Tuesday, July 16, 2013

Ragam Ramadhan

Tiga hari balik kampung, banyak yang dah berubah. Masjid di sini dah tak sepenuh dahulu. Tak perlu solat di koridor lagi. Imam pun dah bertukar. Garang suaranya, namun masih merdu. Parking kereta lebih mudah. Mana pergi semangat Ramadhan muslimun semua? Setakat dua tiga hari sahajakah?

Ragam satu - sejak aku sampai dalam masjid hinggalah ke azan, dua orang ni tak habis-habis bersembang. Jelas bual bicara mereka. Perihal solat witir berapa rakaat, hinggalah ke kursus di kampus. Waktu azan masih berbual. Tiba waktu solat, mereka mengira rakaat. Yang seorang tu dah mengantuk sangat sampai perlu menampar-nampar pipi. Cukup lapan rakaat, mereka mengundur diri.

Ragam dua- bingit mercun dilontarkan budak-budak di perkarangan masjid. Mujurlah imam tidak melatah. Anak siapalah tu. ibu bapanya tahu ke tidak, anak bermain mercun? Ke tak tahu? Atau tak ambil tahu? Buat apalah dibawa anak-anak ke situ jika hanya untuk menganggu jemaah bersolat. Mungkin mereka tiada pilihan lain melainkan membawa anak bersama. Tiada penjaga. Lepas lapan rakaat, senyap. Sah-sah mereka anak jemaah yang bersolat di situ dan pulang selepas lapan rakaat.

Ragam tiga - muslimat di sebelahku menarikku ke kiri untuk rapatkan saf. Aku sujud, separuh dahi di atas sejadah kecilnya, separuh lagi di atas karpet masjid. Aku tak kisah pun tidak bersejadah. Mungkin dia perasan, lalu ditariknya sejadah kecilnya itu supaya dahiku mencecah sejadah sepenuhnya. Mulianya hati dia.

Ragam empat - berpuasa sudah, solat lima waktu sudah, menutup aurat sudah. Tiba waktu berbuka, berbuka berdua bersama teman lelaki. Ermm...macam mana tu?

Pelbagai ragam manusia. Semua ada kelebihan dan kekurangan. Sebagai generasi al Furqan, kita perlu bijak membezakan yang benar dan yang batil. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik, insyaAllah!

No comments:

Post a Comment