Monday, June 28, 2010

KEMBARA IRELAND 2010



Leganya dapat pulang ke tanah air.Syukur kerana di sebalik dugaan demi dugaan,lepas juga aku dalam peperiksaan akhir dulu. Tak tahulah bagaimana jadinya jika aku ditakdirkan untuk mengambil ujian sekali lagi. Alhamdulillah, satu kepuasan dikecapi saat berada di rumah. Sungguhpun kesihatan masih tidak memuaskan, malah bertambah teruk, aku tetap seronok menikmati tempat tumpahnya darah. Hah, di Ireland pun pernah tumpah juga darahku apabila berpengalaman jatuh sebanyak tiga kali dan melukai lutut kiriku.


Alhamdulillah, allergic rhinitis dah 90% sembuh, hanya sekali-sekali serangan bersin melanda, itupun tidak berpanjangan. Cuma batuk yang kronik ini agak merisaukan, rasanya bagai dah makin teruk pula. Rusuk kanan dah mula sakit sejak semalam,terutamanya apabila berlaku pergerakan ketika batuk atau bersin. Beberapa tahun dulu, pernah juga mengalami inflammed rib muscles akibat chronic cough, GP menyarankan untuk ambil Nurofen. Kali ni pun aku cepat-cepat menelan Nurofen tapi tak beransur baik pun. Semoga tidak melarat ke suatu benda lain pula.Lagi 20 minit harus makan ubat batuk.


Kembara kami empat sekeluarga ke Ireland pada minggu lepas berakhir dengan sedikit dugaan. Dugaan yang insyaAllah akan mematangkan kami dan meninggalkan kesan yang positif. Akibat beli tiket lambat, kami terpaksa menaiki Royal Dutch Airlines atau KLM, sampai sekarang aku tak tahu apa itu K,L dan M.Hasrat untuk menaiki MAS buat kali terakhir tidak kesampaian akibat harga yang melambung mencecah RM11 000 per person.KLM cuma RM 3600 per person.Gembira kerana YB dapat ikut serta walaupun terpaksa membujang seketika.


Perjalanan dari Pulau Pinang pada 13 Jun lalu bermula dengan menaiki Firefly. Kecil saja pesawatnya, comel, dengan servis yang cemerlang, maklumlah, anak syarikat MAS. Sampai di Subang Jaya, sempat melawat rumah baru YB serta berehat di SJ.Malamnya baru bertolak ke KLIA. Sayu melihat saat YB berpisah dengan isterinya. Di KLIA, aku dan YB sangat dehydrated, tambahan pula dengan aku yang batuk ni.Malangnya, selepas melalui satu sekuriti, akan ada satu lagi sekuriti di departure gate. Lupa pula, maklumlah hanya sekali setahun ke KLIA. Nak beli air minuman di pasaraya Guardian, hanya ada botol besar 1 liter. Tak masuk akal...jika mahu haramkan/limitkan liquid, juallah botol kecil sikit. Namun, hasil marathon aku, YB dan mak, kami berjaya habiskannya. Berbaloi RM5+ itu.


Alahai KLM.
Sehingga hari ini, aku masih bersikap malas lagi, jika aku rajin, habislah aku beri komentar hangat kepada customer service KLM. Servis yang tidak memuaskan! Ruang antara kerusi rasanya lebih luas sikit daripada MAS, skrin tv lebih besar tetapi pilihan rancangan tidak mengujakan. Ketika meal yang pertama, aku minta fish untuk kami semua, lagipun dah pre book Muslim meal masa booked ticket, tiba-tiba dia bagi chicken. Aku pun segera menekan button staff required tu. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul. Pekak ke, buta ke, buat-buat tak tahu? Dengan hati yang bengang, aku lupakan saja. Sabar sajalah. Masuk meal yang kedua, barulah dia cakap halal selepas YB bertanya.Selepas berjumpa Fahmi sekeluarga tempoh hari, barulah tahu bahawa servis KLM memang teruk sikit, kalau passenger yang ada baby pun tak dipedulikan sangat, MAS juga yang no.1.Agaknya sikap orang Dutch begitu kot...


Aerlingus yang cemerlang


Sepanjang enam tahun berulang-alik dengan Aerlingus ni, aku tiada komplen. Semasa pulang ke Amsterdam, penerbangan kami agak awal, 0610, jadi 0430 sudah berada di Cork Airport. Mungkin akibat tidak cukup tidur, keletihan, baru baik demam dan tidak bersarapan, ayah menjadi kurang sihat semasa dalam flight. Terkejut juga aku, mujur tak panik, aku segera buat primary survey, Airway okay, Breathing weak, Circulation okay, aku dapat rasa pulse ayah. Masa tu memang terfikir sama ada hypoxia atau hypoglycaemia. Terfikir juga benda yang lebih worse, which I don't wish to mention here, but Alhamdulillah, lepas tengok ayah menguap semacam, serta-merta tahu yang ayah kekurangan oksigen. Aku segera minta air daripada air hostess tu, dan bila dia nampak situasi kami, terus dia offer untuk beri bantuan oksigen. Ayah improved immediately once given oksigen, syukur...air hostess tu juga beri layanan first class, dia bancuhkan teh untuk ayah dan beri shortbread biscuit, semuanya percuma. Aku paksa ayah makan dan minum, untuk kembalikan gula dan oksigen dalam darah dan otak..Apabila dah nak mendarat, air hostess itu gantikan a glass of plain water tu dengan a bottle of mineral water.Alhamdulillah, ayah dah kembali pulih dan tiada apa-apa masalah lagi sampailah sekarang, cuma mak yang sedikit trauma dengan kejadian itu. Aku pun dah slow talk dengan mak, reassure her and remind her that if anything happens, kita tak boleh panic, sebab sometimes, benda yang boleh dikawal, jadi out of control sebab panic. Thanks a million to the Aerlingus lady.


Cork, Ireland
Menjejakkan kaki di Cork, angin kencang tanpa segan silu menyapa. Apalagi, menggigillah ayahandaku, tak tahan sejuk, sungguhpun sudah mengenakan jaket. Kasihan ayah, demam sebaik tiba di sini. Cuaca di sini memang tidak sesuai untuk ayah, mujurlah summer. Itupun haritu YB bertanya, kenapa graduation tak dibuat pada musim winter, dapat merasa snow. Baru sejuk macam ni dah tak tahan!


Day 1
Aku cuma menguruskan hal barangan makanan untuk seminggu itu. Beli ayam, daging dan lain-lain sambil ditemani YB. YB begitu teruja dengan pemandangan di sini,rerumput yang ditumbuhi bunga-bunga kuning yang halus pun menarik perhatiannya. Jika boleh, dia mahu ada rumput seperti itu di rumah barunya.Malah, jenkaut yang kecil di Summerstown road itu pun dikatakan comel! Bergambar sakan YB, seolah-olah dia yang menuntut di sini.Aku hargai setiap pemandangan yang kami lalui tetapi entah mengapa, aku tidak teruja untuk merakamkan kenangan terakirku di sini. Mungkin memori di dalam otak sudah mencukupi.


World Cup 2010
Sebagai peminat setia bola sepak, ayah pada mulanya kurang ceria kerana akan terlepas banyak perlawanan ketika di Ireland. Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Ayah dapat tonton ketiga-tiga perlawanan pada setiap hari! Waktu perlawanan live di sini amat baik, 1200, 1500 dan 1930. Jika di Malaysia, waktunya agak lambat pada perlawanan terakhir (0230) dan perlawanan pertama pula jatuh pada waktu solat (1930). Hanya perlawanan kedua yang boleh ditonton (2200).Walaupun siaran sangkut-sangkut, kerana menggunakan internet, tapi not bad, jika buka saluran non-English, internet bersikap baik...Siaran di Malaysia lebih mengecewakan. Bagi orang yang tiada Astro seperti kami, hanya bergantung pada RTM1 tetapi seperti selalu, RTM1 sentiasa mengecewakan, tidak professional dan membosankan. RTM1 tidak menyiarkan banyak live match, sebaliknya banyak siarkan perlawanan tertunda, jika ada live, mereka memilih team bukan favaourite rakyat Malaysia (sangatlah tak buat homework orang RTM ni), jika bagi siaran ulangan, mereka ulang perlawanan yang sama dua kali. Ketika iklan dulu, katanya world cup akan bersiaran di RTM1 dan RTM2 ,tetapi hanya RTM1 yang digunakan. RTM, kaulah stesen tv ranking paling bawah dalam hatiku! Dan internet di Malaysia juga tidak cukup laju untuk menghayati match...


bersambung....

No comments:

Post a Comment