Tuesday, May 03, 2016

Yang Mengharap

Alhamdulillah...selesai mengisi borang online, tinggal laporan naratif tak hantar lagi. Boss tak buat lagi..hmm efisyen betul.

Persiapan sudah semakin rancak...list nama dah revise kali kedua..bila kira balik jadi ramai pulak, terlebih 200...kena semak balik dan kurangkan semula.

Bahagian pencetakan tak putuskan lagi...tengok online tak berapa nak murah..semua ambil tempah lebih 500 baru murah...sedangkan nak tempah dalam 300 saja.

Pakaian dah hampir selesai...tambah sikit bayaran untuk buat yang baru..esok kalau senang kena call kedai untuk tanyakan sesuatu. Yang dihantar kat tailor tu harapnya dia dapat buat dan tak silap design...baru ni tengok kedai dia tutup 2 hari risau pulak...cuti sebab pergi mana-mana atau tak sihatkah?

Makanan dah booking...harga sudah tentu lebih tinggi daripada 8-9 tahun lepas...menu standard...ada order extra side dish sikit...harap-harap tak perlu tambah dah, bergantung pada revised name list nanti. Sekali dengan kerusi meja..harap yang ni yang terbaik, dekat pun dekat.

Tinggal bahagian media...dah survey harga dan servis..macam okay..lagipun dia kenalan kepada seorang sahabat. Masih menunggu respon untuk booking...segan pulak pertama kali berurusan untuk perkara ni.

Siar raya masih belum decide lagi, nanti 15 haribulan pergi tengok lokasi tengok perlu tak. Jika perlu, kena cari yang Islamic punya, supaya kejadian tak berapa elok 9 tahun lepas tidak berulang lagi.

Satu lagi yang pening kepala sikit ni ialah hadiah...entah berapa la charge untuk satu hadiah, kalau mahal sangat mahu kering juga ni.

Zaman sekarang, walau nak buat event kecil pun masih perlukan kos yang besar. Macam mana nak jimat??? Ini satu lagi event yang kena handle sendiri...mujur ada orang-orang di sekeliling yang offer bantuan.

Lately selalu pulak gastritis...nak kata tak makan...makan. Syrup MMT dah beberapa kali telan...minggu lepas minum teh susu pun berangin satu badan...dulu tak pun. Sampai jadi fobia sikit nak minum teh...berpantang pula.

Lately jugak rasa macam kekurangan kasih sayang...apa yang diharapkan pun tak tahulah. Kurang komunikasi, rasa macam kurang disayangi. Sibuk buat macam-macam, bacaan Quran pun slow.Kata nak khatam sebelum habis Ramadhan. Kena banyakkan ibadah lagi, lagi dekat dengan harinya, lagi kuat ujian Allah akan bagi. Kena kuat iman. Kena kuat hati. Yang penting jangan hujan lebat, rintik sikit-sikit tak apa. Nanti habis muka comot.Tadi dah cuba memberitahu the news, tapi butiran kata macam tak keluar. Eh rasa macam awal lagi pulak. Tunggu sampai Ramadhan ke baru nak bagitahu.

Banyakkan sabar...kuatkan hati wahai hamba Allah yang kerdil ini!


No comments:

Post a Comment