Monday, July 01, 2013

Sayonara Jun

Sudah masuk bulan Julai.
Oncall lagi.
Pengakhiran bulan Jun yang agak baik.

28 Jun
Oncall terakhir for the month. Farewell lunch for three MOs and three nurses. 
Menu - nasi putih with ulam, gulai ikan masin dan ayam goreng, bubur jagung, chocolate cake from secret recipi, jelly, cookies, laksa siam and orange cordial.
Considered good call, only 2 admissions at night.
Sat down face to face with a friend and honestly told her the truth. Made her cry with the honest statement. Made me weep too to see her crying. Yet we were glad that the truth was revealed. She deserved someone better and I needed to put up courage to help others from being cheated.

29 Jun
Sepatutnya ada walimah yang perlu dihadiri namun tuan rumah tidak menjemput, maka kami tidak boleh menghadirinya. Sangat terlupa yang my friend in HBP held her reception, sorry Yoga.
Post call, balik rumah, pelik sebab ayah suruh park kereta menghampiri jalan raya. Rupa-rupanya YB and wife on their way balik dari SJ. They arrived around 4 pm.
Went to abang's house to meet budak kecik yang malu-malu kucing. Then had dinner at MS Curry House in Perda, which is just 5 minutes away from my house! We dropped ayah at my house first so that he could watch FA Cup final without interruptions. Came back to Penang at 12.20am.

Piala FA 2013 Final : Kelantan vs Johor Darul Takzim

Kelantan ialah sebuah pasukan yang bangkit beberapa tahun ini. Penyokongnya super ramai. Striker kurang menyerlah, tapi midfielder dan goalienya terbaik. Aku bukan orang Kelantan tapi aku menyokong pasukan itu dan mahukan mereka menang. Yes, Kelantan menewaskan JDT dengan satu gol, seawal minit ke 15 lagi. Piya menghantar bola kepada Farhan lalu menjaringkan gol. Piya aka Badhri Radzi ialah kapten Kelantan yang disegani. Beliau pernah dicalonkan dalam anugerah bola sepak asia, bersama Safiq Rahim. Bakatnya menyerlah, namun Rajagopal lambat mengambilnya masuk ke skuad kebangsaan. Entah di mana silapnya, selepas peminat mendesak, baru Rajagopal ambil dia. Piya dipilih sebagai Man of the Match pada malam itu. Coach Bojan Hodak kelihatan tenang..masih bisa tersenyum sebelum perlawanan. Mungkin ini petanda bahawa Kelantan lebih bersedia untuk mengisi kemenangan.



JDT sebuah pasukan yang baru dibentuk pada tahun ini, hasil usaha Tengku Mahkota Johor. Digelar Manchester City Malaysia keran memiliki ramai star players. Ada duit, boleh beli pemain. Bintang saja tidak cukup jika team work tiada. Mereka ada ramai striker, tapi semuanya tumpul kerana bahagian tengah tidak menjadi. Safiq Rahim tenggelam...apa jadi denga kapten kebangsaan ini? Safee Sali kemarau gol lagi malah digantikan oleh Nunez selepas Kelantan menjaringkan gol. Mat Yo juga hilang bisanya. Ketiadaan Aidil amat dirasai, dia defender terbaik buat masa ini. Percaturan Fandi Ahmad sebagai coach juga nampak pelik. Muslim Ahmad tidak diturunkan, bahagian tengah terlalu longgar. JDT team baru, mereka banyak masa lagi untuk mengejar kejuaraan.

Tabik pada penyokong JDT yang setia ke akhir penyampaian hadiah walaupun pasukan itu tewas. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong patut dipuji. Rakyat Malaysia bangkit meyokong bola sepak tempatan. Semangat dan bersatu atas nama kesukanan. Alhamdulillah masih ramai yang menunaikan solat berjemaah di perkarangan stadium. Dengar kata masuk stadium sejak 3 petang? Harap-harap bersolatlah semuanya.



Tahniah Kelantan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA!






No comments:

Post a Comment