Sunday, September 06, 2009

BERTEMU MANUSIA

Variasi manusia yang kutemui pada hari ini.
1.Pemimpin yang tidak melindungi pengikutnya.Hampir saja nama baik pengikutnya tercalar dek tindakan pemimpin yang ingin ''terbuka''.Mujurlah sempat ditahan dan diberikan cadangan lain.
2.Pejuang yang merajuk.Islam diperjuangkannya,tentulah dengan berhadapan dengan manusia.Jika bukan manusia,pada siapa lagi Islam akan disampaikan?Namun hatinya rapuh dan tidak dapat menahan hentakan emosi.Lalu rajuklah ia, menjauhi diri.
3.Pendakwah yang tidak menjaga solat.Mendakwa dirinya pendakwah,sentiasa berpesan pada sahabat supaya komited dalam kerja dakwah,namun hablumminallahnya boleh dipertikaikan.Dahulu tidak begitu.Apa yang terjadi?
4.Sahabat yang bermasam muka.Besarnya makna sebuah senyuman yang diukir.Malangnya itu tidak berlaku.
5.Orang yang bermulut laser.Tidak salah menegur,tetapi biar kena pada tempatnya.Buruklah akibatnya jika berbicara tanpa berfikir terlebih dahulu.


Manusia,memanglah pelbagai.

No comments:

Post a Comment