Friday, February 12, 2010

Ada Orang...

1. Ada orang boleh senyap ketika di perpustakaan, walau berjam-jam di situ, sebab ada papan tanda suruh senyap..lagipun memang semua maklum, perpustakaan adalah tempat belajar, maka kena patuh peraturan, senyap dan hormati hak orang lain. Tapi di rumah, bisingnya bukan main..cakap tiada noktah, memang tiada peraturan dan tiada papan tanda suruh senyap, tetapi di mana hak orang lain yang perlu dihormati?


2. Ada orang ketika tinggal serumah dengan rakan-rakan, pandai dia menjaga kebersihan dan kekemasan, tetapi apabila berkeseorangan, dibiarkan saja bersepah dan bertaburan. Tabiat kah? Hipokritkah? Pemalaskah?


3. Ada orang begitu teliti apabila memasak atau menyediakan minuman untuk tetamu, iyalah, tetamu perlu dilayan sebaiknya, tetapi apabila menyediakan makanan atau minuman untuk keluarga sendiri, diabaikannya segala rasa.Biarlah tawar, biarlah masin, asalkan masak.


4. Ada orang begitu pemurah senyumannya pada orang asing, berbudi perkerti namanya, tetapi dengan saudara sendiri, masamnya bukan main, kalah cuka.


5. Ada orang bila telefon ibu bapa, selalu tanya, bila nak masuk duit, kenapa lambat sangat, tetapi ibu bapa selalu tanya, sihatkah? Dah makankah? Okay kah hidup di sana?


6. Ada orang bila belajar di kolej, begitu sungguh-sungguhnya, tetapi bila solat lima waktu, tak sungguh-sungguh pun untuk mencapi khusyuk.


7. Ada orang tiap-tiap malam hantar mesej pada orang tersayang, nak bagitahu betapa sayangnya pada orang itu, tetapi tak pernah pun hantar mesej pada Allah untuk nyatakan sayangnya  pada Dia.


8. Ada orang baca buku medical sampai faham, takut ditanya semasa exam ataupun clinics, tetapi bila baca Quran, tak usaha pun untuk memahami maksudnya, tak takut pun akan ditanya di akhirat kelak.


9. Ada orang pakai baju baru yang cantik untuk pergi interview kerja, nak bagi good impression, tapi bila pergi interview iman dengan Allah masa solat, pakai baju tidur saja, tak nak impress Allah pun.


Zalim!Zalim!Zalim!!!!


-Yang tengah dizalimi, padan muka, banyak dosa sangat ni-

No comments:

Post a Comment