Monday, October 12, 2009

KE SYURGA ATAU NERAKA?


Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..
siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..

"bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..
bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".


..Jawab murid itu..

"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..
bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..
jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"... .

______________________________________________


Dalam hadith ke-4 dalam Matan Arbain karangan Imam Nawawi, Rasulullah saw menyampaikan sabdanya berkenaan ahli syurga dan neraka:
'' .........Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan  dengan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya.Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara nereka melainkan sehasta.Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amal ahli syurga,maka masuklah ia ke dalamnya.''


HR Bukhari dan Muslim


Sungguhpun destinasi akhir kita telah ditentukan,kita diseru supaya terus beramal dengan amalan ahli syurga,kerana itulah yang lebih baik.Soal mendapat syurga atau neraka,itu keputusan Allah...yang penting adalah apa yang telah kita usahakan untuk mendapatkan mardhatillah..


Rabiatul Adawiyah pernah berkata bahawa beliau rela masuk ke neraka andainya itu yang Allah redha...


Bukan senang nak mencapai redha Allah..terasa kerdil dan hina benar untuk menghadapnya.Dengan iman senipis kulit bawang, dan amal sekecil zarah,layakkah diri ini mencium bau syurga?


Ya Allah...make me straight and steadfast...

No comments:

Post a Comment