaknya kurang mesra.Sibuk agaknya.Melihat wad ini,terasa simpati pada para penghuninya.

Pertama,penghuni wad ini adalah pesakit kanser - ada yang sedang menjalani kemoterapi,ada yang sedang dirawat berikutan komplikasi kemoterapi dan kanser.Kebanyakannya dalam keadaan tidak bermaya,ada yang menggunakan topeng oksigen,nasal prong, ada yang muntah-muntah dan tidak kurang juga yang berkerut kesakitan.Peluang untuk mengambil history agak rendah,tak sampai hati mahu mengganggu.

Kedua,keadaan wad yang tidak cukup lapang.Kedudukan katil hanya dipisahkan oleh sebuah kerusi saiz biasa.Apabila keluarga dan saudara-mara datang beramai-ramai,mereka terpaksa berdiri mengelilingi katil kerana tidak cukup ruang untuk menyusun kerusi.

Ketiga,wad bising!!!Bukan pelawat yang buat bising,tetapi para jururawat!Budaya/sikap ini perlu diubah...bukan nak menyanjung bangsa asing,tetapi mereka lebih beretika dan bertimbangrasa dalam soal ini.Aku pernah buat attachment onkologi selama dua minggu di CUH,keadaan di wad GA dan GB onkologi amat tenteram dan mendamaikan.Para jururawat juga tidak kecoh berbicara.

Hmm.Hari ni aku berjaya mendapat seorang teman,setelah dua hari menjadi lone ranger.Di hospital awam kedua terbesar di Malaysia ini,hanya aku seorang sahaja pelajar perubatan yang membuat elektif dalam onkologi.Kuota bagi setiap jabatan untuk melatih pelajar amat kecil,maka susah benar mahu berjumpa dengan pelajar-pelajar lain,lebih -lebih lagi jika tak kenal.Tadi aku telah berkenalan dengan Kak Erney,seorang pelajar Masters untuk Pharmacy.Kak Erney juga akan posting di wad onkologi selama sebulan.Alhamdulillah.Hari ni juga aku terserempak dengan Kak G-ah,dah sarat dia sekarang,due bulan depan.Kak G-ah buat intern orthopaedics sekarang.

Tiga kes yang kudapati tadi:
1.Breast cancer,with metastases to brain,liver and bone,unresponsive to three regimes of chemo.Kesian dia.Anak dan suaminya setia menemaninya.
2.Descending colon cancer.Responsive to chemo.On her 4th cycle,day 1.Patient was not in distress,resting well in bed,reading magazine.
3.Hepatoma,with metastases to brain and bone.Prominent swellings on parietal and frontal site of the scalp.Had hepatomegaly.Pain on left shoulder from bone mets.Pity her,she is only 56!She went to see various GPs for over 5 months but was told that she sufferred from gastritis,when she complaint of abdominal pain and osteoarthritis,when she complaint of shoulder pain.She has appointment with onco OPD on the 14th of July but she presented to AnE last Sunday because of severe pain.

Monday, July 06, 2009

1ST DAY ELECTIVE

If in Cork,I had to really focus in order to really understand what the doctors and patients were saying.I thought it would be much easier in Penang,speaking and listening to the mother tongue.I guess I was wrong.The oncology team consists of all chinese and one indian doctors.Sadly,I have to endure listening to some chinglish..no offence,but it is a headache trying to differentiate between R and L.Zelo or zero? And they sometimes communicate in Hokkien to each other,where I only understand bits and pieces.Poor me for not learning the language properly back in school.Fortunately during an audit meeting [which is usually a multidisciplinary meeting in Cork], there were two doctors who don't really speak Hokkien,and they speak English quite well.So the rest of them have to use English as well.And I was grateful for being able to study in Cork,at least my tongue is trained to speak a proper English.

Today, I only knew that head and neck cancer is very common in Malaysia,particularly among the Chinese.They call it NPC [nasopharyngeal cancer].When I first heard of NPC, I thought it was non polyposis coli,a short form of HNPCC...such a terrible thinking =P
Patient with NPC usually presents with nasal bleeding/congestion/discharge,unilateral hearing loss +/- tinnitus and swelling of the neck. When suspecting malignancy,refer to the ENT for FNAC,do not do biopsy as the wound is difficult to heal,plus risk of tumour seeding,especially in salivary gland tumour.FNAC is done using a flexible fibreoptic endoscopy aka nasoscopy? In NPC, the undifferentiated tumour which usually has a worse prognosis,is more radiosensitive.Okay,I have to read more about NPC,that's my homework today.

The most touching scene today was when this 30y/o male Malay patient came in with his wife.He was diagnosed with seminoma 3cm x 3cm but refused to have surgery.His reason - he wanted to wait for his wife to deliver their first baby in October.Dr TAL tried to persuade him by saying that if he undergoes the surgery,he might have the chance to see his child grows up and goes to the university, but if he delays the surgery until it is too late,then he might be seeing his child born but his survival years would not be that long.The man kept on saying that he wanted to postpone the surgery,even after being persuaded by Dr TBS,our head of department.His wife started crying and asked for one more week to decide on this matter.Perhaps that was the way the Malaysian doctors communicate with patients,because if it was me,I'll speak in different way...

Another thing I want to mention here is the Duke staging for colon cancer.A - confined to colonic mucosa, B - breached muscle layers but no spread to lymph nodes, C- spread to nearby lymph nodes and D - distant metastases. For all solid tumours, surgery is the mainstay curative treatment.Chemotherapy follows depending on the tumour residue/outcome of surgery.In Duke A,usually there is no chemo after surgery and there is always chemo for Duke C and D.In the elderly,always check 3 things : anaemia + SOB from PR bleeding, altered bowel habit and reduce amount of stool from obstruction.

Sunday, July 05, 2009

ELECTIVE


Esok insyaAllah aku bakal memulakan elective di Hospital Pulau Pinang dalam disiplin oncology.Pertama kali ingin masuk ke hospital di Malaysia sebagai seorang pelajar perubatan...aku gementar dan tertanya-tanya bagaimanakah agaknya sistem pengajaran dan pembelajaran di situ. Berdebar,takut jika mereka meletakkan expectations yang terlalu tinggi.Persediaan tidak begitu rapi,maklumlah,bukan senang nak belajar di rumah ni.Aku terpaksa memilih oncology sebab pilihanku yang lain semua dah penuh.Semoga elective ini dapat kumanfaatkan sepenuhnya.


REVISION: RS EXAM

REVISION; SIMPLIFIED:

RESPIRATORY EXAMINATION

1.Introduce,consent
2.Patient sitting,shirt off
3.General inspection incl count RR,sputum pot, use of accessory muscles, dyspnoea ,breathing
4.Askl patient to cough.If there is hoarseness,ask to say a few words [recurrent laryngeal nerve damage]
5.Hands -clubbing,cyanosis,nicotine staining,wasting etc
6.Spread fingers, test for abduction and adduction, which are weaken if brachial plexus is involved in lung ca.
7.Hepatic flap in CO2 narcosis
8.Pulse - irregular irregular pulse in AFib is common in chronic lung disease
9.Face
10.Neck - JVP in RVF caused by lung problems [cor pulmonale]
11.Start with the back,ask patient to sit at edge of bed
-inspection
-palpation - cervical lymph nodes
1.submental 2.submandibular 3.ant cervical 4.deep cervical 5.supraclavicular 6.pre auricular 7.post auricular 8.occipital
- chest expansion, tactile vocal fremitus [use palms]
- percussion [8 spots - 4 between scapula,2 below scapula at midline,2 at axilla]
- auscultation - 8 spots, then vocal resonance
12.Front of chest
13.Check hepatomegaly for RVF
14.Ankle oedema for RVF

DOA ELAK SIHIR


قَالُوٓاْ أَجِئۡتَنَا لِتَلۡفِتَنَا عَمَّا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَا وَتَكُونَ لَكُمَا ٱلۡكِبۡرِيَآءُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا نَحۡنُ لَكُمَا بِمُؤۡمِنِينَ

(78) وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ ٱئۡتُونِى بِكُلِّ سَـٰحِرٍ عَلِيمٍ۬ (79)فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواْ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ (80) فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّبِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ (82)

Mereka pula berkata: Adakah engkau datang (wahai Musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua. (78) Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang mahir. (79)Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)! (80) Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa. (82)

Surah Yunus: 78-82

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

قَالُواْ يَـٰمُوسَىٰٓ إِمَّآ أَن تُلۡقِىَ وَإِمَّآ أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنۡ أَلۡقَىٰ (٦٥) قَالَ بَلۡ أَلۡقُواْ‌ۖ فَإِذَا حِبَالُهُمۡ وَعِصِيُّهُمۡ يُخَيَّلُ إِلَيۡهِ مِن سِحۡرِهِمۡ أَنَّہَا تَسۡعَىٰ (٦٦) فَأَوۡجَسَ فِى نَفۡسِهِۦ خِيفَةً۬ مُّوسَىٰ (٦٧) قُلۡنَا لَا تَخَفۡ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡأَعۡلَىٰ (٦٨) وَأَلۡقِ مَا فِى يَمِينِكَ تَلۡقَفۡ مَا صَنَعُوٓاْ‌ۖ إِنَّمَا صَنَعُواْ كَيۡدُ سَـٰحِرٍ۬‌ۖ وَلَا يُفۡلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيۡثُ أَتَىٰ (٦٩)

Mereka berkata: Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak? (65) Nabi Musa menjawab: Bahkan kamulah campak dahulu. Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. (66) Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. (67) Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. (68) Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada. (69)

Surah Taha : 65-69

وَٱلصَّـٰٓفَّـٰتِ صَفًّ۬ا (١) فَٱلزَّٲجِرَٲتِ زَجۡرً۬ا (٢) فَٱلتَّـٰلِيَـٰتِ ذِكۡرًا (٣) إِنَّ إِلَـٰهَكُمۡ لَوَٲحِدٌ۬ (٤) رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَـٰرِقِ (٥) إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ (٦) وَحِفۡظً۬ا مِّن كُلِّ شَيۡطَـٰنٍ۬ مَّارِدٍ۬ (٧) لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ۬ (٨) دُحُورً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ۬ وَاصِبٌ (٩) إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُ ۥ شِہَابٌ۬ ثَاقِبٌ۬ (١٠)

Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret. (1) (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya. (2)(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci. (3) (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu. (4) Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. (5) Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. (6) Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka. (7) (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru. (8) Untuk mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. (9) Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. (10)

Surah Saffat: 1-10

REVISION : CVS EXAM

Revision , simplified -
CARDIOVASCULAR EXAMINATION:

1.Introduce and explain
2.Position at 45 degrees and shirt off
3.General inspection - dyspnoea,cyanosis,Marfan's etc
4.Hands - inspection, pulse, blood pressure
5.Face - eyes, mouth
6.Neck -JVP, carotid
7.Precordium - inspection
- palpate upper chest for pacemaker etc, then apex beat - count from 2nd intercoastal space to 5th,midclavicular line
- palpate left sternum for parasternal impulse
- palpate upper chest,palm facing left for thrills [palpable murmur]
8.Auscultation - use bell,mitral area,then use diaphragm at mitral area and axilla
- continue at tricuspid,aortic and pulmonary
- upper chest and carotid for radiation of aortic stenosis
9.Back - scars, deformity,sacral oedema
- percuss for pleural effusion and pleural eodema [LVF]
10.Lie down flat on 1 pillow
11.Palpate liver and spleen
hepatomegaly in RVF
splenomegaly in infective endocarditis
12.Ascitis in RVF
13.Lower limb - peripheral pulses [dorsalis pedis,posterior tibial]
- peripheral cyanosis + temp + hair etc
- ankle oedema [RVF]
- calf tenderness [DVT]