Saturday, May 10, 2014

Ayat Power

Ibarat menjilat ludah sendiri. Nak marah, rasa macam tak berbaloi. Gelak sajalah. 
Patient ketegaq tempoh hari. Kembali ke klinik untuk review x-ray. Haritu beria kata tak nak datang dah sebab "semua benda tak boleh". Tapi akhirnya menebal muka datang balik. Kenapa tak pergi ke hospital lain saja, dah kata semua tak boleh di sini?

Dalam kelembutan suara, aku keluar juga ayat power, " Haritu you cakap macam-macam dekat I, hari ni you tengok I juga".Dah nasib. Pesakit last aku haritu ialah dia. Memang dia suka datang lambat. Perangai dah macam tu. Kali ni dia tetap refuse oral medication tapi request physiotherapy pula. Aku tak cakap banyak dah, terus isi borang referral. Tapi aku buat baik dengannya - prescribed LMS cream satu. Cakap baik-baik dengannya. Kecuali ayat power yang first tu. Semoga dia tergerak hati untuk berubah. Walau degil macam tu pun, masih ada orang yang melayaninya dengan baik. Api jangan dilawan dengan api. Bagi air sikit, biar sejuk kepanasan itu. Dunia ni kecil saja. Kau sombong dengan aku, akhirnya kau kena jumpa aku juga.

Weekend kali ni aku berkursus. Mulanya rasa amat berat nak pergi, maklumlah weekend. Bila dah attend, rasa inspired pula. Ingin berjaya seperti mereka. Jadi pakar. Jadi speaker yang hebat. Berbakti kepada orang lain. Berilmu dan berkongsi ilmu.

Esok hari ibu. Selamat hari ibu, mak! Semoga Allah rahmati mak. Seburuk mana pun mak kita, dia tetap mulia kerana melahirkan kita, apatah lagi membesarkan kita. Tak cium bau syurgalah anak-anak yang melukai hati ibu mereka. 

No comments:

Post a Comment