Thursday, August 19, 2010

Syukur, walau komplen

Salam Ramadhan. Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan untuk mengikuti madrasah Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Kali ini dapat berpuasa dan insyaAllah beraya di tanah air tercinta, sangat hampir dengan bonda dan ayahanda tersayang. Sudah lama tidak mengisi jurnal. Down sedikit, gara-gara ujian yang satu ini. Banyak sangat dosa, rasalah balasannya. Baru satu ujian sudah serabut. Sabar, dan yakinlah dengan ketentuan Allah...


Saat dilanda ujian, diuji lagi dengan servis IT dan telekomunikasi yang lemah. Kali ini, aku ingin membuat review berkenaan Celcom. 
Kelemahan 1:
Pengguna talian telefon celcom tidak dibenarkan untuk membuat panggilan antarabangsa selagi tidak mengaktifkan roaming. Pengaktifan boleh dilakukan melalui talian careline 1111 jika talian telah digunakan selama 6 bulan atau lebih. Jika tidak, pengguna harus pergi ke cawangan celcom dengan membawa RM300.


Wau! Hampeh betul, gah dengan Axiata tu, tapi servis local saja? Even Meteor, Vodafone dan O2 dapat buat panggilan antarabangsa sebaik sahaja simcard diaktifkan.


Kelemahan 2:
Celcom broadband hanya 5 GB, jika mahu tambah, perlu bayar ekstra. Jika lebih 5 GB, speed akan jadi macam siput ba.


Kelemahan 3:
Pada waktu malam, speed broadband menjadi sangat perlahan, kalah siput ba,buka website berjam-jam tunggu, macam internet tak wujud saja. GPRS/3G di telefon jauh lebih laju.


Kelemahan 4:
Pakej broadband yang mahal, RM68 atau RM98. Pesaing lain lebih murah, seperti Maxis RM48, tetapi coverage kureng sikit. Dah bertahun-tahun, Celcom masih guna pakej yang sama, tak menarik langsung! 


Enough of complain, mari bersyukur pula.


Alhamdulillah, setelah 6 tahun merantau, akhirnya surau Bagan Jermal itu dapat kujejaki semula, setiap malam berterawih hingga 11 malam. Tahun ini AJK surau mengimport ustaz dari Jelutong, bekas Qari negeri dan guru tilawah/taranum untuk mengimami solat terawih. Selepas 8 rakaat, ustaz akan berhenti selama 10-20 minit untuk tazkirah. Kemudian sambung hingga 20 rakaat dan witir. Pukul 11 baru habis, tak macam tahun-tahun sebelum ni, pukul 10 dah habis, paling lewat pun 10.30.


Memandangkan internet macam siput ba, lain kali sajalah aku coretkan pengalaman Ramadhanku.

No comments:

Post a Comment