Thursday, August 05, 2010

ALLERGIC

Sejak mumaiyiz ini banyak peristiwa yang membenarkan intuisiku. Pandang-pandang, dengar-dengar, dapatlah tahu apa yang sebenarnya berlaku. Walaupun hanya dapat maklumat samar-samar, intuisiku cepat mengeluarkan teori bahawa maklumat itu berkaitan dengan perkara itu. Dan ia terbukti benar. Berkali-kali sudah ia berlaku.


Sama juga macam petang tadi, apabila ayah bercakap samar-samar tentang sesuatu, terus aku dapat tangkap maksudnya. Aku hanya mendiamkan diri sambil bermonolog, biar betul, takkanlah pasal perkara itu?
Sejam yang lalu, mak bertanyakan beberapa soalan kepadaku yang mengesahkan bahawa intuisiku benar belaka. Aku pula hanya memberi jawapan secara berbasi-basi. Belum mahu membicarakannya secara serius.


Sambil berbicara, mak bertanyakan sama ada bibirnya kelihatan bengkak. Pada pandanganku, tidak. Namun aku terus teringat bahawa sebentar tadi mak telah mengambil ubat selsema yang tidak pernah ditelannya. Mungkinkah ia allergic reaction? Sebelum tidur, aku berpesan pada mak, jika rasa muka bengkak-bengkak, mak harus maklumkan padaku segera.


Sedang aku leka melayari blog sahabat, mak datang menghampiri. Hanya kira-kira dua puluh minit selepas pesananku berakhir.Kali ini bibir dan bawah mata mak memang bengkak. Allergic reaction ni!!! Terus aku pergi kejutkan ayah. Harus bawa mak segera ke hospital, walaupun mak tidak mengalami simptom gangguan pernafasan. Mak memang keberatan, mahu menunggu hingga esok pagi. Namun aku berkeras juga untuk ke hospital malam ini juga. Takut jika keadaan itu melarat. Jika saluran pernafasan membengkak, itu kes serius.


Alhamdulillah, cuma allergic ubat yang biasa. Dapat injections dan dibenarkan pulang bersama MC sehari :) Syafakillah mak !

No comments:

Post a Comment