Sunday, July 12, 2009

DOA; USAHA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Buat pasangan-pasangan yang telah lama berkahwin dan belum dikurniakan anak,bolehlah amalkan doa-doa berikut,di samping berusaha menggunakan perubatan tradisional dan moden.
Perubatan moden yang boleh dicuba antaranya ialah in-vitro fertilisation.Kosnya di Malaysia agak mahal,memang sampai empat angka [jika dibuat di hospital swasta..hospital kerajaan boleh buatkah?].Silalah berkunjung ke pusat-pusat kesuburan yang diluluskan oleh kementerian kesihatan Malaysia.Jangan pula lupa untuk menjaga badan seperti mendapatkan berat badan yang ideal [BMI 21-24], makan makanan yang berkhasiat, bersenam serta kurangkan tekanan dalam hidup dengan menambahkan amal ibadat seperti berzikir,solat sunat dan membaca al-Quran.
Perubatan tradisional yang sering digunakan pula ialah mengurut dan jamu,tetapi pastikan cari pengamal perubatan yang betul-betul mahir,bukan yang merosakkan pula.

1. Ali Imran: 200
untuk melembutkan dan menguatkan hati pasangan ketika sedang berusaha untuk mengandung.Misalnya,si suami enggan membuat pemeriksaan kesuburan,maka si isteri boleh mengamalkan doa ini.
" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

2. Anbiya': 89
doa yang dibaca oleh Nabi Zakaria
"Ya Tuhanku,janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah ahli waris yang terbaik"

3. Ali Imran : 38
doa Nabi Zakaria juga
"Ya Tuhanku,berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa."

4. Surah-surah yang baik dibaca semasa mengandung:
Fatihah
Maryam
Yusuf
Hujurat
Yaasin
Taubah

seluruh Al-Quran juga sangat baik dibaca...

Wallahualam

Kredit kepada Semanis Kurma

No comments:

Post a Comment