Tuesday, May 24, 2016

Dia Pergi Menghadap Ilahi

Dia yang sempat dikenali setahun yang lalu.
Dia yang mengimami solat-solat jemaah.
Dia yang mengetuai bacaan tahlil.
Dia yang menjadi jurucakap keluarga.
Dia yang membacakan doa selamat.
Dia yang dinanti ketibaan.
Dia yang merendah diri walau hadir bagai VIP.
Dia yang disenangi ramai.
Dia yang dihormati segenap penduduk.

Saat ini, dia sudah tiada di dunia.
Dia pergi menghadap Ilahi petang semalam.

Rabu malam, dia hadir berkuliah dengan ustaz.
Ustaz menyebut, jika panjang umur, moga berjumpa lagi di kuliah selepas raya.
Umurnya setakat itu saja.
Ustaz kembali, ke hadapan mengimami solat jenazahnya.

Khamis malam Jumaat, dia mengetuai bacaan Yaasin.
Lantang dan semangat bacaannya.

Jumaat pagi, dia mengimami solat Subuh dan sujud Sajadah.

Sabtu, dia tidak kelihatan lagi.
Yang kedua mengambil alih tempatnya.

Isnin Subuh, tidak kedengaran suaranya.
Hujan renyai-renyai disangka halangannya.

Isnin usai Zohor, dia kembali kepada Pencipta.
Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.

Walaupun singkat perkenalan, sudah cukup untuk membibitkan kasih.
Orang baik pasti dikasihi.

He is definitely a person close to the heart.
Al-Fatihah buat Tok Imam Haji Yaakob.

No comments:

Post a Comment