Tuesday, May 24, 2016

Makcik

Pagi ini pukul 6.50am dah keluar dari rumah. Keluar awal dari biasa, cuba membuang rasa gementar yang bersarang di benak. Pertama kali menjadi pegawai pemeriksa bakal haji. Sampai di hospital, terus beli roti di mart, in case kantin hanya ada nasi. Minggu lepas berjaya tak makan nasi selama dua hari saja, masuk hari ketiga, jabatan buat jamuan pula. Minggu ni nak panjangkan rekod. Diet sihat + senaman. Alhamdulillah, ada bihun goreng di kantin.

Selesai sarapan, duduk di kaunter dahulu. Awal lagi nak naik ke dewan, boss pun belum sampai lagi. Pukul 7.50am, dah naik ke dewan. Tak betah berlama-lama di kaunter. Nasib baik tak lama di situ, rupa-rupanya MAKCIK meroyan hari ini.

Di dewan, bakal-bakal haji dah sedia menunggu. Pukul 8am, baru nak ke meja depan, nampak MAKCIK masuk, bercakap dengan boss. Pasang telinga. Nampak dia pegang punch card. Dengar boss buat panggilan kepada rakan sekerja yang baru berada di parking. Masa tu dah pukul lapan lebih. Habislah...kena lagi. Boss pun dah stress, orang kacau dia pagi-pagi.

Menurut cerita staff lain, MAKCIK turun semula ke klinik, mencari doktor-doktor yang terlewat sampai hari tu, siap tawaf dua tiga kali...siap hantar spy...kejap matron datang, kejap penyelia datang. Hmmmm lain kali hantar polis teruslah.

Patutnya ada tiga pegawai pemeriksa, tetapi last minute, seorang terpaksa ke JKN. Tinggal aku dan boss. Aku pula first time, mestilah tengok slow sikit, gear tiga. Lagipun Penang adalah kedua tercorot tahun lepas, jadi tahun ni kena periksa betul-betul. Tea break pukul 10am makan bihun lagi.Patutlah kantin ada bihun awal, rupa-rupanya masak untuk tempahan sekali. Tapi teh tarik dia sedap!

Sambung tengok, kali ni penyelia dah bising, suruh pakai gear lima. Stress jugalah...dengan panas tempat tu, angin tak kena. Akhirnya habis pukul 1.20pm....turun ke bilik, rehat sekejap, terus solat. Makan pun tidak. Sempat dengar cerita nurse pasal lawatan MAKCIK ke klinik. Petang tu buat audit...boss datang bilik penyelia untuk buat record jemaah haji pula. Dengar cerita pasal MAKCIK lagi. Khabarnya dia gagal dapat JUSA...jadi tak berjaya transfer ke hospital besar. Ermmmmm...bad news.

Pukul 3.30pm, datang dah surat-surat cinta, tiga doktor dapat...boss pun dapat. Alhamdulillah kali ni aku tidak terlibat...kalau dia datang spotcheck pun, aku dah berada di bilik sebelum 7.45am lagi. Punch card pun sendirian berhad. Hmmm punch card boss pun xxx and company, bukan sendirian berhad.

Lepas tu boss cakap, 4.30pm MAKCIK nak jumpa semua di bilik mesyuarat...pulak dah. TApi...boss kata aku kena cover klinik sorang-sorang...maka dikecualikan daripada menghadirinya. Alhamdulillah....masa tu memang bersyukur sangat...rasa Allah peliharaku. Tak sanggup nak menghadap muka dia, dengar suara dia, renung jelingan mata dia dan hadam arahan diktator dia. Cukuplah apa yang dia dah buat sebelum ni. Kalau dia nak dendam sangat, orang lain yang jadi mangsa dia dua kali lebih dendam.

Pukul 4.30pm,sempat tengok tiga pesakit baru, dan dua pesakit pass over MO lain. Sebelum pukul lima dah selesai, tapi curiga pula, nak balik, atau kena attend meeting tu? In the end, duduk di kaunter saja, sembang dengan staff sampai lima lebih, nampak geng-geng kena lecture pun turun. Sampai ke kaki dia komen, semua kena pakai socks! Lepas tu tiga orang mangsa tu disuruh datang awal, 7.30am dah kena sampai, untuk sebulan! Apa-apa sajalah MAKCIK, kalau you boleh cakap pasal keberkatan, aku boleh cakap pasal keadilan seorang pemimpin. Di akhirat nanti, antara yang terawal masuk neraka adalah pemimpin yang zalim, yakni yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masamu akan tiba!

Esok sehari lagi. Biiznillah...

No comments:

Post a Comment