Wednesday, September 29, 2010

MAKAN PUN ISLAM AJARKAN


Adab makan bukan sekadar satu etika dalam pelajaran Kemahiran Hidup. Ia adalah sesuatu yang diajar dalam Islam, melalui teladan Rasulullah saw. Malangnya masih ramai yang kurang mengerti, mungkin juga belum ada kesedaran, ataupun sengaja buat-buat lupa. Rasulullah mengajar supaya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Andainya semua umat Islam buat begini, tentulah kadar penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi dapat dikurangkan. Begitu juga dengan obesity dan coronary heart disease serta hyperlipidaemia.

Rasulullah membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit,kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.Wallahualam. Malah lebih baik lagi jika dibaca doa makan.

Rasulullah menjamah makanan dengan tiga jarinya, kerana jari yang disentuh air liur akan mengeluarkan enzim pencernaan. Susah nak makan nasi menggunakan tiga jari? Tiada yang mustahil. Sedangkan orang Cina boleh makan nasi menggunakan dua batang chopstick, inikan pula tiga jari. Sama-sama kita berusaha, insyaAllah.Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Selain daripada sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, di hospital-hospital, the first line treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.Tetapi kita sekarang dah terlebih garam, semua jenis makanan pun nak letak garam, sampai jadi hypertension, macam mana tu? Dengar kata teh tarik juga diletak sedikit garam untuk memberi rasa lemak? Wallahualam.

Baginda juga tetap akan menelan makanan yang dijamahnya walaupun ia tidak sedap, seperti dalam kisah baginda makan buah limau yang masam, sungguhpun masam, baginda tetap menelannya dengan muka berkerut-kerut. Ambil makanan sekadarnya supaya dapat dihabiskan dan tidak membazir jika diambil terlalu banyak. Rasulullah mengunyah makanan dengan lama, dikhabarkan bahawa baginda mengunyah daging sebanyak 40 kali!

Mengunyah makanan dengan betul dapat mengelakkan sembelit dan gastritis. Makanan yang masuk ke perut menjadi saiz kecil, maka perut tidak perlu menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan asid perut dengan banyak lagi. Maka perut dapat dilindungi daripada serangan asid dan seterusnya gastritis. Makanan yang disalurkan ke usus juga dapat melalui prosesnya dengan lebih mudah dan sembelit dapat dielakkan. Kita sekarang? Gulp..masuk mulut terus telan!

Selain itu, kita hendaklah membersihkan mulut selepas makan makanan yang berbau seperti bawang dan petai sebelum keluar menunaikan solat berjemaah. Ada yang kata makruh makan makanan seperti itu jika mahu pergi berjemaah. Wallahualam.

Dalam etika makan moden, orang yang makan hendaklah mengunyah makanan dengan mulut tertutup, diulangi, MULUT TERTUTUP supaya tidak menghasilkan bunyi yang menjengkelkan. Lagipun amatlah buruk rupa orang yang mengunyah sambil menampakkan isi mulutnya yang hampir terkeluar dan berbunyi-bunyi pula tu. Jika minum sup, hiruplah dengan senyap, MENGHIRUP bukan bermakna MENYEDUT hingga MENGELUARKAN bunyi SLURPP itu. Masukkan sahaja sudu berisi sup itu ke dalam mulut dan telan.

Mulakan makan dengan menjamah makanan yang paling hampir dahulu. Kemudian jika mahu mengambil makanan yang jauh, ucapkanlah “tolong” dan “terima kasih”. Berpada-padalah semasa makan makanan jika kuantitinya sedikit ataupun makanan itu adalah makanan yang sukar diperoleh/disediakan, berilah peluang kepada setiap orang yang hadir untuk merasainya. Misalnya, ambillah seketul ayam BBQ dahulu, pastikan orang lain telah merasainya, jika ada lebih barulah ambil ketul yang kedua.

Jika batuk atau bersin ketika makan, tutuplah mulut supaya makanan tidak bersembur keluar. Lagipun memang sunnah Rasulullah, apabila baginda bersin, baginda menutup mulut dan hidungnya dengan tangan atau kain.

Cara duduk semasa makan juga Rasulullah ajarkan. Cara duduk seperti tahiyat awal dengan lutut kanan yang ditegakkan ke atas.Duduk di bahagian kaki kiri.Posisi ini dapat memberi kebaikan kepada perut dengan menjaga  keseimbangan komposisi ruang perut kepada tiga bahagian : 1/3 makanan, 1/3 udara dan 1/3 air. Kalau makan di meja makan, tak dapatlah nak duduk macam ini, sebab sunnah Nabi adalah makan duduk di lantai. Kalau perempuan makan sesama perempuan yang FAHAM, amalkanlah sunnah ini , namun pandai-pandailah mengubah cara duduk jika makan di tempat terbuka supaya tidak kelihatan kurang sopan pula.

Mengikut etika moden pula, jika duduk di kerusi, tidak elok menyandarkan badan pada kerusi ketika makan dan jangan letakkan siku ke atas meja makan. Selepas habis makan, letakkan sudu garfu di sisi pinggan, atas meja.
_________________________________________________________________
Teringat pengalaman ayah pertama kali berbuka puasa di surau, sebaik azan berkumandang, ayah menadah tangan untuk membaca doa, tetapi terkedu melihat jemaah surau yang lain terus memasukkan kurma ke dalam mulut. Mereka baca Basmallah saja kot…

Teringat cerita arwah Tok Ngah Leh, ada anak saudaranya yang kaya, apabila makan di hotel atau restoran, mesti sengaja tinggalkan makanan dalam pinggan, setiap makanan cuma dimakan sedikit dan ditinggalkan. Tok Ngah sangat tidak selesa sampaikan dah tak mahu ikut anak saudaranya itu pergi makan dah.

Teringat juga ketika konvoi rayaku bertandang ke rumahku, mereka kata pingganku macam di hotel kerana bersaiz besar :) Itulah pinggan yang hanya digunakan setahun sekali, biasanya kami sekeluarga makan guna pinggan biasa saja.

*Malam ini entah mengapa teringin nak dengar lagu raya, sambil berasa muak dihujani soalan yang sama, dan berasa bersemangat untuk bermula…*

*…Dan siang tadi aku dipandang seperti pendatang asing, kerana MyKad ku tidak dapat mengesan cap jariku, terima kasih kepada #$%^& kerana mengeluarkan cip yang sungguh berkualiti itu…*

*…Mujurlah salesgirl di luar itu mengatakan wajahku kelihatan seperti belum cukup umur 18 tahun :) …Haa lawak, banyak kali dah…*

Saturday, September 25, 2010

ZIARAH

*Baru pulang dari kembara mencari kehidupan, indahnya berada di rumah.*


 " Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”  (HR Muslim)


Ziarah biasanya dilakukan dalam pelbagai situasi; ziarah selalu pada bila-bila masa, ziarah ketika sakit dan ziarah jenazah setelah meninggal dunia. Ziarah adalah salah satu hak kerabat terdekat yang perlu ditunaikan.Walaupun hanya berjiran sebelah rumah, namun jika jiran itu adalah kerabat terdekat kita, maka merekalah yang wajar kita ziarahi dahulu, barulah kenalan lain yang lebih jauh. Orang tua suka orang muda menziarahinya.Orang muda yang punyai kudrat lebih banyak daripada orang tua haruslah lebih kerap berziarah. Ziarah bukan hanya ketika raya, tetapi sepanjang masa.


Melalui ziarah, kita dapat mengenali saudara-mara, senang bila nak berkenduri-kendara nanti,mudah dapat makluman jika ada sakit mati serta dapat elakkan daripada mengahwini saudara-mara sendiri jika kenal dengan lebih awal. Ziarah dapat merapatkan lagi hubungan yang sedia rapat, dan menyambung semula hubungan yang hampir putus.


Penat juga berziarah ni. Pada raya kedua dan ketiga yang lalu, kami sekeluarga menghabiskan masa pagi hingga malam untuk ziarah saudara-mara,alhamdulillah.Seeloknya kita jamah sedikit daripada setiap hidangan di setiap rumah,walaupun menu utamanya hampir sama, iaitu bihun-bihun-bihun.Bersembang juga rata-rata pada perkara yang sama; belajar di luar negara, bila nak mula kerja, bila mak nak pencen, bila abang nak dapat anak etc


Penat juga bila ramai orang datang ziarah ke rumah, tapi ini lebih menyeronokkan. Pada raya pertama, ramai sungguh yang datang sebaik sahaja usai solat Jumaat, sehinggakan aku dipanggil pulang dari konvoi rayaku untuk bertemu saudara-mara yang datang dari jauh.Budak-budak pun ramai datang minta duit raya, mujurlah kakak iparku yang handle, jadi dia kenal siapa yang baru datang dan siapa yang dah second round.Malamnya aku seronok melaksanakan hobiku, iaitu basuh pinggan mangkuk, namun bila pinggang dan belakang mula sakit, aku mula terfikir, tahun depan minta ayah belikan pinggan kertas sajalah. :)


Semasa raya kelima, sepupuku sampai dengan empat buah kereta. Aku keseorangan masa tu kerana ayah keluar mengambil mak dari tempat kerja.Fuh, berjag-jag air sarsi aku bancuh, semuanya licin.Malam itu aku tersenyum apabila digelar nenek; kerana sepupuku sudah ada cucu belaka,maka aku adalah nenek saudara mereka. Orang ziarah pun macam-macam gelagatnya. Ada tu, bila masuk rumah, terus buat inspection sampai ke bahagian dalam rumah. Aku ditinggalkannya terpinga-pinga.Sekurang-kurangnya pun duduklah dahulu,kemudian baru minta izin untuk tengok-tengok. Nak kata kerja interior design pun tidak.Apalah yang menarik sangat dengan teratak lamaku ini. Ada juga gelagat pakcik-pakcik yang ramah menghulur salam, tidak sedar bahawa yang hendak disalaminya itu bukan mahramnya. Terpaksalah aku menyambutnya atas dasar hormat. Orang tua dah hulur, tak baik pula jika tidak disambut. Masa nak pulang, mengelatlah aku, jalan jauh-jauh sikit.


Antara adab-adab ziarah yang masih kuingat, belajar Pendidikan Islam dahulu:
1. Beri salam max tiga kali, cukup kuat untuk didengari oleh tuan rumah. Ketuk pun tiga kali saja.
2. Tunggu hingga dijemput masuk baru masuk.
3. Berdiri di bahagian tepi, jangan berdiri betul-betul di depan pintu, untuk memberi peluang kepada tuan rumah untuk bersedia.
4. Duduk dalam rumah menghadap pintu keluar, melainkan jika kerusinya menghadap ke lain.
5. Menjamah makanan yang dihidangkan walaupun sedikit cuma.


Syukur, kerana mak dan ayah mendidik kami berziarah. Ziarah itu budaya ahli syurga.

Saturday, September 18, 2010

HARUS

Harus optimis dalam hidup.
Harus berbaik sangka sesama manusia,apatah lagi dengan Tuhan.
Harus berani mendepani cabaran.
Harus tabah menghadapi dugaan.
Itulah sikap seorang Muslim yang payah untuk melekat di jiwa.

Pagi tadi Surau Bagan Jermal menganjurkan solat sunat tasbih sempena tamatnya puasa enam, ia menjadi tradisi tahunan tapi sampai sekarang aku tak tahu asal-usulnya. Jamuan makan disediakan pasca solat sunat. Hairan, apabila menjual di gerai sendiri, harganya RM1.50, apabila mengenakan caj untuk ajk surau, harganya RM2. Kuantiti dan kualiti yang sama. Manusia, dengan orang surau pun mahu kaut untung lebih, lepas ni cari tender lainlah.

Petangnya ke dua buah balai polis mencari ASP, seorang pun tiada, semuanya sibuk ke Times Square, ada event katanya. At least tinggalkanlah seorang di balai, takkan nak tunggu ada kes besar baru dipanggil balik ke balai? Sampai ke Jabatan Siasatan Jenayah aku melilau mencari ASP, siap terserempak dengan tahanan pakai baju ungu, mirip baju peguam bertaraf datuk itu.

Semalam berbanggalah pihak berkuasa apabila mendapat pujian Perdana Menteri. Kerana mereka, kes pembunuhan empat yang hilang itu berjaya dirungkai dengan cepat. Namun, kerana mereka jugalah empat insan itu menjadi mangsa apabila kes-kes terdahulu yang dilaporkan tiada tindakan susulan. Ada yang kata, memanglah , apabila kes melibatkan orang kenamaan, lajulah mereka bekerja, tak cuti raya pun tak mengapa, tapi bila kes melibatkan orang biasa, bertahunlah baru selesai. Seorang kenalan yang rumahnya dimasuki perompak, sampai sekarang masih tiada perkembangan baru. Kata dah ada suspek, mana susulannya?

Selamat maju jaya diucapkan kepada KPN yang baru, semoga kadar jenayah dalam negara dapat dikurangkan serta imej bersih dan dipercayai anggotanya dapat dipulihkan. Rakyat perlu dikembalikan kepercayaan mereka terhadap pasukan penjaga keamanan negara ini. Kata ayah, dahulu mereka tidak dibenarkan untuk bercampur dengan orang umum ketika bertugas, sebab itulah mereka digeruni dan dihormati. Sekarang, mereka selamba saja makan di kedai kopi bersama orang umum sambil membawa senjata. Teringat pula pada pihak berkuasa yang berbaju maroon yang selalu lepak-lepak di gerai kopi makcikku, bila rakan setugas telefon, mereka selalu jawab, “on the way ni” , padahal berjam-jam lepak di situ.

Dalam pada kita mengutuk perbuatan kejam peguam berdatuk itu, sempat pula surat khabar nombor satu di Malaysia itu ambil kesempatan mempolitikkan suspek tersebut. Memang wajarlah semua wartawan dari surat khabar tersebut dipandang rendah. Kalau mahu kerjayamu dihormati, berhentilah, carilah kerja dengan akhbar yang tidak belut seperti itu.

Setuju dengan pendapat penganalisis jenayah yang bertelinga capang itu, almarhumah Datuk Sosilawati ketika hayatnya seorang yang banyak berbakti, ketika matinya juga beliau berbakti, kerana kematiannyalah yang membawa kepada penemuan bukti jenayah suspek tersebut.

Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah mengizinkanku untuk menyambut Aidilfitri sekali lagi pada tahun ini. Kali ini di tanah air, bersama keluarga tersayang.


Minggu terakhir Ramadhan adalah minggu yang begitu sibuk, pada siang hari sibuk mengemas, membeli dan membuat persiapan raya, pada malam hari pula sibuk mengejar pahala ibadah, manalah tahu jika ada rezeki menjeguk malam al-Qadar. Katanya, malam al-Qadar itu tidak panas dan tidak pula sejuk. Subhanallah!


Kerap pula aku berkunjung ke Gurney Plaza, hanya lima minit berjalan kaki dari rumah. Sangat convenient,macam-macam ada. Farmasi Guardian dan Watson, Celcom Point, Popular Bookstore, MPH dan kedai cenderahati, semuanya ada. Cuma alangkah baiknya jika Cold Storage digantikan dengan Giant, dan Clarks digantikan dengan Bata.Hari itu aku ke sana untuk membeli Gaviscon untuk mak tetapi aku melencong ke Popular dahulu untuk mencari majalah Anis. Malangnya aku tidak dapat menaiki escalator yang biasa ku ambil itu kerana dihalang oleh orang ramai yang berpusu-pusu ke ruang legar untuk melihat jualan murah kamera pelbagai jenis dan jenama. Apalagi, sesatlah, terpaksa berpusing-pusing untuk mencari wing yang betul.


Majalah Anis keluaran September sangat bermanfaat, semua artikelnya kena dengan Ramadhan dan Aidilfitri. Tajuk-tajuk artikel begitu catchy dan isinya juga berkualiti. Antaranya ia menyentuh soal anak menantu yang pulang ke kampung, rajin-rajinlah menolong ibubapa, PULANG KE KAMPUNG, JANGAN JADI PERMAISURI. Malah ada sedikit tips - muslimah yang mahu menolong di dapur, pakailah tudung gelap supaya tak mudah nampak kotor,dan pakai baju gelap yang cukup longgar dan selesa supaya tidak nampak bentuk tubuh dan menimbulkan fitnah. Satu lagi artikel yang bagus ialah adab-adab bersalaman di pagi raya.Mesti mula salam dengan ibu dahulu, baru ayah. Peluk ibubapa lama sikit supaya timbul rasa sebak dan insaf. Semalam baru baca satu lagi artikel berkenaan wanita yang diduakan kasih oleh suaminya. Wanita itu memandu kereta laju dengan fikiran yang tidak menentu lalu berhenti di kawasan rehat dan rawat. Rupa-rupanya Allah takdirkannya bertemu dengan seorang kakak yang memberi nasihat berguna. Katanya, jika pemilik cinta diketepikan dan peminjam cinta yang diagung-agungkan, bagaimana mahu memperolah cinta dan kebahagiaan sebenar? Banyak lagi yang belum dibaca.


Ketika Ramadhan, aku ada menemani ayah beberapa kali ke bazaar Ramadhan.Paling ramai dan meriah adalah berdekatan Hospital Pulau Pinang, apa ntah nama jalan itu.Bilangan gerainya sangat banyak, bilangan pengunjung juga banyak, kakitangan hospital juga ramai, pesakit yang pakai baju hospital pun ada berlegar-legar. Pengunjung bangsa dan agama lain juga ramai, ada seorang makcik Cina tu beli ayam percik dan pulut udang sampai tiga puluh ringgit lebih, batang kayu untuk bakar ayam percik pun dimintanya.Mereka turut tumpang seronok dengan kemeriahan bazaar, aku pun seronok lihat mereka membeli.


Yang kerap kami beli di bazaar ialah air minuman -  air jagung, air soya, air cincau, cendol, air tembikai susu, lychee kang. Harga kebanyakannya RM1 sebungkus, tapi aku puas hati sangat pada satu gerai air di bazaar Tanjung Tokong ni, yang dijual oleh pemuda-pemuda, kerana mereka menjual air RM1 dalam bungkusan plastik yang besar! Ada juga peniaga yang mungkin kurang pandai masak tapi ambil kesempatan mengaut keuntungan, atau mungkin mereka tidak pandai mengagak gula garam, maklumlah berpuasa.Apam balik yang kubeli tawar, sesuai untuk diabetics.Tepung talam yang ayah belikan untuk mak pula tidak menjadi dan mentah, sampai mak jadi tak lalu dah untuk makan kuih itu lagi.Ada pula seorang teman sekerja mak yang sanggup ambil cuti hampir sebulan untuk berniaga sate di bazaar itu, mahu untung lebih. Teringat tazkirah ustaz yang menjadi imam tarawih, katanya kita tidak patut terlalu berlebih-lebihan dalam mencari rezeki, jika Allah takdirkan kita dapat dua ribu sebulan, maka dua ribulah rezeki kita.Salah jika kita sibuk cari duit lebih sehingga pekerjaan kita yang utama itu terjejas.Kalau tak terjejas, tak mengapalah, tapi check balik, bagaimana pula dengan keluarga kita, kawan-kawan kita, ibadah kita, terabai tak?


YB dan kakak ipar pulang beraya di Penang tahun ni. Mereka bertolak pukul 12 malam, pukul 11 pagi baru sampai, lebuhraya sesak kerana berlaku kemalangan, treler terbalik. Sepatutnya beberapa hari sebelum raya ni, kenderaan berat tidak perlulah beroperasi.Malam itu selepas solat isyak,kami mula masak kuah kacang dan nasi impit, aku cadangkan pada mak supaya masak ayam masak merah dan ayam goreng malam itu juga, supaya pagi raya nanti tak perlulah berjam-jam di dapur, cuma masak nasi tomato saja.Malah ada extra, kelempung goreng kunyit!


Selesai solat raya, kami bermaaf-maafan. Sedih habislah, mulanya nak buat cool, tapi tak tahan apabila melihat YB sebak ketika bersalaman dengan mak dan ayah. Yang kelakar tu, mungkin sebab dah lama tak beraya, lepas salam dengan mak dan ayah, aku terus nak sambung prepare makanan, lupa pulak nak bersalam dengan abang dan kakak ipar. Hah, macam mana la boleh terlupa, tapi aku buat-buat cover, kononnya aku ke meja makan untuk mengambil tisu untuk mengelap air mata, padahal terlupa!


Pukul 10 lebih hanya ada dua kanak-kanak datang beraya, kata ayah, tahun lepas ramai. Pukul 10.30, aku dah keluar dari rumah untuk bersama sahabat-sahabatku, tahun ni kami cukup korum, alhamdulillah. Siti mengambil kami bertiga untuk ke rumah Jaz yang pertama. Kononnya nak limit 40 minit saja per rumah, tapi terlebih pulak, kononnya pukul dua lebih boleh bersurai, pukul 6 baru kami habis.Tapi between houses tu aku sempat pulang ke rumah sekejap kerana abang long dan famili sampai dan keluarga Mak Caq dari Sungai Petani sampai dengan dua buah kereta.Tapi ramai sangat orang, tak sempat nak bermain dengan si Aliff Zikri tu.Apabila keluarga Mak Caq beredar, aku pun segera ke rumah Farah, rumah terakhir konvoi raya kami. Sempat bermesyuarat mengenai trip tahun baru kami.Masa tu aku memang dah sakit belakang dan tak larat dah.


Raya kedua kami pulang ke kampung untuk menjenguk Tok.Tapi sebelum tu kami singgah di rumah Mak Ngah Munah dan Mak Caq Nah dulu, sepupu-sepupu mak. Mereka memang rapat dengan kami. Lama pula di situ kerana ralit dengar abang Hamid cerita pengalamannya jumpa makhluk halus.Berani sungguh dia, sampaikan anak-anaknya yang kecil pun dah pernah tengok hantu. Alhamdulillah, Tok masih sihat cuma tak boleh berjalan saja.Ramai pula sepupu mak yang datang hari tu.Sempat juga ziarah Tok Anjang yang kini hanya ada sebelah kaki akibat diabetes, aku sungguh selesa berbual dengannya kerana Tok Anjang begitu cergas dan suka bergurau.Dahulu dia berkawan baik dengan arwah Usman Awang, katanya Tongkat Waran itu  adalah cota yang arwah guna semasa bekerja dahulu.Akhirnya ke rumah Tok Su Wan di kampung yang sama itu,tapi sayangnya Pak Cik Leman tiada di situ. Kali ni heboh soal pembahagian tanah pusaka. Dahulu pemilik tanah yang asal tak kisah pun apabila saudaranya nak buat rumah di atas tanahnya, adik-beradik katanya, kini bila dah tinggal cucu-cicit, mulalah berebut,sampai suruh sukat tanah.Aku dan keluarga cuma mendengar, kami tak mahu masuk campur, walaupun keluarga Tok Su ada bau-bau bacang dengan kami.


Balik dari kampung, terus bergegas ke Bayan Baru, rumah sepupuku yang buat open house. Dari pagi tadi mereka dah mesej, ajak makan bihun sup.Sempat juga singgah di rumah sepupu seorang lagi yang hanya terletak di lorong bersebelahan. Anak perempuannya sangat comel dan montel. Kali ni Abang Mail cerita pengalamannya kena buatan orang. Dahulu ada orang dengki padanya, dia sangat pandai bidang electronics engineering ni sampai boss hantar ke Germany dan Australia, balik dari sana terus sakit teruk sampai tak boleh kerja. Bila dah sembuh, dia berhenti kerja saja dan luangkan masa dengan keluarga. Bila dia buka gerai burger, ada pula orang dengki lagi, sampaikan orang ramai tak nampak gerainya. Astaghfirullah, dengki betul manusia, senang-senang saja guna jin dan iblis untuk kenakan orang. Semoga Allah melindungiku dan keluargaku.

Thursday, September 09, 2010

I Feel



Only a few hours left before Ramadhan leaves.I've been so busy lately that I could hardly sit in front of my Samsung NC10.Cleaning the floor and the windows of the whole house, painting the kitchen, changing the bed sheet and the cushion cover, tidying up the kitchen, sweeping the floor, washing the clothes, helping mak cooking, went to bazaar with ayah, cutting the trees and the list goes on. So tired. How I so love doing them when I was young, but to do all them by myself is too much. Where are my siblings? 


I finished up many things last night, so today I have plenty of time for myself. Honestly at this time of the month, I became more sensitive with my surroundings. I feel that they have become ignorant because I am here to be with the olds. I feel that she has taken advantage of me with what I possessed. I feel that she takes my kindness for granted, always wants somethings immediately but taking too long to return somethings. I feel that he never really make an effort to help me but just wants to help when he is free. I feel that she thinks that I am rich that she keeps asking me for help. I feel that I can no longer depend on other people but to do everything on my own. I feel guilty if I don't help people but people never feel that way when they put me in trouble. I feel that they are making me phobia of the thing, that I would never think about it anymore


What a mixture of feelings. Maybe I was being too soft when dealing with people. Maybe I shouldn't be too kind to people. Maybe I should just ignore them. Maybe I shouldn't be too close to her. Maybe I need to spell out everything to them.


Don't know what is it like to be celebrating raya again in Malaysia after six years.


But I do enjoy my time doing tarawih at surau, with all the makcik-makcik. They treated me like their own daughter, love me and respect me fairly.Hoping to meet them again tomorrow, during solat raya.


Taking this opportunity to ask for forgiveness for all my wrongdoings, I am truly sorry, I am just a human being with thousands of disadvantages. Salam Aidilfitri. Careful when driving. Don't drink and drive. Today we are still fasting.


I met him on merdeka day, will I meet him again on raya day?