Monday, February 22, 2010

Si Tanggang Moden


Seperti biasa, kalau tak menelefon ke rumah sekali dua dalam seminggu memang tak sah hidup. Rasa tak tenteram dan rasa bersalah. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku, mak menyambung cuti untuk dua minggu lagi.Semasa rancak bersembang, mak bercerita tentang program Semanis Kurma di TV9, program kegemaran ayah sebab ada ustazah Siti Nor Bahyah. Tajuk minggu itu ialah "Si Tanggang Moden". Alahai, kena pula dengan situasi semasa. Agak-agaknya dia tonton tak program ni? Semoga Allah bukakan pintu hatinya sebelum terlambat...

Lalu aku peruntukkan sedikit masa pada hujung minggu ini untuk menonton rancangan tersebut, sambil study paeds. Berjurai air mata, sensitif betul bila membicarakan topik anak derhaka ni. Bagus cara kupasan ustaz dan ustazah dan sesuai sekali tetamu yang mereka jemput.

Minggu ini juga seorang sahabat telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan lacrimal duct aku banjir lagi. Sabar jelah, husnul zhon banyak-banyak...

Aiseh, esok kena pergi nursing home lagi. Lusa pergi nursing home lagi.Public health nurse lagi.Dah la minggu lepas, aku hanya ada 2 sesi GP sit-in. Yang lain-lain tu pergi pharmacy la, podiatry la, audit la...ni rotation GP ke rotation community service?
___________________________________________________________________________

Al-Isra':23
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

Ulama’ telah menggariskan dua bahagian derhaka kepada ibu bapa:
1. Derhaka secara langsung – memaki hamun, memarahi ibu bapa secara berhadapan sama ada melalui perkataan atau perbuatan
2. Derhaka secara tidak langsung – menghina atau mengkutuk ibu bapa di luar batasan keluarga, tanpa pengetahuan ibu bapa
Antara tanda-tanda kiamat ialah seorang ibu melahirkan tuannya i.e. anak derhaka
Dalam satu hadith Nabi, ada sahabat bertanya, apakah balasannya terhadap orang yang ada ibu bapa tetapi tidak berbakti kepada mereka? Nabi menjawab , “Binasalah x3”
Faktor-faktor anak menjadi derhaka:
1. Kealpaan – mudah lupa diri, sibuk dengan kerjaya
2. Kesenangan – banyak duit, lupa asal-usul
3. Pasangan – sikap pasangan, mengikut kata pasangan
4. Tidak taat pada ajaran agama
5. Tidak takut pada seksaan Allah
Apabila usia ibu bapa meningkat, sikap mereka kembali menjadi keanak-anakan, maka bersabarlah dengan karenah mereka! Jika mereka marah atau berkecil hati, pujuklah mereka dan mohon kemaafan. Perkara yang dapat melembutkan hati kita, pasti akan dapat melembutkan hati ibu bapa.
Seorang ustaz pernah berpesan, tiga perkara yang apabila dipandang, akan dapat pahala:
1. Pandang Kaabah; belum buat haji atau umrah lagi
2. Pandang Quran; belum baca atau hafaz lagi
3. Pandang ibu bapa; belum belai atau peluk cium lagi
Balasan terhadap anak derhaka [nauzubillahi minzalik!]
1. Mendapat kemurkaan Allah
2. Mendapat balasan di dunia dan di akhirat
3. Mendapat dosa besar
4. Tidak diterima amalan
5. Tidak dapat masuk syurga
6. Allah tidak sudi pandang wajah anak derhaka di akhirat [hadith sahih]
7. Disumbat ke neraka
8. Hilang nur di wajah
9. Hidup tidak bahagia dan tidak berkat
10. Rezeki menjadi sempit
11. Malaikat maut mencabut nyawa dalam kesakitan dan meninggal dunia dalam su’ul khatimah
12. Anak-anak mereka nanti menjadi anak derhaka
Hadith: “ buat baik kepada ibu bapa, nescaya anak-anak kamu berbuat baik kepadamu.”
Hadith lagi: “ jika membuatkan ibubapa menangis kerana berkecil hati, maka kamulah anak yang derhaka.”

Kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Kita mungkin hanya ada masa beberapa tahun sahaja lagi untuk memiliki mereka. Layanlah mereka sebaiknya. Hindarilah perkara dan perbuatan yang boleh menjadikan kita anak derhaka.

Anda buat, anda dapat. Banyakkan ibadat, tinggalkan maksiat.

Kredit kepada Semanis Kurma.

No comments:

Post a Comment