Monday, February 24, 2014

Waktu Melawat

Seorang bapa datang ke wad pada pukul 8 pagi untuk bersama anaknya yang dimasukkan ke wad hari sebelumnya kerana allergic reaction from insect bite. Si ibu ada menemani anaknya sepanjang malam. Pengawal keselamatan yang setia menunggu di hadapan pintu masuk wad tidak membenarkan si bapa masuk. Belum waktu melawat. Lagipun, si bapa bukanlah ada perkara penting pun, sekadar mahu menemani anaknya. Bukanlah mahu menghantar barang, ataupun mahu mengambil alih tugas si ibu. 

Sejak bermula syif pagi, jururawat telah berpesan kepada pengawal keselamatan itu, agar mengetatkan kawalan di pintu masuk. Wad penuh, tiada langsung katil yang kosong. Setiap pesakit telah ada seseorang yang menemani. Jika ada tambahan orang lagi, keadaan akan menjadi sesak dan sukar bagi mereka untuk bekerja. Bed making, vital signs monitoring, serve medication, ambil darah...itu kerja-kerja pada waktu awal pagi. Doktor pun akan mula rounds waktu itu.

Si bapa tidak berpuas hati, lalu dimaki hamun pada pengawal keselamatan wanita itu. Disebutnya anjing dan kucing. Segala perkataan buruk keluar. Dada didabik, tidak takut pada pengawal, tidak takut pada doktor pun! Bantuan dipanggil melalui walkie talkie. Seorang pengawal keselamatan lelaki datang, cuba meredakan keadaan. Dimaki hamun juga. Pengawal diam, jika dijawab nanti lebih dahsyat jadinya. Telefon dikeluarkan dari kocek, seakan-akan mahu merakam detik hangat itu. Barulah si bapa diam.

Si ibu kembali ke wad dengan linangan air mata. Dikemukakan hasrat kepada doktor, bahawa suaminya nak minta discajkan anak, mahu ke hospital lain pula. Doktor menjawab selembut mungkin, jangan macam ni, mana boleh nak masuk keluar sesuka hati...memikirkan si anak yang dah semakin baik, doktor memberi jaminan bahawa si anak kemungkinan sudah boleh discaj nanti, tak perlu terburu-buru, biar doktor rounds dulu. Si doktor telah terlebih dahulu mengetahui kejadian itu,jadi usah mengeruhkan keadaan lagi.

Cerita penuh diperoleh daripada kedua-dua pengawal keselamatan. Si bapa biadap, hanya kerana tak dibenarkan masuk ke wad. Peraturan ini untuk semua, bukan si bapa saja. Jika orang lain boleh ikut peraturan, kenapa si bapa tak boleh? Mana perginya akal yang waras, budi bahasa yang santun dan agama yang memelihara diri? Semua hospital awam begitu, ada ditetapkan waktu lawatannya. Patuhlah, kecuali jika benar-benar ada hal penting.

Pengawal keselamatan yang buat kerja dengan betul, dimaki hamun dan diherdik. Pengawal keselamatan yang leka dan tidak sungguh-sungguh bekerja, dikatakan makan gaji buta dan tidak boleh dipercayai. Bukankah lebih senang jika kita menghormati pekerjaan masing-masing?

Dalam peristiwa ini, si bapa memang bersalah. 

Dahulu, aku juga rasa bahawa waktu melawat ni sengaja menyusahkan orang. Namun bila diri sendiri mula bekerja,baru aku faham. Betapa susahnya nak bekerja jika wad sesak dengan pelawat. Pergerakan menjadi perlahan, susah nak access kepada patients, setiap perilaku diperhatikan. Memang perlu ada waktu tanpa pelawat untuk petugas membuat kerja. 

No comments:

Post a Comment