Tuesday, April 29, 2014

Pengalaman Berharga


Alhamdulillah…syukur pada Allah, teramat-amat syukur, akhirnya acara yang dinanti-nantikan telah pun berakhir, walaupun terdapat kekurangan di sana sini.
Konvensyen Cinta Bawaku Ke Syurga telah pun melabuhkan tirainya pada 26 April 2014, bertempat di Dewan MPC, Kepala Batas. 
Asalnya mahu menyertai sebagai peserta sahaja, tetapi Allah takdirkan untuk menjadi urusetia pula. Syukur kerana dikurniakan kesedaran untuk berdakwah kepada umum.

Meeting urusetia yang terakhir adalah pada ahad 20 April, di lokasi baru di Masjid at-Taqwa, Bertam Indah. Pertama kali menjejakkan kaki ke situ.
Mesyuarat dihadiri oleh semua urusetia, meriah sungguh rasanya. Semua berkobar-kobar nak menjayakan konvensyen yang julung-julung kali dianjurkan di Penang.

Hari Rabu..tiga hari lagi ke konvensyen. Aku initiated discussion untuk props untuk photo booth. Alhamdulillah ramai yang volunteered. Tugas ni diamanahkan kepada muslimat, sebab muslimat kan suka benda-benda macam ni, walaupun aku rasa muslimin lebih artistik. Malam tu juga aku mula buat.

Khamis…dua hari lagi ke konvensyen. Burning the midnight oil, cuba habiskan props sampai tertidur di lantai bertilamkan kertas-kertas yang dipotong. Berjam-jam buat benda ni semata-mata nak dapatkan hasil yang memuaskan. Teringat masa Ramadhan dulu, aku habiskan satu malam untuk lukis 4 poster kempen galakan penyusuan susu ibu, tidur pukul 2 pagi, esoknya jadi bengong sikit. Namun alhamdulillah, dapat tempat pertama dan kedua.

Jumaat…satu hari lagi ke konvensyen. Bangun pagi dengan perasaan amat tenang kerana hari ni tidak bekerja. Saja apply cuti, ingat nak selesaikan urusan lain sebelum rehearsal petang, rupa-rupanya habis masa dalam bilik juga, sambung buat props. Maka terhasillah empat props yang amatur:
1. #konvensyencintabawakukesyurga
2. Sebenarnya, saya sahabat dia!
3. Keep calm dan pray to Allah
4. (Bentuk love)

Petangnya sampai di dewan MPC pukul 4 petang. Muslimat dah ramai, muslimin baru tiga orang. Kami mula sambung buat props. Masing-masing kreatif belaka. Sambil buat sambil berkenalan. Indahnya ukhuwah keranaNya. Semua ada matlamat yang sama. Lewat petang baru tuan pengarah sampai. Muslimin pun dah ramai. Terkejut bila pengarah kata buku program tak siap print lagi. Masa tu dah pukul 7 malam, kedai tutup dah…
Makan malam dijamu dengan nasi Arab, walaupun aku rasa ia nasi kandar. Sedap, terangkat! Lepas makan, kami angkut semua props masuk ke dewan. Mula set up back drop dan meja untuk photo booth. Alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan. Masa tu belakangku pun dah mula lenguh dan sakit. Dah tua-tua ni, buat kerja lebih sikit pun dah tak larat. Sambil selesaikan booth, pihak muslimin buat rehearsal. Agak banyak gangguan. Aku rasa perlu rehearsal banyak kali lagi. Sebelum balik, kami diberi briefing sekali lagi oleh pengarah program. Sampai ke rumah pukul 1.30am! Anak dara balik waktu macam ni..alahai. Sepanjang perjalanan, aku tak henti baca ayat-ayat Ruqyah, moga Allah lindungiku.

Esoknya…Sabtu..hari konvensyen…bangun dalam keadaan sedikit kepenatan tapi semangat! Juga rasa tenang. Solat subuh sambil mendoakan majlis berjalan lancar. Pukul 7.10am dah mula bertolak ke Kepala Batas. Sampai pukul 7.40am, sudah ada peserta menunggu. Senarai peserta tak print lagi! Alamak..kat sini ada spoil sedikit. Kemudian baru perasan, goodie bag tak sempurna lagi. Belum masukkan air  Darul Hadis lagi. Timbalan pengarah kata, masukkan dulu dua keping kertas A4 untuk menggantikan buku program yang belum siap. Alahai sadisnya. Maafkan kami jika ada goodie bag yang tertinggal apa-apa barang. Kalut jugalah, sampai berpeluh-peluh. Punya sibuk bekerja, tak sempat nak greet rakanku, Wani yang bawa geng radiographernya ke konvensyen. Tak sedar bila YB Malik dan PU Yeop sampai…masa housemate sampai pun tak perasan dia mesej.

Majlis bermula…ucapan  Pengarah Program..ucapan dan perasmian oleh YB Malik..masa YB nak tarik streamer untuk perasmian baru kami duduk di barisan belakang dan tonton…lenguh juga kaki berdiri lama.

Kemudian ditayangkan video PU Shahul..permohonan maafnya kerana tidak dapat hadir kerana terikat kontrak dengan Astro, digantikan oleh PU Yeop. Mula-mula nampak PU Yeop macam pandai ambil hati peserta, kemudian…dah mula lari jauh daripada tajuk..sukar nak tangkap mesejnya.Apa-apapun, beliau dah cuba beri yang terbaik…alangkah baiknya jika dapat buat gimik macam di Pencetus Ummah..Masa sesi soal jawab, aku kembali ke bilik kerja urusetia, sempat jamah breakfast mi goreng. Terima kasih Hajar dan Asmira yang tolong belikan. 

Sesi seterusnya ialah qasidah bersama team Habib Syech Penang (Ustaz Suhaizi). Indahnya alunan qasidah…comel betul adik-adik yang berqasidah. Jika dapat difahami maksudnya tentu lebih dihayati. Masa dah hampir habis, tiba-tiba sound system ada masalah…dugaan Allah..Pengaraca majlis dah tak keruan..sampai ajak peserta semua beristighfar..aku pun rasa takut dan sedih juga, jika ini semua adalah kafarah Allah di atas kelalaian kami..masa tu dah tengah hari, jadi kami lepaskan peserta untuk lunch dulu. Aku berdiri di simpang cafe untuk senyum dan menunjukkan arah. Tiba-tiba ada dua orang makcik tegur…katanya kita dah berjumpa masa di Pongsu Seribu hari tu,mereka siap bersalaman lagi denganku dan kata bahawa aku yang check mereka…hampir kantoi di situ. Lunch adalah nasi tomato, daging kicap, ayam gulai, kerabu dan air sirap. 

Sesi petang adalah ceramah oleh Ustaz Dusuki..walaupun perut kenyang dan sedikit mengantuk, aku dapat mengikuti pengisiannya hingga habis. Sesekali suara Ustaz Dusuki serak macam sebak…beberapa kali juga mataku berlinangan..terutama sekali bila ustaz sebut pasal kerinduan Rasulullah kepada ibunya…kemudian ustaz sebut pasal seorang ayah yang insaf melihat anaknya bangun solat tahajud.Allah…rasa rindu yang amat pada mak dan ayah masa tu..padahal baru seminggu tak jumpa. Ustaz Dusuki nampak fatherly sangat, pengisiannya juga amat baik, subhanallah…semoga Allah membalas jasa baik ustaz yang menghadirkan ilmu ke dalam hati-hati kami. Acara berhenti untuk solat zohor.

Sambung balik dengan ceramah oleh Ustaz Dr Izhar Arif…selalu tengok dalam tv saja, hari ni live depan mata. Segak ustaz ni. Sangat pandai berbicara, isinya sangat baik. Sesekali berlawak, gelak sakan peserta..terbaik ustaz..kali ini aku menitiskan air mata masa ustaz cerita pasal pakcik yang menangis masa solat di Makkah, selepas mendengar imam besar Makkah menangis. Ya Allah…alangkah baiknya jika aku menguasai bahasa Arab..waktu tengah feeling tu, tetiba pengarah program hulur buku program untuk diedarkan. Potong line betul. Pengisian ustaz ada aku catatkan..insyaAllah akan dikongsikan jika berkesempatan.

Acara berhenti untuk solat Asar pula dan minum petang. Aku tak pasti apa menunya sebab masa tu sibuk nak intai Heliza Helmi yang dah sampai. Sebelum forum bermula, ditayangkan video berkenaan misi Sany Araby di Syria. Sebelum ni aku tak kenal pun akhi ni. Rupa-rupanya dia pemilik Restoran Araby di Tesco Seberang Jaya tu. Tapi videonya tak begitu jelas..mesej tak berapa sampai. Akhirnya sesi terakhir pun tiba. Forum Mahabbahku Membawa ke Syurga. Moderator : Akhi Zufar si pengarah program. Panelis : Ustaz Tarmizi dan Heliza Helmi. Ustaz baru 23 tahun. MasyaAllah! Heliza cantik dan kecil molek macam di tv. Petah berbicara. Diselang seli oleh kepetahan adik Akmal, salah seorang peserta cilik paling fokus. Bakal pendakwah hebat nanti InsyaAllah. Sejuk perut ibu mengandung.

Sebelum balik, aku bergambar dulu dengan housemates…duduk serumah tapi datang dengan tiga kereta. Kemudian sesi bergambar dengan semua urusetia. Terasa ukhuwahnya…indah! Kami solat Maghrib dulu, kemudian baru kemas-kemas dewan. Ada seorang akhi tawarkan nak belanja dinner…malangnya aku dah penat sangat dan keesokannya ada blood donation drive, so aku minta diri dulu. Lagipun nak balik ke BM mahunya setengah jam lagi. Sampai rumah pukul 9.20pm dengan perut yang amat lapar…Penat tapi puas..

Ada beberapa perkara yang boleh diambil pengajaran daripada penganjuran ini:

1. Teamwork…jangan buat  one man show atau cuba nak jadi the unsung hero
2. Communication…update and query
3. Delegasi kerja kena jelas…penting untuk melantik ketua walaupun untuk tugasan kecil
4. Jangan buat kerja last minute
5. Dahulukan apa yang lebih utama
6. MT perlu sentiasa ada…jangan terlibat dengan program lain yang berdekatan waktunya
7. Menepati masa dan janji
8. Buat kerja kena cepat, jangan dok melente kononnya your own sweet time
9. Banyak bersabar…
10. Banyak berdoa..ingat Allah di waktu susah dan senang.


Alhamdulillah…astaghfirullah..semoga Allah ampuni aku dan mereka. Such a memorable experience!

No comments:

Post a Comment