Saturday, May 31, 2014

Yang Baik

Lelaki yang baik, tidak akan sesekali mengabaikan kedua ibubapanya, walau empat sekalipun jumlah isterinya. Walau cantik, walau kaya sekalipun isterinya, lelaki yang baik tetap menjaga dan menyayangi ibu bapanya walaupun mereka cacat, hodoh mahupun miskin.

Perempuan yang baik, tidak akan sesekali memisahkan suaminya daripada ibubapa suaminya. Walau jahat manapun ibu bapa mertua, perempuan yang baik tetap menghormati mereka, malah akan sentiasa mengingatkan suaminya untuk menghormati mereka.

Sayang sekali ramai lelaki yang hilang tanggungjawab dan kasih mereka kepada ibu bapa sendiri setelah berkahwin. Ramai juga perempuan yang setelah menjadi isteri, seakan-akan cuba memisahkan suami mereka dengan ibu bapa.

Adakah lelaki yang gagal menjadi suami yang mampu mendidik isterinya? Adakah perempuan yang gagal berperanan menjadi isteri yang solehah? Adakah ibu bapa yang gagal mendidik anak lelaki dan perempuan mereka dengan baik, sebelum menikahkan mereka?

Ada seorang Uncle India ni, datang sendiri ke klinik dan tinggal sendirian di rumah. Anaknya lima. Semua tinggal berasingan dan jarang sekali mengambil berat. Seorang ayah atau ibu mampu membesarkan sepuluh orang anak menjadi manusia berguna. Sepuluh orang anak belum tentu lagi berguna untuk menjaga seorang ibu atau seorang ayah.

Gerun melihat kes-kes perceraian di media sosial. Itu yang melibatkan selebriti terkenal. Yang orang biasa, yang tak keluar berita, entah berapa ratus kes lagi. Mudah betul kahwin cerai. Baru bercerai, dah ada teman baru, lepas tu cepat pula kahwin lagi. Lepas tu tak sampai setahun, bercerai pula. Salahkan jodoh. Macam salahkan Allah, kerana Allah yang tetapkan jodohkan?

Kahwin bukan sekadar cinta, tetapi juga tanggungjawab.
Ngeri apabila memikirkan, jika dapat pasangan yang tidak faham agama, dan tidak praktis agama. Hancur.
Biar lambat asal selamat. Banyak lagi cinta yang boleh dikejar. Cinta Ilahi pun merangkak lagi.

Saya kepunyaan mak dan ayah saya!

#prayformak
#prayforTGHH

No comments:

Post a Comment