Besar kuasa pada istighfar, kalimah memohon keampunan daripada Yang Maha Pengampun.
Jika nak dapat jodoh, istighfar banyak-banyak. Sudah dua tiga kali pesan yang serupa disampaikan oleh murabbi, termasuk ketika slot Ustaz Fawwaz Md Jan di Simposium Baitul Muslim yang lepas. Kata seorang sahabat yang menghadiri kursus perkahwinan, peserta juga diminta istghfar banyak-banyak untuk keberkatan jodoh.
Minggu lepas, ayah menyampaikan pesan murabbi setelah pulang dari masjid. Kata Ustaz, jika ada masalah, istighfarlah banyak-banyak, nescaya Allah akan tunjukkan jalan penyelesaian.
Aura pada kalimah ini, dapat menenangkan hati yang berkocak serta-merta. Istighfarlah pada setiap ketika, usah tunggu selepas solat saja.
Teringat pula pada seorang murabbi yang walaupun dipalit sedikit kontroversi, namun jasanya dalam medan dakwah tidak dapat disangkal. Beliau berkelana dari Brunei ke Eropah, berkat istighfar beliau lebih 1000 kali ketika dalam penerbangan, beliau dapat melepasi pemeriksaan Imigresen dengan mudah.
Astaghfirullahal azim.
Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Sunday, May 17, 2015
Peristiwa Besar
15 Mei
Peristiwa Nakbah diingati semula, sebagai pengajaran dan peringatan untuk masa hadapan.
16 Mei
Hari Guru.
Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak
16 Mei / 27 Rejab
Peristiwa Isra' dan mikraj.
Peristiwa-peristiwa besar pada minggu ini.
Masih berusaha untuk menjadi insan berjiwa besar.

Saturday, May 09, 2015
Keindahan Islam
Orang kita kata kalau KAYA baru kahwin..
Tapi dalam islam cakap nak KAYA kena kahwin..
Orang kita kata nak SENANG kena banyak menyimpan duit..
Tapi dalam islam cakap nak SENANG kena banyak keluarkan duit(sedekah)..
Orang kita kata dah KAYA baru bantu org miskin..
Tapi islam cakap kalau nak KAYA bantu org miskin..
Orang kita kata makan SAMPAI KENYANG..
Tapi islam kata berhenti SEBELUM KENYANG..
Orang kita kata SAKIT itu BALA.
Tapi Islam kata SAKIT itu PENGHAPUS DOSA..
Inilah keindahan Islam yang sentiasa positif yang bersandarkan kepada keyakinan tinggi kepada Allah SWT.
Sent from my iPhone

Sunday, May 03, 2015
Hargai Ibubapa, Didik Anak Sebaiknya
Permintaan saya ialah mohon baca dan kongsikan pembacaan itu bersama anak-anak .
Seorang lelaki muda datang untuk memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.
Beliau lulus temuduga awal, dan kini akan bertemu pengarah untuk temuduga terakhir.
Pengarah mendapati dari CV bahawa pencapaian akademik lelaki itu sangat baik.
Beliau bertanya, Adakah anda mendapatkan apa-apa biasiswa di sekolah ...?
Lelaki itu menjawab "TIDAK".
Siapa yang membayar yuran sekolah anda ...?
"Ibu bapa", dia menjawab.
"Di mana mereka bekerja ......?"
"Mereka bekerja sebagai tukang cuci pakaian."
Pengarah meminta lelaki itu menunjukkan tangannya.
Lelaki itu menunjukkan sepasang tangan yang halus dan sempurna.
"Adakah anda pernah membantu ibu bapa anda mencuci pakaian?"
"Tidak sekali-kali, ibu bapa saya sentiasa mahu saya untuk belajar dan membaca buku.
Tambahan pula, ibu bapa saya boleh mencuci pakaian dengan lebih cepat daripada saya.
Pengarah itu berkata, "Saya ada 1 permintaan.
Apabila anda pulang ke rumah hari ini, pergi dan bersihkan tangan ibu bapa anda, dan kemudian jumpa saya pagi esok.
Lelaki itu berasa kecewa.
Apabila dia pulang ke rumah, dia meminta orang tuanya untuk membiarkan dirinya membersihkan tangan mereka.
Ibu bapanya berasa pelik tetapi gembira dengan perasaan bercampur-campur,
Mereka menunjukkan tangan mereka kepada anak mereka.
Lelaki itu membersihkan tangan mereka perlahan-lahan.
Air mata lelaki itu jatuh menitik-nitik kesayuan.
Inilah kali pertama lelaki itu melihat tangan ibu bapa nya yang berkedut-kedut; dan terdapat begitu banyak lebam di tangan mereka.
Kelihatan lebam itu begitu menyakitkan apabila disentuh. Pedih.
Buat pertama kali dalam hidup lelaki itu dia menyedari dari tangan ibu bapa ini lah yang membasuh pakaian setiap hari bagi membolehkan yuran sekolahnya di bayar.
Lebam di tangan adalah harga yang di bayar oleh ibu bapa nya untuk digunakan bagi menampung kos pendidikan, aktiviti sekolah dan masa depannya.
Setelah membersihkan kedua-dua tangan ibu bapabya, lelaki itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian yang berbaki itu.
Pada malam hari, ibu bapa dan anak itu bercakap untuk satu tempoh yang lama.
Pagi keesokan harinya, lelaki itu pergi ke pejabat pengarah.
Pengarah perasan air mata berlopak di matanya seraya bertanya:
"Bolehkah anda beritahu saya apa yang telah anda lakukan dan pelajari semalam di rumah anda ....?"
Lelaki itu menjawab,
Saya membersihkan tangan ibu bapa saya, dan juga selesai membersihkan semua pakaian yang masih ada.
"Saya kini tahu apa itu erti sebuah penghargaan.
Tanpa ibu bapa saya, saya tidak akan menjadi siapa saya hari ini ...
Dengan membantu ibu bapa saya, baru sekarang saya menyedari betapa susah dan sukarnya mendapatkan sesuatu
Pengarah tersebut terus menambah,
"Ini adalah apa yang saya cari dalam diri seorang pengurus.
Saya mahu merekrut seseorang yang boleh menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain bagi mendapatkan sesuatu yang dilakukan; dan seseorang yang tidak akan meletakkan wang sebagai matlamat sahaja dalam kehidupan. "
"Anda diterima untuk bertugas"
Seorang kanak-kanak yang telah dilindungi dan lazimnya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membangunkan "mentaliti hak" dan sentiasa meletakkan dirinya pertama.
Dia akan menjadi jahil & buta dengan apa yang diusahakan oleh ibu bapanya.
Sekiranya kita ini jenis ibu bapa prihatin, adakah kita benar-benar menunjukkan kasih sayang atau sedang memusnahkan masa depan anak-anak kita ...?
Anda boleh biarkan anak anda tinggal di sebuah rumah besar, makanan yang enak & lazat serta menonton di TV LCD.
Tetapi apabila anda memotong rumput, ajak mereka bersama untuk merasai aktiviti terbabit.
Selepas makan, biarkan mereka membasuh pinggan mangkuk mereka dan bersama-sama dengan saudara-saudara mereka.
Ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah seorang pembantu rumah, tetapi ia adalah kerana anda mahu menyayangi mereka dengan cara yang betul.
Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kaya ibu bapa mereka, satu hari perlahan-lahan rambut mereka akan mula beruban, sama seperti yang dialami pasangan ibu bapa muda.
Perkara yang paling penting dalam hidup ini adalah; anak anda harus belajar untuk berusaha dan mengalami kesukaran serta berkeupayaan untuk bekerja dengan orang lain bagi mendapatkan perkara yang diingini.
Sila kongsikan artikel ini kepada seramai mungkin ... Ia mampu mengubah hidup / sikap seseorang itu

Bukan Salah Myvi
Beberapa hari yang lepas, semasa melalui Jambatan Pulau Pinang untuk pulang ke rumah, aku dah nampak melalui cermin pandang belakang, sebuah kereta Myvi kelabu laju meluru dari lorong kiri. Pemandunya ingin memotong keretaku dan masuk ke lorong tengah, dia sepatutnya ke hadapan dulu di lorong kiri, tetapi dia menghimpit keretaku lalu masuk ke hadapan keretaku di lorong tengah. Aku yang sudah bersedia terpaksa memperlahankan kereta untuk memberi laluan kepadanya. Namun, aku hadiahkan hon panjang kepadanya dan dua kali kelipan lampu tinggi. Kurang ajar, dan tidak beretika!
Dua hari lepas, negara dikejutkan dengan kemalangan maut di Lebuhraya DUKE, dua kanak-kanak perempuan yang masih muda usianya, menjadi yatim piatu setelah kereta yang dinaiki ibu bapa dan adik bongsu mereka bertembung dengan sekumpulan pelumba kereta Myvi (MyviFamilia). Kejadian itu meragut nyawa tiga beranak itu sekaligus, dan masih ada lagi pelumba enam kereta Myvi itu yang meloloskan diri! Kebetulan ia melibatkan kereta Myvi. Bukan salah Myvi, tapi salah pemandu-pemandu yang pentingkan diri sendiri, cuai dan angkuh itu. Cubalah bayangkan, jika pemandu-pemandu Myvi ni kehilangan tiga anggota keluarga sekaligus, apakah perasaan mereka?
Sememangnya ajal mereka telah ditetapkan, namun apabila asbab kematian itu dikaitkan dengan sikap buruk pemandu lain, ia amatlah memedihkan untuk diterima. Semoga pemandu-pemandu Myvi racing itu dan semua pemandu lain mengambil pelajaran daripada tragedi ini. Takziah kepada keluarga yang terlibat, dan Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban...

Tuesday, April 28, 2015
Thursday, April 23, 2015
Sad...Part 2
Jawapan kepada Sad....
Got this from whatsapp group:
Bismillah.
Alhmdulillah tahniah pada yang selamat mendirikan rumahtangga. Especially pada yang berkahwin di usia yang muda.
Sungguh aku gembira dan mendoakn kalian.
Cuma satu yang aku bimbang.
Setelah kamu selamat bernikah, kamu terlalu taksub menceritakan keseronokan dan kegembiraan berumahtangga dengan menceritakan setiap inci aktiviti kalian bersama. Bukan menghalang cuma tanpa kamu sedar kamu telah membuat remaja2 di luar sana terutama yang masih bersekolah dan menuntut di universiti menjadi tidak keruan dan tidak sabar untuk menjengah ke alam perkahwinan.
Benar perkahwinan itu satu tuntutan islam. Namun apa yang ku bimbangi ialah fenomena berkahwin muda tanpa persediaan fizikal dan mental. Tanpa ilmu di dada dan keupayaan diri memikul amanah.
Kadangkala mereka terlupa mendahulukan apa yang sepatutnya menjadi keutamaan. Belajar dan membahagiakan keluarga. Bukan maknanya bila berkahwin tidak boleh bahagiakan keluarga. Boleh cuma hanya sesetengah sahaja yang mampu.
Sudut pandang aku juga kerap kali terbaca status muda mudi tentang bakal imam/makmum. Dimanakah kamu n bla bla bla.
Jodoh lebih kerap bermain di minda dari memikirkan hal mak ayah.
Pahala bergelar isteri/suami lebih dijadikan sasaran dari pahala bergelar anak solehah.
Allahu. Remaja kian lemah.kian jatuh terkulai kerana terlalu mengimpikan sesuatu bukan pada masanya.
Ketahuilah kalian. Jodoh kamu adalah cerminan kamu.Tidak usah terburu ingin kahwin muda dengan alasan ingin elak maksiat kerana maksiat sentiasa ada jika tidak ditapis.
Ketahuilah remaja yang diredhai Allah. Jika Allah menetapkan jodoh kamu di usia yang muda, Allah akn tunjukkan jalan. Allah akan beri kamu kekuatan dalam memegang amanah baru. Tidak usah kamu getar.
Persiapan diri menjadi hamba yang bertaqwa adalah keutamaan.
Mungkin kalian akan menjadi bakal pengantin namun kalian pasti akan menjadi jenazah.
Usah cemburu dengan kebahagiaan orang lain kerana Allah telah menetapkan kebahagiaan tersendiri buat kamu.
insyaallah. Sabar dan doa.
Mudahan Allah redha :)
-yangmemelihara-

Subscribe to:
Posts (Atom)