Tuesday, April 22, 2014

Mahal Harga Ilmu

Bila dah terlibat sendiri dengan penganjuran majlis besar, baru tahu, boleh tahan juga caj yang dikenakan untuk menjemput penceramah. Mencecah 1K. Iyalah, nak bayar kat PA dan pengurusan lagi. Tiket disediakan jika naik flight. Katakan seminggu ceramah lima kali, kalau sebulan dah 20 kali, mencecah 20K sebulan tu! Tolak gaji pengurusan dan beli baju...masih banyak baki lagi. Lama-lama boleh gelap mata juga. Sebab tu ramai juga para ilmuwan/ustaz ustazah yang buat kerja amal...bina pusat pengajian, sponsor pelajar sekolah pondok dan sebagainya.

Tinggi harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu. Ustaz pun nak hidup juga ya? Bukan macam zaman dulu-dulu, ilmu diberi percuma, takpun dicaj minima. 

Allahualam. Semoga caj yang mereka kenakan ni berpatutan dan sudah dikira seteliti mungkin. Takut nanti disoal di akhirat pula.

Rasa-rasanya, seorang doktor yang merawat dan mengubati orang sakit, berapa mereka patut dibayar? Nak layan karenah pesakit yang bukan sedikit, nak investigate, nak diagnose, nak manage, nak follow up lagi...hmmm. Tak mengapa, betulkan niat kerana Allah. Berapalah sangat dakwah yang doktor boleh buat semasa merawat pesakit, berbanding ceramah ustaz yang selalunya bisa membuka hati-hati manusia.

Semoga Allah memberkati setiap pekerjaan halal yang diniatkan keranaNya...

No comments:

Post a Comment