Monday, January 16, 2017

Melaram VS Jadi Diri Sendiri


Baru baru ni ada yang memberi nasihat berkaitan cara berpakaian. 
Jangan sama saja pakaian ke tempat kerja dan pakaian ke kenduri.
Pergi kenduri kena segak sikit.
Beli baju labuh dengan seluar tu.
Ataupun pakai blouse dengan seluar sekali sekala.
Jangan asyik pakai jubah saja.
Muda lagi, kena pandai bergaya.

Alhamdulillah, walaupun sedikit pedih, masih bersyukur kerana ditegur. Tegur tu tanda orang ambil berat pasal kita. Atau orang asyik perhati kita??? Hmmmmm..

Baju labuh dengan seluar tu...dah lama aku gayakan. Zaman belajar lagi. Merah ada, pink ada baju tu. Sampai at one point, rasa jemu. Sebab tu tak pakai dah.

Blouse....dulu ada banyak....macam macam warna dan fesyen. Zaman HO dulu memang selalu pakai blouse dengan seluar saja, senang nak bergerak. Lama-lama jadi bosan juga, kurang dah beli blouse. Seluar slack pun masih elok lagi, dah lama tak beli baru sebab jarang pakai.

Sejak kerja di klinik ni tak perlu banyak bergerak, jadi senang nak pakai baju kurung. Baju kurung tak berapa banyak, buat dua pasang setahun saja untuk raya. Baju pun jenis kain tak banyak corak, supaya nampak lebih formal dan tak serabut nak pakai pergi kerja.

Mula minat pakai jubah ni sejak jadi MO rasanya. Jumpa kedai yang jual jubah RM 50 masa tu. Terlibat pula dengan persatuan Islam, rakan rakan semua berjubah. Sangat selesa, jubah labuh sampai ke bawah, tak lekat di pinggang, jadi mudah cari size. Sekarang macam macam jenis jubah dijual.

Setahu aku punya jubah pelbagai warna ada. Bukan hitam semata mata. Ada purple, pink, hijau, biru....warna yang terang dan ceria. Apa masalahnya? Cutting pun bukan straight cut saja...ada princess cut/A cut, ada macam dress...ada plain, ada sulam, ada labuci... Sekali pakai lebih macam dress daripada jubah. Apa masalahnya?

Tudung dah lilit dah...bukan tudung sarung macam dulu dulu. Nak lilit kena cari yang simple dan tak pin di bahu...sehari berapa puluh kali nak masuk statescope ke telinga, silap hari bulan sangkut di brooch, terkoyak baju dan tudung!

Ustaz pernah pesan, jangan jadikan alasan pergi kenduri untuk melaram sampai jatuh tabarruj! Baju ketat ikut potongan badan, tudung manik berberan beran, pendek tak tutup dada pula tu. Stokin kaki tak pakai, jalan terselak betis! Stokin tangan tak pakai, bila ambil makanan terselak habis sampai ke lengan. Itu berfesyen kerana nak melaram ke kerana suami?

Hmmm...make up dah make dah. At least pakai lipstick supaya tak nampak pucat. Siap pakai foundation, kulit jadi glowing gitu. Takkanlah nak pakai blusher dan maskara bagai, payah pula nak tanggal untuk ambil wudhu. 

Kadang kadang aku malas nak pakai baju cantik sangat kalau cuma pergi kenduri sekangkang kera dan sekejap saja, rugi baju tu. Balik rumah dah tukar baju rumah balik. Baik simpan untuk kenduri yang lebih jauh atau lebih special.

Aku cuma mengiyakan nasihat itu. Malas nak explain. Orang ada pemikiran orang. Aku ada kehidupanku sendiri. Aku lebih menjaga bab menutup aurat dan keselesaan sendiri. Biarlah menjadi diri sendiri. Kalau melawa sangat sampai tabarruj, suami pula kena tanggung dosa.Hmmm. Mulut dan mata orang kan.

No comments:

Post a Comment