Wednesday, October 28, 2009

MARHABAN WINTER !!

raining cats

Allah bersifat iradah, DIA mempunyai kehendaknya sendiri dan berpendirian.Allah tidak seperti manusia yang kadangkala bersifat bagai lalang, yang bergerak mengikut tiupan angin. Allah mencipta alam ini dengan kehendaknya dan ikhtiarnya sendiri.

Dalam al-Quran disebut, Fa”aalun lima Yurid ..Hud[107] Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Allah sengaja menciptakan alam ini. Tidak ada yang memaksaNYA. Di dalam sebuah hadits qudsi, Allah berfirman: “Aku adalah khazanah tersembunyi dan Aku ingin diketahui. Kerana itu lalu Aku menciptakan makhluk agar Aku diketahui. “

Nikmatnya berbasikal dalam hujan tengah hari tadi.Subhanallah,masa lalu dalam kawasan Universiti tadi tiba-tiba terasa dekat sangat dengan alam.Daun-daun kering yang luruh berselerakan di atas rerumput yang menghijau, basah disirami gerimis terasa begitu indah.Walaupun aku rasa macam nak kena pneumonia,tapi aku teruskan kayuhan hingga ke rumah dengan basah kuyup.
Cuma sesekali aku marahkan angin.. selalu nak menentang arus ! Penat mengayuh basikal.Suka hati saja marahkan KUASA ALLAH.Astaghfirullah…

Sudah lama tak membicarakan soal kudrat dan iradatNya.Kalaulah pada setiap masa dan pada setiap perkara yang berlaku,aku kaitkan dengan kekuasaan Allah,tentulah tiada lagi keluh dan kesah.Semua benda Allah jadikan ada sebab-musababnya.Walau apa pun yang kita buat,kita mesti tanamkan azam untuk begin with the end in mind.End itu adalah akhirat yang kekal abadi.Tiada maknanya beriya mengejar kesenangan dunia yang fana.Sesuatu keputusan atau tindakan yang hendak dilakukan,fikirlah hingga ke akhirat.Kat dunia ni kita bermain saham, dan saham ni akan dibawa ke akhirat,jika untung,masuklah syurga,jika rugi,nerakalah jawabnya.

Jasa guru kepada Sultan Muhammad al-Fateh,yakni Sheikh Shamsuddin amat besar kepada dunia Islam.Beliau pasti akan mendapat bahagian sahamnya atas kejayaan Islam membuka Konstantinople,walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut.Ilmu yang beliau ajarkan kepada Sultan Muhammad sudah cukup untuk mengharumkan namanya di sisi Allah.

Sama juga dengan perkara dosa.Jangan hampiri dosa,apatah lagi berbuat dosa.Sesuatu perkara yang baik,takkan orang nak persoalkan? Namun sesuatu perkara yang tidak jelas putih atau hitamnya ataupun yang boleh menjurus kepada dosa,hendaklah dijauhi awal-awal lagi,takut-takut sekarang okay,pada masa akan datang, bila dah jadi dosa besar,kita juga mendapat sahamnya di neraka.Nauzubillah!


Allahumma’a fini fi badani ~ Dah ditarik nikmat kesihatan semalam, hari ni kena hujan pula..
Ya Allah, sihatkanlah daku, semoga dengan kesihatan ini aku berjuang untuk meraih cintaMu…

No comments:

Post a Comment