Monday, September 28, 2009

ISTIQAMAH

"Bolehkah aku istiqamah?"  "Untuk apa aku beristiqamah?"


Mudah benar nak menyeru orang beristiqamah,tetapi nak melaksanakannya itu yang payah.Seringkali ada sahaja batu penghalang untuk terus konsisten dalam mengamalkan sesuatu.


AMALAN + ISTIQAMAH = PERJUANGAN


PERJUANGAN - ISTIQAMAH = FUTUR ?


Fastaqim kama umirta [Maka tetaplah engkau..]
-surah Hud,ayat 112.
Diriwayatkan bahawa,selepas turun sahaja ayat ini,Rasulullah terus tak senyum...beratnya wahyu istiqamah ini...


Dalam hadith ke 21 kitab Imam Nawawi,sebuah hadith riwayat Muslim juga menceritakan tentang istiqamah, di mana seorang sahabat bertanyakan Rasulullah, sebutkan perkara dalam Islam yang selepas ini tidak akan ditanyakan lagi.Maka Rasulullah menjawab, berimanlah kepada Allah dan istiqamahlah...


Kagum melihat para pejuang Islam di tanah air yang sentiasa istiqamah berjuang...
Semoga aku jua akan terus tergolong dalam golongan yang beristiqamah.Ameen.

No comments:

Post a Comment