Thursday, September 03, 2009

HARAPAN ITU ADALAH DOA

Petang tadi berbual panjang dengan mak, ayah pulang lewat dari tarawikh kerana ada ustaz memberi pengisian pada setiap hari Rabu.Sekarang ini,jika tidak menelefon mak/ayah lebih daripada 3-4 hari,menjadikan aku tidak betah…sepatutnya dengan usia lima tahun aku disini,aku semakin biasa berpisah,rupa-rupanya separation anxiety itu masih menebal,lebih-lebih lagi dengan keadaan mak dan ayah yang kurang sihat.

[bukan mak dan ayah saja,ramai lagi mak dan ayah sahabat-sahabatku yang turut diuji dengan kesakitan..semoga Allah memberikan kekuatan dan kesihatan kepada mereka,ameen.]

Besarnya harapan keluarga padaku…amat jelas kelihatan dan kedengaran pada tahun ini,tahun yang sepatutnya menjadi tahun terakhir aku di sini.Aku anggap bahawa harapan itu adalah satu doa, insyaAllah doa-doa mereka didengari oleh Allah.YB dah banyak kali bertanya padaku,bila grad?Berapa haribulan?Mungkin dia sedang merancang untuk memohon cuti untuk sama-sama menemani mak dan ayah ke sini.Dalam emailnya baru-baru ini,YB kata,ini adalah Ramadhan terakhirku di sini,insyaAllah tahun depan boleh berRamadhan dan berAidilfitri di tanah air bersama keluarga tersayang.

Kawan-kawan mak di tempat kerja juga rajin bertanyakan keadaanku.Mak dengan gembira menjawab bahawa aku tidak sempat puasa di rumah tahun ni,insyaAllah tahun depan bolehlah,dah tahun akhir ni.Mereka juga menaruh harapan tinggi padaku untuk pulang pada tahun depan bersama segulung ijazah di genggaman.

Baru-baru ini,mak diserang gastritis pada hari ketiga berpuasa sehingga diberikan cuti sakit.Bak kata mak,aku dan mak punyai intuisi yang kuat,boleh ‘’merasa’’ jika sesuatu berlaku.Hari itu,aku menelefon ke rumah ketika Malaysia pukul 12 tengah hari.Walaupun aku tahu mak kerja pagi,aku tetap menelefon,dapat bercakap lama dengan ayah.Rupa-rupanya ketika itu,mak sudahpun berada di rumah,sedang berbaring selepas terpaksa buka puasa dan menelan ubat,tetapi ayah merahsiakannya daripadaku.Ayah dan YB sepakat untuk tidak memberitahuku,kerana bimbang tumpuanku terhadap pelajaran terganggu,dah tahun akhir,kata mereka.

Namun,perbualanku dengan mak petang tadi telah revealed segala-galanya.Mak mempercayai dan meyakiniku,apabila aku katakan bahawa aku adalah pelajar perubatan,dan mak tak perlu risau tentang tumpuanku terhadap pelajaran.Mak ceritakan semuanya, termasuk keadaan ayah yang sakit kaki.Kini alhamdulillah,mak dah semakin sembuh,ankle eodema juga dah tiada,Cuma mak perlu terus mengambil Gaviscon [yang mak liat nak telan tu] dan menjaga pemakanan.Mak selalu tak berselera untuk sahur,hanya meneguk segelas Anlene dan kadang-kadang sebiji dua kuih.Mak,jika aku ada di rumah,pasti aku akan masak apa saja untuk mak…nasi goreng panas-panas beserta milo panas macam dulu-dulu…Ayah dah berjumpa doktor untuk sakit kakinya tapi biasalah doktor di hospital awam,buat endah tak endah saja [geram betul,nanti aku buat begitu pada ahli keluarga kau, baru kau rasa!!!Astaghfirullah…] Harap-harap tiada perkara serius berlaku.

Juniors di sini juga menaruh harapan kepadaku dan seniors lain.Mereka sering berkata,’’Wah, dah final year!!!Bestnya!” Hakikatnya hanya aku yang tahu,best atau tidak final year ni.Lecturers juga ucapkan tahniah kerana berjaya sampai hingga ke tahap ini.

Ketika buat elektif, abang atendan di Oncology OPD juga memanggilku doktor,malah memintaku berjumpa dengan patient.Di oncology ward,ahli-ahli keluarga pesakit juga menyangka aku seorang doktor..:) Ketika aku membuat final year project di eye casualty,pesakit-pesakit di situ juga menyangka aku seorang doktor..Semua ini adalah doa..semoga ia akan termakbul,insyaAllah.

Sekarang ni aku hanya boleh meyakinkan diri bahawa aku boleh,jika orang lain boleh,aku juga boleh.Walau apa rintangan sekalipun yang melanda,aku tidak sesekali berputus asa daripada rahmat Allah serta mintalah kepadaNya dengan sabar dan solat.Ingat Allah pada setiap masa,mesti Dia juga akan ingat padaku.

Aku perlu tabah untuk menggalas harapan agama untuk menjadi seorang Muslim professional yang cemerlang,harapan Negara untuk menambah bilangan doktor pakar dan harapan keluarga untuk menjadi doktor pertama dalam keluarga.

-Gementar rasa di hati apabila menantikan kebenaran untuk menampakkan wajahnya.

No comments:

Post a Comment