Tuesday, April 17, 2018

Air Ketuban !

Lama betul berhenti menulis. Ditakdirkan si kecil dah berada di tanganku, alhamdulillah, maka aku menjadi begitu sibuk.

Alkisahnya hari tu hari Selasa. Dah lama tak muntah pagi, tapi pagi tu muntah banyak pula. Dekat 10 minit muntah. Waktu keluar rumah dah 6.40 pagi, lewat 10 minit daripada biasa. Dah tahu lewat, nak juga singgah beli nasi lemak, sebab perut lapar sangat. Masuk highway dah lebih pukul 7, apa lagi, sangkut dalam traffic jammed. Masuk pusat bandar dah dekat sangat pukul 8. Berdebar-debar....tak pernah lewat masuk kerja macam ni. Nasib baik parking banyak space. Cepat-cepat jalan masuk ke klinik, tapi mengah rasa, nak jalan cepat pun tak berani.

Masuk bilik rawatan dah 8.10am. My colleague dah start tengok patients. Tarik nafas, cepat-cepat keluarkan barang dan panggil patients. Nasib baik haritu ketua jabatan atau pengarah tak buat rounds. Pertama dalam sejarah, aku datang lambat ke tempat kerja! Mujur masa beli nasi lemak tu, beli kuih sekali, maka sempatlah jamah kuih sambil memandu tadi, jika tidak pasti perut lapar!

Waktu tengah hari...tak rasa loya macam selalu. Sedap dan berselera sekali makan nasi lemak. Petang nak balik kerja pun tak rasa nak muntah macam selalu. Perut boleh hadam nasi lemak...alhamdulillah, mungkin ketidakhadaman tu dah makin kurang.

Balik kerja, rasa dahaga sangat. Singgah beli air kelapa sebungkus RM2 sambil tunggu baju di dobi. Siap telefon mak lagi. Balik rumah, solat Asar, mandi, terus sapu rumah. Mula sapu bilik kedua dulu, mungkin sebab habuk, aku bersin 4-5 kali. Bersin pun control, takut terkencing. Tapi sebab baru mandi, jadi bladder tak full. Beralih ke bilik tidur utama, baru saja start sapu, rasa ada air mengalir di paha.

Eh, terkencing sebab bersin tadi kah? Cepat-cepat bersihkan diri di bilik air. Keluar dari bilik air...jalan a few steps, rasa air mengalir lagi. Suam-suam...
Alamak, ya Allah, biar betul, air ketuban ke ni? Rasa macam nak menangis...baru 30 minggu 6 hari masa tu..takkan dah pecah air ketuban? Tapi memang yakin itu bukan air kencing...masa tu dah mula nak panik. Baru perasan, tak rasa baby gerak sejak balik kerja tadi sebab banyak aktiviti...aku cuba tepuk-tepuk dan urut perut pun tak rasa baby gerak...

Air mata dah mula nak turun...7 bulan lebih aku mengandung,takkanlah....?
Terus bagitau hubby,nak ke hospital. Kebetulan dah 7.30pm..tunggu masa saja nak azan Maghrib. Habis solat saja terus ke hospital...

Aku lupa terus kes macam ni kena admit for observation. Dok ingat nak pergi scan dan buat CTG saja untuk make sure baby okay dan air ketuban cukup. Nurse terus suruh hubby daftarkan namaku untuk admit. Masa buat CTG, baru rasa baby gerak aktif..alhamdulillah. Tapi air ketuban juga aktif mengalir keluar, sampai basah kain pink hospital itu. CTG normal alhamdulillah. MO oncall buat speculum examination, not demonstrable but history suggestive. Scan...AFI dropped from 14 to 10, estimated fetal weight 1.5kg...

Malam tu tidur dengan kain kebasahan...air ketuban terus mengalir keluar...sedihnya...perut tak sakit apa pun..Result full blood count came back later....white cell count 15, so signs of infection. Treated as chorioamnionitis, I was started with tablet erythromycin. Hoping that the infection will subside and the amnion membrane will seal.

Selama 4 hari aku bermalam di hospital daerah itu..sambil berdoa agar keajaiban berlaku. Teringat Ustaz Wadi Annuar yang kemalangan dan retak tempurung kepala...membrane otaknya pun terkoyak dan mengakibatkan air otak keluar melalui hidung...tapi dengan izin Allah, ubat yang diberikan dapat seal balik koyakan tu dan air otak pun berhenti mengalir...aku juga mengharapkan keajaiban itu..

Hari ketiga di wad, aku dah mula rasa sakit di right pelvis. CTG buat daily normal. Daptone pun okay. Tapi white cell count increasing each day. CRP pun taken, came back high. Tapi aku tak demam, cuma malam tu rasa tak sihat sangat, tidur pun terganggu macam tidur orang demam.

Hospital ini terletak hanya 2 blok dari pejabat hubby, jadi hubby rajin mai hantar nasi pukul 10.30 pagi...tak boleh masuk,,,kakak guard yang tolong hantarkan. Tengah hari hubby datang, petang pun datang. Terima kasih hubby...terharu .Malam Jumaat tu hubby buat kenduri pisang...siap hantar pisang malam-malam pada nurses wad tu.

Asalnya kami nak shopping barang baby weekend ni namun aku dah admit ward, maka plan tak jadi. Hubby dah panik bila nurse tanya mana barang baby masa admission tu, so hubby pergi sendiri ke kedai baby, beli serba sedikit barang baby...