Thursday, May 01, 2014

Langkah Perlahan

Tiada rehat dalam perjuangan. Rehat hanya apabila kaki sudah melangkah ke dalam syurga. Namun sesekali perlu memperlahankan langkahan kaki untuk melepaskan lelah. Terasa cemburu melihat rakan-rakan seperjuangan menabur bakti dalam Kayuh Sihat hari ini. Sudah menduga diri tak dapat menyertai, aku pulun berbakti dalam Himpunan Muslimat dan Penang Sihat sebelum ini. 

Hari ini 1 May, Hari Pekerja. Akhirnya dapat bercuti setelah saban tahun dipaksa oncall. Lelah pada minggu lepas juga masih tersisa. Hari Isnin baru ni dah collapsed. Usai kerja, terus singgah pasaraya beli bahan masakan, masak nasi tomato, ayam masak merah dan mixed salad untuk tetamu. Alhamdulillah, reunion kami setelah setahun lamanya, di rumah sewaku. Dapat mencuba Almera juga. Selepas saja mereka balik, aku terus merebahkan diri hingga ke pagi. Astaghfirullah...banyak betul masa terbuang.

Perdebatan dengan pesakit ketegaq semalam juga memenatkan. Buang masa, buang tenaga bercakap dengan orang yang sudah punyai pendapat sendiri dan terlalu ego untuk menerima pendapat orang lain. Mungkin kena buat laporan polis siap-siap in case dia nak tunjuk lagak dengan pergi komplen pasal kami. Aku doakan moga Allah lembutkan hatinya dan berubah menjadi seorang yang lebih berdiplomasi. Sungguh aku tak ingin melihat wajahnya lagi melainkan jika dia berubah menjadi baik. Ingatlah, hidup ni kita takkan sentiasa di atas, mungkin semasa kita di bawah dan amat memerlukan pertolongan, satu-satunya orang yang boleh tolong kita adalah orang yang kita cari pasal tu. Sanggupkah kita meminta tolong daripadanya waktu itu, dan mahukah dia menolong kita selepas apa yang kita telah buat? Sebagai seorang profesional, pastinya tanggungjawab dan garis panduan wajib diikuti. Namun, bila datang bahagian " ikut budi bicara", hanya keimanan yang menentukannya.

Apabila kita dimarahi dan ditegur, itu menunjukkan bahawa diri kita masih dikasihi dan diambil berat. Namun apabila kita tidak dipedulikan, dan tidak ditegur langsung, itu menunjukkan bahawa orang tak kisah dah pasal kita. Hilang rasa kasih sayang. Cermin diri, tanya diri. Apa yang kita dah buat hingga orang hilang sayang pada kita? Jangan asyik bertanya kenapa orang buat macam itu kepada kita. Maka rugilah orang-orang yang kehilangan kasih sayang ibubapanya atas perbuatannya sendiri. Khuatir tak mencium pun bau syurga. Astaghfirullah.

No comments:

Post a Comment