Friday, September 11, 2009

TAK SAMPAI HATI

Features of rheumatoid arthritis - pain, swelling, redness,warmth, stiffness especially in the morning,loss of function, symmetrical deformity - Boutonniere,swan neck,z deformity,ulnar deviation and dorsal wrist subluxation.


Penat menulis nota Rheumatoid arthritis,aku beralih tangan,guna tangan kiri pula.Dahulu masa kecil-kecil,aku menulis guna tangan kiri.Bila balik kampung, tok selalu tegur aku,katanya tak elok tulis guna tangan kiri.Aku pun mulalah practise tulis tangan kanan,sampaikan masa nak gosok gigi pun aku practise cara nak pegang toothbrush dengan tangan kanan.Bila masuk tadika,aku dah guna tangan kanan,tak ingat sejak bila aku hilang kidalku.


Semasa di Matriks,aku terpaksa menulis guna tangan kiri selama hampir tiga bulan akibat kecederaan pada jari telunjuk,somewhere near metacarpophalangeal joint.


Pada malam itu,aku hampir menghabiskan makan malamku apabila telefonku berdering.Tersentak dengan bunyi telefon,aku terlepas pinggan yang kupegang lalu jatuh ke lantai.Tak jauh pun jarak dengan lantai,kerana waktu tu aku tengah duduk bersila di atas lantai.Pinggan pecah berderai,tetapi tidak menghasilkan bunyi yang kuat.Selamat.Namun tanganku terluka.Besar bukaannya,nampak isi di dalam.Aku kira luka ini memerlukan jahitan untuk ia sembuh dengan sempurna,lagipun melihat pada kedalamannya,risau juga kalau-kalau ada nerve yang terpotong.Sebelum darah manisku mengalir keluar,cepat-cepat kukemaskan pinggan yang pecah,kutip dan letak dalam surat khabar lama,bungkus dan buang ke dalam tong sampah.Masa ni darah dah mula membuak-buak...aku cepat-cepat mencapai plaster dari dalam dompetku dan terus applied.Kalau ikut first aid,kena basuh dan apply pressure dulu ni.

Tiba-tiba mak panggil,suruh bancuh teh.Aku segera ke dapur,sambil cuba cover kecederaanku ini.Ayah yang berada di dapur pada masa tu pun tak perasan.Dengan kesakitan yang amat sangat,aku segera buat teh panas dan hantar pada mak dengan tangan kiri.Mujur mak aku tak cerewet,kalau tak,mesti dah kena tegur sebab serve guna tangan kiri.Aku kembali ke dapur untuk membasuh tangan,ayah dah tiada di sana.Sakitnya bukan kepalang,darah dah berhenti mengalir tetapi cukup untuk memerahkan keseluruhan plasterku.Masa tu aku cuba gerak-gerakkan jari telunjuk,nak test nerve function.Alhamdulillah,boleh gerak,walaupun sakit sangat.


Masa kejadian tadi,aku panik juga,ingin saja aku ajak ayah ke klinik/A&E,tetapi mengenangkan bahawa ayah baru saja balik tak sampai setengah jam,aku jadi tak sampai hati.Dah la balik lambat,penat,takkan aku nak menyusahkan dan merisaukan ayah lagi?Akhirnya aku senyap saja walaupun jariku berisiko untuk &*$%#^.Malam itu aku tidur dalam kesakitan,tak terfikir pula nak telan paracetamol.Esoknya bantal kecil yang kugunakan untuk meletakkan tangan kanan habis berlumuran darah..terpaksa kusembunyikan agar mak tak nampak.


Siangnya aku terpaksa kirim kat mak untuk beli plaster,kebetulan mak keluar dengan kawannya.Alamak..esok pagi-pagi buta aku dan mak akan mengikuti rombongan ke Langkawi,dengan jari sakit macam ni? 


Semasa di Langkawi,banyak kali sangat tanganku terlanggar benda,sakitnya hingga ke tulang sum-sum...kadang-kadang terpaksa angkat barang-barang berat hasil shopping mak dan makcik-makcik lain..Aduh...


Apabila kolej dah mula balik,aku terpaksa menulis guna tangan kiri...slow dan tak cantik macam selalu lah..tapi at least aku masih boleh menulis..masuk bulan kedua,aku dah guna tangan kanan tapi time matematik saja,sebab tak banyak nota untuk disalin dan tak rush.Masuk bulan ketiga,aku tulis guna tangan kanan,tapi tak boleh lama-lama..dia akan sakit balik.Selepas bulan ketiga juga barulah aku boleh angkat jari telunjuk masa tahiyat akhir...alhamdulillah function dah kembali normal lepas tu..


Parut pada first metacarpophalangeal joint ni masih ada,tapi sebab dia atas joint so tak nampak jelas sangat..


Moral of the story,pegang pinggan tu kuat-kuat,jangan sampai terlepas..dan biarlah diri sendiri yang susah,jangan susahkan ibubapa...   

No comments:

Post a Comment