Monday, May 16, 2016

Hujan

Hasrat nak tidur awal tapi mata tak mahu lelap. Teringatkan dia. 

Kenduri semalam, terdengar seorang makcik menyebut tentang balasan anak derhaka.
" Biarlah....sekarang dia nak buat macam tu. Nanti bila nyawa dah nak keluar, tapi tersekat, barulah nak cari mak..."

Kata-kata seorang makcik yang juga seorang ibu. Bukan tak pernah mendengar cerita begitu. Di kalangan saudara mara sendiri pun pernah terjadi.

Semoga dia tidak tergolong dalam golongan ini.

Hari ini adalah hari guru. Selamat hari guru. Terima kasih guru-guru yang telah mendidikku. 
Bagaimana pula dengan guru yang tidak mendidik dirinya sendiri untuk mencari syurga di telapak kaki ibu sendiri?

Hujan di luar sudah surut. Hujan di mata pula kian lebat.
Ya Allah, ampuni daku, dan ampuni dia.

No comments:

Post a Comment