Wednesday, July 14, 2010

Buku dan Ubat

Pada hujung minggu 3 Julai yang lalu, aku berkembara ke ibukota. Hajat utama adalah untuk menghadiri walimatul urus Anida dan Lutfan. Tahniah kalian, bersatu juga akhirnya, semoga bahagia selama-lamanya.Aku tiba di lokasi walimah hampir jam 4petang, akibat kesesakan lalu lintas yang amat teruk dari Subang Jaya menuju ke Ampang. Lagipun aku tiba di Bukit Jalil dah hampir pukul 12 tengah hari dan perlu menunggu pula YB datang ambil. YB pun tidak sangka jalan ke Bukit Jalil begitu sesak, sebab dahulunya dia ke sana pada awal pagi, jadi jalan lengang saja.Di walimah itu, sempat berjumpa dengan beberapa sahabat Cork yang dirindui - Hidayah dan adik-adik kembarnya, Iliana, Kak Asma' dan Hafiy yang comel tapi mengantuk, Samihah dan Azira.Ketika dalam perjalanan pulang, sempat pula meninjau-ninjau rumah agam Datuk K yang mewah itu!Haih, kalau aku ada rumah macam tu kan best, boleh buka klinik dan buat usrah di situ.


Keesokan harinya pada 4 Julai, aku ada temu janji dengan sahabat akrabku sejak kecil, CT. Kami bertemu di stesen LRT Masjid Jamek. Lepas sarapan bersama, kami jalan-jalan dan shopping sekitar Masjid Jamek, Lorong Masjid India dan Jalan TAR.Sempat beli beberapa helai tudung baru.Seronok dapat jumpa CT, setelah hampir 2 tahun tidak ketemu.Aku pulang ke Penang pada petang itu dengan menaiki bas dua tingkat setelah delay selama 1 jam 40 minit.


Kusangkakan batuk ini sudah hampir sembuh rupanya makin teruk jadinya.Sudah masuk 6 botol ubat batuk kutelan. Tak boleh jadi ni.Akhirnya pada Isnin baru-baru ini aku mengalah dan pergi ke hospital untuk mendapatkan antibiotik. Memang begitulah taktiknya, jika pergi berjumpa doktor awal-awal, dia cuma akan bagi ubat batuk biasa dan paracetamol. Tetapi jika pergi setelah berminggu-minggu batuk, pastinya antibiotik menjadi ubat pertama yang akan diberi.


Alhamdulillah, dengan izin Allah, erythromycin dan bromhexine ini berjaya mengurangkan batukku tremendously. Tiada lagi SOB pada waktu malam. Semoga aku lekas sembuh supaya dapat kulaksanakan misiku dan tak perlu kembali ke hospital untuk CXR.


Dalam pada penat lelah menanggung batuk ini, sempat juga aku habiskan beberapa buah buku yang kebanyakannya kubeli pada summer lepas. Buku Aku Terima Nikahnya 1 telah habis baca tahun lepas, dan bab kegemaranku ialah Cinta Tanpa Syarat, sangat kena dengan situasi semasa. Buku kedua, Bercinta Sampai ke Syurga berjaya dihabiskan sebelum ke ibukota, buku ini lebih berat kandungannya, terutamanya pada 3 bab yang terakhir. Aku berkelana ke ibukota dengan membawa buku Rindu Bau Pohon Tin, sebuah travelog tarbiyah. Buku ini sangat menarik, laju aku membacanya kerana ia sebuat catatan pengalaman Ustaz Hasrizal belajar di Jordan dahulu. Sangat suka akan kisah-kisah di Timur Tengah.Ketika di ibukota, aku telah membeli buku Murabbi Cinta yang baru habis kubaca beberapa hari lalu. Buku ini juga menarik, terutamanya pada kupasan ustaz tentang siapa sebenarnya Murabbi Cinta ini. Aku ingin sarankan agar buku-buku ini dibaca oleh semua, dan telah offer CT untuk dipinjamkan apabila dia pulang ke Penang nanti.Baru-baru ini baru aku sedar, rupa-rupanya ada sebuah buku lagi,Secangkir Teh Pengubat Letih, yang tidak kutemui di kedai buku Pustaka Mukmin itu. InsyaAllah nanti akan aku dapatkannya.


Tenangnya membaca dalam keadaan menganggur ini :)
Ada dua buah buku lagi yang telah dua tahun kubeli, tetapi belum habis dibaca. Beli pun bukan sebab mahu, tetapi sebab tersilap..Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Nak baca, tak nak baca? Baik baca Crash Course for House Officer dulu...

No comments:

Post a Comment