Thursday, May 12, 2016

Rezeki, Ajal dan Jodoh di Tangan Allah

Malam ni jiran sebelah rumah anjurkan majlis tahlil dan kesyukuran. Anak lelakinya bakal berkahwin hujung minggu ni. Rasa teruja pula nak hadir sama, tapi badan rasa letih, lagipun esok dah nak balik. Nampak gaya tak dapatlah nak teman mak ke rumah jiran. Semoga semuanya berjalan lancar. Ahad ni kenduri ada dua : jiran sebelah rumah - buat di dewan, dan rakan seperjuangan dalam persatuan - buat di rumah keluarganya di seberang. Macam manalah nak susun jadual perjalanan. Penting untuk berada lama di dewan juga, nak teliti venue. Penting juga kena attend walimah di seberang tu, kedua-dua mempelai adalah sahabat baik. Muda lagi, cepat dan mudah jodoh mereka. Bertunang bulan tiga, bulan lima dah nikah.

Baru-baru ini sempat menghadiri kursus selama dua hari, tak sangka ia begitu bermanfaat. Mula tu ingatkan modul dia membosankan,tetapi...tengok-tengok, sangat menarik. Penceramah jemputan pun berpengalaman, cuma biasalah, bila membicarakan topik ni, semua tersasar masa. Tengok peserta yang hadir muda-muda belaka, muka macam baru habis SPM. Cuma beberapa orang saja nampak senior sikit, termasuk diri sendiri. Rasa segan yang amat apabila topik-topik tertentu dibincangkan. Pertama kali menghadiri kursus yang membuatkan diri rasa segan dan malu.

Sememangnya ia kursus yang wajib dihadiri. Apabila kena dengan masa yang betul, semua perkara jadi amat relevan. Mereka yang pergi awal tu bagus, dah dapat sijil siap-siap, tapi "feel" tu mungkin tak sampai sangat. Yang pergi ketika dalam perancangan pasti akan lebih berpuas hati. Tapi yang tak tahan tu, seorang penceramah datang daripada mukimku, tak habis-habis dia dok promote orang-orang mukimku. Mujur dia tak tahu yang orang mukimnya ada di situ. Mungkin nanti jika ada masa, akan share isi-isi penting daripada kursus ini.

Yang penting kedua-dua hari selepas kursus tu ada orang belanja makan! Hari pertama dapat makan kuey teow sup, hari kedua dapat makan pulut udang dan tepung talam. Syukur, rezeki Allah bagi melalui hambaNya.

Habis kursus hari kedua, balik kampung. Malam tu, walaupun badan penat, bawa mak dan ayah ke masjid kampung sebelah untuk dengar forum : Kasihnya Ibu. Ada Ustaz Lukmanulhakim (yang ni mak suka) dan Ustaz Rohaizah (first time jumpa). INgat akan sedu sedan tapi tidak,..ahli panel kupas dari sudut berbeza. Selamat...kalau tak, sembat mata.

Minggu ni patients ramai hari Selasa dan Rabu. Macam nak meradang jugalah, tengok dah pukul 12.30 tengah hari, masih ada patient datang mendaftar. Tapi lepas tu jadi cool balik apabila seorang patient ni, makcik umur 60-an, sangat mahir dalam mengurut. Peramah orangnya. Siap ambil number telefonnya, in case in the future nak mengurut.

Hari ini alhamdulillah, patient tak ramai sangat. Lupa nak tengok total patients tadi. Mana taknya, sedih mendapat perkhabaran, seorang pesakit muda, 15 tahun, meninggal dunia semalam, suspected perforated appendix atau perforated viscus. Walaupun bukan kes sendiri, dah cukup membuat diri sedih dan risau. Sedih sebab pesakit tu muda lagi, risau sebab lepas ni makcik pasti mengamuk dan nak buat benda pelik-pelik pada jabatanku. Baru nak letak harapan dapat kerja di tempat baru, dah terdengar khabar bahawa ramai yang applied, siap ada yang dah dapat interview. Huhu, kalau ada rezeki, adalah kan. Ke patut minta tukar department? Ermmm ophthalmology?

Berhutang dengan badan untuk exercise - dah seminggu tinggal! MInggu ni diet pun macam ke laut juga. Macam mana nak turun BMI kalau tak berdisiplin. MUngkin kena start balik jogging di bendang!

Benarlah...masa slot pertama kursus, ustaz menyebut...ada tiga perkara yang hanya menjadi pengetahuan Allah:
1. Rezeki... banyak atau sedikit, Allah dah tetapkan...sama ada kita berusaha atau berdiam diri, rezeki Allah bagi mengikut ketetapanNya.
2. Ajal.... siapa sangka remaja tu akan meninggal pada usia 15 tahun, dengan sebab kematian begitu...kita yang hidup ni pun kena standy.
3. Jodoh....dalam keadaan diri pasrah...Allah beri nikmatNya daripada sumber yang tidak disangka-sangka...hitam putih...besar kecil...tinggi rendah...itulah jodoh yang Allah tetapkan.


No comments:

Post a Comment