Tuesday, October 13, 2009

Ayah, yang terbaik hanya untukmu...



12 Oktober 2009.Ayah dah berusia 61 tahun.Pada usia begini,sepatutnya telah banyak yang telah ayah kecapi.Namu,ayah masih perlu menunggu dan menanti.Bersabar dan bertahan.



Ayah,
Selamat hari lahir.Semoga sentiasa berada di bawah rahmat-Nya, murah rezeki dan dipanjangkan umur dalam iman serta tabah menghadapi ujianNya...


Alhamdulillah, ketiga-tiga anak ayah telah ''menyempurnakan'' sambutan hari lahir ayah dengan menghadiahkan ucapan dan doa yang amat bermakna walaupun ketiga-tiganya tiada di sisi ayah.YB menjadi anak pertama yang melafazkannya diikuti oleh abang dan aku.Pagi-pagi lagi aku sudah menerima text daripada YB yang mengatakan bahawa ayah kurang sihat,suaranya garau, batuk dan selsema.Ayah sendiri telah ke HPP awal-awal pagi lagi.Bagus betul ayah, setiap kali sakit,ayah dah tak hesitate dan tak bertangguh lagi untuk berjumpa doktor.Sungguhpun tak sihat,kata ayah, dia terhibur oleh panggilan telefon daripada anak-anak sepanjang hari ini. Alhamdulillah.Membuatkan ayah dan mak gembira akan membuahkan pahala, sedangkan membuatkan mereka rindu boleh membawa kepada dosa.Semoga ayah akan cepat sembuh dan sihat semula.


Ayah dan mak @ Zoo Negara

Doa untuk ibu bapa dalam al-Quran: al-Isra' :24
"Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil."

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 

atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, 

serta anugerah yang tak berakhir 
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 



KREDIT KEPADA HALAQAH.NET

No comments:

Post a Comment