Thursday, March 18, 2010

DILEMA

Dilema pelajar tahun akhir.

Dahulu semasa di Tingkatan 3, kelasku tidak dipilih untuk mewakili sekolah untuk choral speaking, walaupun kami muncul juara semasa English Week. Kelas Tingkatan 4 Maju yang dipilih. Alasan teacher, kami nak exam PMR, kena focus pada study. Kami kecewa kerana harapan kami memang tinggi, semasa practiced untuk English Week tu, kami memang aim untuk represent the school. Namun kami akur. Kami adalah pelajar tahun akhir menengah rendah yang bakal menduduki peperiksaan besar.

Dahulu semasa di Tingkatan 5, kami dikecualikan daripada sebarang aktiviti ko-kurikulum. Jika masih nak beraktiviti, itu adalah pilihan sendiri. Aku menamatkan pengajian dalam seni silat gayung hanya dalam tempoh setahun. Tak sempat ambil grading exam pun. SPM punya pasal, segala minat dikorbankan. Waktu riadah pun dibenarkan untuk belajar bagi Tingkatan 5.Punyalah exam oriented. Nak tak nak, semua orang adapt begitu, tercabar rasanya jika bersukan dan beraktiviti tatkala rakan lain sibuk mentelaah pelajaran demi mengejar 10A1. Inilah dilemma pelajar tahun akhir sekolah menengah.

Dahulu semasa di kolej matrikulasi, kamilah pelajar tahun pertama, kami jualah pelajar tahun akhir. Hanya setahun di kolej. Aku telah dilantik menjadi ajk akademik blok Siti Mariam. Patutnya kena buat collection of past year papers, tapi projek tu tak berjalan. Satu-satunya sumbanganku adalah membersihkan study room. Penat tu, biliknya sama luas dengan bilik pelajar yang memuatkan 4 buah katil. Masuk semester kedua, aku ditawarkan untuk menjadi ajk kerohanian. Sesuatu yang ingin benar aku miliki semasa di sekolah dahulu. Malangnya, dek dilemma pelajar “tahun akhir” ni, aku menolak, sebabnya jawatankuasa inilah yang paling busy, meeting kerap, aktiviti pun banyak. Aku enggan mengorbankan masa belajarku dan ketinggalan kepada rakan-rakan study groupku. Rugi betul. Tapi itulah hakikatnya, masa di matriks dahulu, memang gila study. Kena score 4 flat untuk masuk university dan buat perubatan. Very competitive. Maklumlah, pelajar tahun akhir pra university!

Sekarang, aku bergelar pelajar tahun akhir semula. Kali ni di university, jurusan perubatan pula tu. Memang dilemma bila jadi orang kurang brilliant ni. Kena spend banyak masa study. Terpaksa korbankan minat-minat lain seperti menulis, melukis dan lain-lain yang berseni ni. Aktiviti pun terpaksa memilih, kalau dah pergi ceramah agama ni, ceramah yang itu mungkin kena tolak. Jika ada usrah hujung minggu ini, satu aktiviti lain perlu dikurangkan. Dahulu, hentam saja pergi semua.Siang malam penuh dengan aktiviti, tak study sehari pun tiada masalah. Sekarang ni, setiap masa kena study. Bilalah nak mencapai competency level yang meyakinkan…Rasa bersalah pada penganjur-penganjur program, penat lelah mengatur acara, mempromosi…tetapi dibalas dengan ketidak hadiran. Haih, harap mereka memahami bahawa pada saat-saat kritikal ini, aku perlu untuk tidak hadir. Hanya sokongan doa sahaja dapat kupanjatkan. Aku pernah berada dalam situasi ini beberapa tahun sebelum ini, aku sudah cuba memahami, dan kini aku berharap untuk difahami pula.Inilah dilemma pelajar tahun akhir.

Untuk difahami,kita perlu memahami. Untuk memahami, perlu melaluinya.Seorang consultant obstetric tidak akan memahami sakitnya bersalin tu walau tinggi mana pun dia belajar, banyak mana pun pengalaman dia dalam obstetric sehinggalah dia sendiri melahirkan anak. Sama juga, seorang pelajar tahun satu tidak akan memahami perasaan pelajar tahun lima sehinggalah dia sendiri memegang gelaran itu. Yang penting, kita cuba untuk memahami walaupun belum melaluinya. Takkanlah nak tunggu ada pengalaman berkahwin dan berantakan rumah tangga barulah ustaz-ustaz di pejabat kadi tu boleh memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah kan?

Stress Management

Petang tadi ada slot stress management, malangnya hanya 1 jam diperuntukkan dalam timetable, jadi tutor yang baik itu pun tak mahu delay us dan bergegas untuk menghabiskannya dalam masa sejam. Patutnya sesi ini dibuat pada awal tahun supaya kita semua tahu cara nak manage stress effectively, from a final year medical student’s perspective! Salah satu cara untuk relieve stress yang dicadangkan ialah menulis… aku sedar inilah salah satu caraku untuk relieve stress. Kadang-kadang before study, ambil satu kertas dan tulis sesuatu dulu, lepas tu memang rasa lega sikit dan boleh belajar. Cara lain ialah urutan pada cuping telinga, mungkin aku akan try lepas ni. Have a good rest and a good sleep hygiene! Amazing macam mana aku “merawat” chronic insomnia ku tahun ini setelah setahun bertarung dengannya.

Apa-apapun, the best tranquilizer is pray and recite the Quran. Pray, even not with maximal khusyuk can still make me feel calm, and reciting The Quran, even without knowing the meaning, still make me relax.

17TH March ialah St.Patrick’s day di sini,a public holiday. Rasa bagai baru semalam tutor dalam kelas pre med bercakap tentang sejarah hari ini. Tahun lepas menarik, picnic di Cobh, tahun ini hanya picnic dalam rumah sajalah.

Investigations for recurrent miscarriages [3 or more]:

1.       FBC
2.       Anticardiolipin antibody
3.       Lupus anticoagulant
4.       Parental chromosome analysis
5.       Protein s, protein c, factor v leiden
6.       Pelvic us
7.       Transvaginal us
8.       Glucose – exclude poor controlled dm
9.       TFT – exclude hypothyroidism
10.   Endovaginal/high vaginal swab and culture – exclude bacterial vaginosis?

SeSetelah kali ke 5 cuba untuk access blogger, baru berjaya!

No comments:

Post a Comment