Sunday, August 30, 2015

Kisah Duit Syiling

๐Ÿ’ฐWang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja . Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

๐Ÿ’ฐSekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

๐Ÿ’ฐ Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.

๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. ๐Ÿข๐Ÿฆ๐Ÿซ

๐Ÿ“ข Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.

Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ
dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang
๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

๐Ÿ’ฃ๐Ÿ’ฃ๐Ÿ’ฃLantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. ๐Ÿ’ฃ

๐Ÿš‘๐Ÿ‘Ž๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ญSetelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.๐Ÿ“ข

๐Ÿ‘ณSahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.๐Ÿ’ฐ๐Ÿ‘ช๐Ÿ’ช๐Ÿ‘‘๐Ÿ’๐ŸŒ๐ŸŽ“๐Ÿ“ˆ๐ŸŽ‚๐Ÿก✈๐Ÿš™๐Ÿš˜๐ŸŽต๐ŸŽน๐Ÿ’ต๐Ÿ’ณ๐Ÿ’Ž๐Ÿ’๐Ÿ’˜ Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. ๐Ÿ‘„❤

๐Ÿ‘€๐ŸŒŒ⚡Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

๐Ÿ”‡๐Ÿ”‡๐Ÿ”‡ Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

๐Ÿ’ฃ๐Ÿ’ฃ๐Ÿ’ฃ๐Ÿ’ฃDan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. ☔☔☔ (Renungan kita bersama)


Sent from my iPhone

Wednesday, August 26, 2015

My Number

When out of the blue someone asked about my number, in a Whatsapp group which I am in...hmmm made me think, "Did I just do something wrong?"

Syukur Pada Rezeki

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ .ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…
ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุงุญูŠุงู†ุง ุจุนุฏ ู…ุง ุงู…ุงุชู†ุง ูˆุงู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุดูˆุฑ

Rezeki itu bukan pada duit, gaji atau harta saja...

"Setiap manusia rezeki tidak sama, ada yang dapat kerja awal, ada yang dapat jodoh awal, ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi, ada yang murah rezeki, sentiasa untung, cukup semua keperluan dan macam lagi yang Allah bagi...tapi jangan sombong, sebab itu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah SWT..ingat, kesenangan juga adalah suatu dugaan..."

Sihat itu rezeki
Hidup bahagia itu rezeki
Berkeluarga itu rezeki
Banyak masa lapang itu rezeki
Disayangi orang itu rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Tiada beban hutang itu rezeki
Tiada musibah itu rezeki

Beruntungnya kita...ada ramai lagi insan yang tidak mendapat rezeki seperti apa yang kita dapat.

Ingat saudaraku...yang selalu kata TAK CUKUP itu ialah NAFSU...yang selalu redha dan kata CUKUP itu ialah IMAN .
Bersyukurlah
Subhanallah

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

ุขู…ูŠู† ,ุขู…ูŠู†,ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู† ْ


Sent from my iPhone

Monday, August 03, 2015

Tiga Hati

Hati ada tiga;
Qalbun Maridh
Qalbun Salim
Qalbun Mayit
"Qalbun Mayyit iaitu
Hati yang mati. Teguran dibalas dengan cacian. Dambakan kuasa & harta . Cintakan dunia takutkan mati. Hati gelap."
"Qalbun Salim ialah
Hati yang sejahtera. Beriman sepenuhnya kepada Allah dan rasul. Suka kepada teguran & benci kepada pujian. Sentiasa utk Allah."
"Qalbun Maridh adalah
Hati yang sakit, banyak buat maksiat, tapi masih boleh diubati. Masih boleh menerima teguran dan ada usaha ke arah kebaikan.


Sent from my iPhone