Wednesday, July 08, 2009

DAY 3 ELECTIVE

Hari pertama di wad onkologi.Terasa kekok pula semasa memperkenalkan diri kepada jururawat,tidak seperti di Cork,jururawat di sini nampaknya kurang mesra.Sibuk agaknya.Melihat wad ini,terasa simpati pada para penghuninya.

Pertama,penghuni wad ini adalah pesakit kanser - ada yang sedang menjalani kemoterapi,ada yang sedang dirawat berikutan komplikasi kemoterapi dan kanser.Kebanyakannya dalam keadaan tidak bermaya,ada yang menggunakan topeng oksigen,nasal prong, ada yang muntah-muntah dan tidak kurang juga yang berkerut kesakitan.Peluang untuk mengambil history agak rendah,tak sampai hati mahu mengganggu.

Kedua,keadaan wad yang tidak cukup lapang.Kedudukan katil hanya dipisahkan oleh sebuah kerusi saiz biasa.Apabila keluarga dan saudara-mara datang beramai-ramai,mereka terpaksa berdiri mengelilingi katil kerana tidak cukup ruang untuk menyusun kerusi.

Ketiga,wad bising!!!Bukan pelawat yang buat bising,tetapi para jururawat!Budaya/sikap ini perlu diubah...bukan nak menyanjung bangsa asing,tetapi mereka lebih beretika dan bertimbangrasa dalam soal ini.Aku pernah buat attachment onkologi selama dua minggu di CUH,keadaan di wad GA dan GB onkologi amat tenteram dan mendamaikan.Para jururawat juga tidak kecoh berbicara.

Hmm.Hari ni aku berjaya mendapat seorang teman,setelah dua hari menjadi lone ranger.Di hospital awam kedua terbesar di Malaysia ini,hanya aku seorang sahaja pelajar perubatan yang membuat elektif dalam onkologi.Kuota bagi setiap jabatan untuk melatih pelajar amat kecil,maka susah benar mahu berjumpa dengan pelajar-pelajar lain,lebih -lebih lagi jika tak kenal.Tadi aku telah berkenalan dengan Kak Erney,seorang pelajar Masters untuk Pharmacy.Kak Erney juga akan posting di wad onkologi selama sebulan.Alhamdulillah.Hari ni juga aku terserempak dengan Kak G-ah,dah sarat dia sekarang,due bulan depan.Kak G-ah buat intern orthopaedics sekarang.

Tiga kes yang kudapati tadi:
1.Breast cancer,with metastases to brain,liver and bone,unresponsive to three regimes of chemo.Kesian dia.Anak dan suaminya setia menemaninya.
2.Descending colon cancer.Responsive to chemo.On her 4th cycle,day 1.Patient was not in distress,resting well in bed,reading magazine.
3.Hepatoma,with metastases to brain and bone.Prominent swellings on parietal and frontal site of the scalp.Had hepatomegaly.Pain on left shoulder from bone mets.Pity her,she is only 56!She went to see various GPs for over 5 months but was told that she sufferred from gastritis,when she complaint of abdominal pain and osteoarthritis,when she complaint of shoulder pain.She has appointment with onco OPD on the 14th of July but she presented to AnE last Sunday because of severe pain.

No comments:

Post a Comment